Showing posts with label Blogger Story. Show all posts
Showing posts with label Blogger Story. Show all posts

27 August 2010

KENAPA SOLAT DAN BUKANNYA SEMBAHYANG

Salam Sayang semua...

Hari Rabu sehari yang lepas, Abg Bear keracunan makanan. Kalau ikutkan agak kerap jugak keracunan selama ada kat Sabah ni dan apa yang berlaku beberapa hari lepas tu memang paling menyiksakan.

Macam biasa sebab Dr Shah takder kat rumah, Abg Bear buka sengsoranglah dan Abg Bear masak petang tu. Menunya ayam masak merah/sambal, kacang panjang goreng sos tiram dan kek keju yang baru jer dapat. Air minuman cuma air strawberri dari Semenanjung yang kami bawak setahun yang lepas. Dan lagi ada sepotong ikan masin yang dah sehari lepas Abg Bear makan. So antara makanan tu semua yang tiga tu lah yang jadi syak puncanya. Sambal pada ayam tu atau sirap strawberi tu ataupun ikan masin tu.

Adakah ikan masin yang menyebabkan keracunan?? (gambar pinjam)

12 August 2010

TAMU ISTIMEWA - KIBUNUT

Salam Sayang Semua...

Keesokkan harinya kami bercadang nak pegi yang dekat dekat saja supaya apa pun berlaku pada Bapa Abg Bear kelak, akan mudah kami balik. Tapi pada pagi tu, keadaan Bapa AB dah semakin pulih dan setelah dipujuk pujuk akhirnya dia setuju nak ikut kami. Jadi kami decide nak pegi dekat dekat jugak iaitu ke Pasar Jalan Gaya dan lepas tu ke Kibunut.


Bapak yang tak berapa sihat akhirnya mengalah pujukan kami... ikut juga keluar rumah

11 August 2010

TAMU ISTIMEWA - KUNDASANG

Salam Sayang Semua...

Pada bulan Jun yg lepas, Abg Bear menerima kedatangan tetamu istimewa dari Semenanjung iaitu Bapak Abg Bear sendiri yg datang dibawa oleh rombongan Abg kepada Abg Bear (kita panggil Pak Uteh ikut pangkat dalam keluarga) sekali bersama-sama isteri dan anak-anaknya nan berlima tu.


Permandangan kebun sayur di daerah Kundasang dalam perjalanan ke sana

05 August 2010

TAMU DARI MATRADE - SECOND DAY

Salam Sayang semua...

Semalam hari pertama depa di bawak ke Kudat dan Tips. Hari kedua, mereka akan dibawa ke Gunung Kinabalu. Bukan diorang nak panjat tapi nak bergambar kat kaki gunung sana. Tak begitu banyak aktviti kecuali bergambar saja dan shopping ala kadar. Breakfast tempat yang sama dan terus gerak ke Nabalu.


04 August 2010

TAMU DARI MATRADE - FIRST DAY

Salam sayang semua....

Pada minggu lepas tanggal 26 dan 27 hb Julai 2010 iaitu sehari selepas Abg Bear turun dari Gunung Trus Madi tu, Abg Bear menerima empat orang tetamu dari KL... ehem ehem, tetamu berbayar yer... hehehe. Setelah berbulan bulan diorang booking akhirnya sampai lah jugak ke negeri di bawah bayu nih.


29 July 2010

PENJELAJAHAN GUNUNG TRUS MADI (BHG 1)

Salam Sayang semua...

Pada hari Sabtu 24hb Julai 2010 bersamaan dengan 12 Syaaban, Abg Bear dan teman seperjuangan Bad (bukan nama sebenar, bukan jugak Badrul bukan jugak Badlishah, bukan bukan, bukan tapi singkatan dari Badang sebab dia kecil tapi gagah perkasa orangnya) telah melakukan ekspidisi yang paling esktreme yang pernah kami buat iaitu mendaki Gunung Trus Madi .

