26 December 2008

BESDAY PARTY KAT PAPARICH

Semalam adalah hari jadi untuk kawan kita Wahaza, tiap tiap tahun besday dia jatuh pada hari Krismas. Katanya dah 3 tahun dia tak sambut besday… ish ish ish kesiannya. Abg Bear tetiap tahun sambut, cuma tahun ni jer yg tak sambut.

So berlokasi pilihan besday boy iaitu di Papa Rich Bdr Sri Permaisuri, kami lebih dari 20 orang menyambut besday kawan kita ni. Maka malam tadi riuh rendahlah Papa Rich tu.

Bagi Abg Bear, makanan kat Papa Rich ni lebih sedap dari kat Oldtown sana. Harga pun lebih murah. Pilihan makanan pun sangat banyak dan kami cukup baik dengan Supervisor dan owner kat sini. Booking mesti dapat punya. Gitu pun Abg Bear taklah tinggalkan Oldtown tu… tetap pegi.

Tapi kali ni tak amik gambar makanan. Hanya gambar suka suka jer kat sini. Oleh kerana kawan kita Kieran takder kerana menyambut Krismas kat Singapura, maka gambar2 banyak diambil oleh Raynold.

Terima kasih Raynold sebab benarkan Abg Bear guna gambar2 yg Raynold amik.

Parti yg memula asalnya kecik jadi besar dan meriah. Makanan dan minuman bertali arus datang. Servis Paparich memang terpuji walau kengkadang ada tersalah hantar ke kami… hahahaha yg tu pun kami bedal jugak.

Terima kasih juga kepada semua yg telah meluangkan masa.

Apa pun Selamat Hari Jadi Wahaza… semoga semakin berjaya dan ceria di masa mendatang.

Salam Sayang Beruang Madu