Mulanya perjalanan ni ditanda pada malam semalam. Aku dan Shah ambil 2 anak sedara Arif ngan Sukri kat Pudu dari Johor. Pas tu malam malam sekali ngan Erin, Tijah dan Ajib, tak jauh kat sup meletop jer. Payah nak fahamkan Tijah nih, aku cakap lain, lain dia denga tapi oklah tu sup meletop dan kami merasa gaji pertama Erin. Habis kisah malam tu.

makan malam kat sup meletop - yg baju hijau Sukri, yg belang putih Arip, yg merah Shah, yg pink Erin, yg itam Tijah, yg sorang lagi Ajib
Mula perjalanan jam 8 pagi dan sampai 2 setengah jam kemudian dan dari jauh berbalam-balam nampak masjid baru Jerantut, memang cantik. Tak lama lepas jumpa Kakak Uda aku, terus jer heret beberapa orang anak sedara untuk explore bandar Jerantut. Mula-mula carik cyber cafe, lepas tu carik gym, yerlahkan..lama kat sini karang boroi balik perut aku dan memang takder aktiviti lain kalau tak keluar..makan..makan..makan...jer... tak pernah miss satu sessi pun... tapi ikan sungai masih takdak lagi ..besok yerrr...

mercu tanda bandar Jerantut - Masjid Baru

Dari bukit kecil pinggir Jerantut


kakak aku memasak, rumah dia, anak dia dan laman hijau dia



masjid besar Jerantut, bangunan pentadbiran, dewan org ramai dan pasar....cantiknya pasar!!!
permainan gemelan di majlis perkhwinan yg aku snap masa explore Jerantut - masih ada lagi yer yg macam ni kat sini...ingatkan kompang ngan karaoke jer, siap gendang, nafiri, dsb
ladang buah naga kat sini....tak musim lagi...so takdak buah!!
Lepas tu kami carik bangunan lama kat sini. Menurut anak sedara aku si Ojan, kat puncak bukit paling tinggi kat Jerantut ni ada sebuah istana lama yg dah ditinggal oleh Sultan sekarang. Kononnya tempat tu haunted. Tapi dari atas tu buleh nampak seluruh bandar Jerantut ni. Seram aku dengar. Hati nak pegi tapi tak berani... penakutlah beruang nih!!!
hmmm...makan siang dah ready...so tak jadi manjat bukit scary tu...balik dan makan...
kari ayam
gulai tempoyak ikan patin - ikan sungai...hehehheheee...aku habiskan!!!
sayur goreng
siakap masam manis

sambal belacan ala ala pahang...bukan aku buat...tapi abis gak
semua dah sampai rupanya... syyyyy diam diam!! makan ler!!
Esok ke Jengka...perkampungan Felda di sini.