06 December 2007

MISAI KUCING

Sebelum balik dari Jerantut, kakak aku bagi hadiah kat aku selain dari pokok bunga yg tak pernah aku tengok sebelum ni. Kalau korang pernah tu lain ceritalah.

Hadiah tu ialah 4 bungkus misai kucing yg telah dikeringkan untuk diminum bagai teh. Ini perubatan tradisional. Masa kat umah Mak Teh, aku diberitahu inilah pokok misai kucing tu... betul ker??


Jadi instruction kat bungkusan di bawah ni berbunyi begini:

MISAI KUCING / ORTHOSIPHON STEMINEUS

Khasiatnya:
- Merawat kencing manis, darah tinggi dan gout.
- Memperbaikki saluran kencing dan buah pinggang bagi membantu mengelakkan panyakit batu karang.
- Membantu membuang asid urik yg berlebihan dlm badan.

Cara penggunaannya: Rendamkan/ rebuskan sedikit daun misai kucing ke dalam air panas sehingga patinya keluar. Tapis dan minum apabila suam.


Negatifnya...aku tanak ada penyakit. Positifnya...aku nak terus sihat. Nasihat dari kawan aku dulu Dr Zam begini:

"Life start at 40 bermaksud pada usia 30an, berlaku tarik menarik antara tubuh dan penyakit, by 40 kalau kita sihat, akan terus sihat, kalau kita sakit akan terus sakit."

Menurut kakak aku misai kucing yg dijual ni memang bagus sebab telah memulihkan Abang ipar aku yg berpenyakit dan ianya diambil dari pokok terus dikeringkan dan dibungkus, tak ada campuran bahan-bahan lain. Jadi aku akan cuba rutin minuman ni sementara Shah mengekalkan rutin teh cina dia.

Wish me luck!!

BEREHAT SEKEJAP

Penat tak hilang lagi balik dari Jerantut. Masak, makan, masak, makan...jadi aku nak berehat jap to enjoy the view.... ahhhhhhhh.....

04 December 2007

JERANTUT - THE PARK, THE GRAVE, THE ISTANA AND THE BIRTHDAY

Isnin - kami ke Taman Negara dan Pulau Tawar.

Tapi sayangnya agak lewat ke sana jadi tak banyak aktiviti kecuali ke resort kat sana, amik gambar keluarga dan balik. Hmmm... walau hanya beberapa meter persegi jer kami explore tempat tu tapi gambar ngalah-ngalahkan explore seluruh park.... nantilah in future aku datang lagi dan stay kat sana terus...

gambar seluruh ahli keluarga kecuali aku kat sana

Tapi sebelum pegi ke sana kami makan dulu...seperti biasa diperturunkan beberapa gambar makanan..heheheh termasuk sambal tempe

sambal tempe, ayam goreng, ikan kering tengiri goreng, ikan selar goreng, sambal belacan dan sayur air ketola ... best!!!

beberapa foto shooting sebelum menyeberang

cantik tak gambar bapak aku ngan chalet ala-ala kampung

alahai kesian... saiz bapak aku sebesar pokok keladi jer!!

rasanya ramai tau ini gambar apa...tahun 1972 banjir besar negara yg menenggelamkan seluruh semenanjung dan di sini setinggi 74 meter... aku kecik bonar masa tu!

kembali menyeberang

Balik dari Taman Negara terus ke kampung Pulau Tawar tempat mertua kakak aku tinggal, hasrat awal aku nak ke pusara pahlawan terkenal Mat Kilau. Tapi kami sampai lewat mahgrib jadi kensel lah nak ke sana. Aku rancang keesokkan harinya baru ke sana.

Sungai Pahang di belakang rumah mertua kakak aku


Keesokan harinya aku bawak empat orang anak saudara ke makam ni, sedihnya tengok makam ni...no further comment... cakap sedih cukuplah .. harap semua faham. Apa yg dibuat cukuplah agaknya.

Habis kat makam Mat Kilau tu kami terus berdesuppp... ke mana???? Ke mana lagi, ke bukit istana. Di sini kami akan melihat sebuah rumah usang tinggalan Sultan Pahang yg berperanan sebagai istana hinggap tuanku (remember scary istana!!)... dan konon nya di sini juga pernah berlaku pembunuhan dan ada dot dot dot ... tidakkkk!!!

pandangan Bandar Jerantut dari atas bukit istana yg penuh dgn belukar dan semak samun tinggi..eiii scary...kecut perut!!!

empat orang anak bujang aku... posing selekah lah!!!

pandangan istana tinggalan tersebut... aku tak berani pegi dekat!!!


Tapi untuk hari ni aku ucapkan Selamat Hari Lahir untuk dua insan istimewa iaitu kakak aku untuk harijadinya yang ke 45 dan sahabat aku Heri utk harijadi yg ker 27. Dan sedikit juadah ringkas sempena Hari Lahir tersebut.

Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan disihatkan badan...amin..

Doa selamat dibaca oleh adik iparku untuk Kak Uda. Terima kasih untuk layanan selama kami di sini. Esok kami balik. Salam sayang dari Johor dan Kuala Lumpur untuk seisi keluarga di Jerantut, Pahang