Boleh yer Bad guna nama tu? Boleh tu... dia diam jer tanda setuju tu.


kenderaan 4WD yang kami gunakan tersangkut dlm lumpur selut dalam perjalanan ke gate

Memula Abg Bear nak cerita tentang Gunung Trus Madi tu sendiri. Alkisah, gunung paling tinggi di Malaysia ni ialah Gunung Kinabalu, itu semua orang tahu. Tapi gunung kedua paling tinggi ialah Gunung Trus Madi yg juga letaknya di Sabah ini diantara daerah Tambunan dan juga Keningau, itu ramai orang tak tahu. Ianya berketinggian 2,462 meter atau 8,669 kaki dari aras laut dan berjarak pendakian sejauh 4,900m dari titik mula sampailah ke puncaknya.


dalam perjalanan ke gate kami terlihat ada projek perumahan rakyat termiskin di sini... dengan jalan yang begini teruk, projek sebegini jauh ke dalam agak menghairankan


Tali dipasang pada tayar untuk menambah bunga... supaya tayar boleh bergerak

Beza Trus Madi dengan Kinabalu ialah, beribu ribu orang mendaki Kinabalu setiap tahun dan cara pendakiannya telah dipermudahkan dengan adanya tangga dan sebagainya, tapi Trus Madi memberi gaya pendakian yang jauh lebih sukar dan mencabar disebabkan oleh bentuk mukabumi dan hutannya yang pelbagai dan ini menyebabkan kurang sekali ianya di daki sepanjang tahun.


Lihatlah keadaan jalan yang berselut lumpur dalam... 4WD pun tak lepas

Bukanlah tak ada orang mendaki langsung tapi kurang sangat. Pada masa kami mendaki tu, hanya kami berdua dengan seorang pemantau dari Jabatan Perhutanan yang ada dalam hutan tebal Trusmadi tu, jadi bayangkan lah bertapa sukarnya dari segi itu saja.

Habis dah pengenalan pasal Trus Madi dan kami, kita ceritakan gimana semua ni bermula.

Pada tahun lepas, Abg Bear kali pertama mendengar nama Trus Madi ni dan mula berisik risik ke sana ke mari tentang gunung ni. Pada masa tu tumpuan lebih kepada Gunung Kinabalu tapi disebabkan gunung Trus Madi ni berketinggian separuh dari Gunung Kinabalu, Abg Bear berhasrat untuk mendakinya dulu sebagai latihan permulaan.

Cerita cerita tentang gunung ni dah mula didengar begitu begini ttg macam mana sukarnya memanjat gunung ni. Mulanya Abg Bear tak percaya. Masa tu Abg Bear masih takder kawan yg baik yang boleh sesama bersusah senang kalau nak mendaki ni sampailah Abg Bear rapat ngan Bad. Bad ada kecenderungan yg sama yg sukakan outdoor dan kami setuju sama sama nak panjat Trus Madi nih.


Seorang pagawai Jabatan Hutan manyambut kami di pintu masuk yang cantik berbentuk rama rama...

Selepas setuju, kami telah ke Tambunan sebanyak dua kali semata mata nak survey dan bila dah cukup segala info dan kerja kerja admin pun dah selesai, maka kami pun berangkat lah pada tarikh di atas. Persediaan peralatan dan fizikal telah dimulakan beberapa minggu sebelum dari tu. Kami kerap mendaki beberapa bukit di sekitar Kota Kinabalu termasuk Bukit Padang yang paling kerap dan juga Bukit Piramid dan juga kami mula mengerahkan fizikal kami melebihi dari takat biasa.

Setiap hari Abg Bear berjogging 10km, berenang 1.2km, ber gym dan mendaki Bukit Padang hanya untuk mencabar badan supaya bersedia menghadapi kesukaran Trus Madi. Persediaan yang lama ni lah yang menyebabkan berat Abg Bear susut, bagus jugak tu... nanti Raya Puasa naiklah balik...kan??


keadaan kasut sebelum memanjat gunung saja pun sudah begini kotor berselut

Pada pagi Sabtu, 24hb tu kami bergerak awal dari Kota Kinabalu kira kira jam 4 pagi dan sampai Pekan Tambunan lebih kurang dalam jam 5.30 pagi, kami bangun pun pagi tu lebih kurang jam 3 pagi. Plan asal kami ialah kami akan mendaki lebih kurang jam 6.30 atau paling paling pun jam 7 pagi sebab kami rancang untuk turun pada hari yang sama dan tidak berlama lama di atas dan tidak bermalam.

Tapi pagi tu hujan turun dari sebelah malamnya menjadikan bumi Tambunan basah dan jalan masuk ke pintu masuk ke 'starting point' berselut tebal. Suka diberitahu bahawa untuk masuk ke dalam, hanya 4WD sahaja yang boleh digunakan disebabkan jalan nya berlumpur tebal. Kenderaan biasa tak boleh lalu dan kami dah cuba dan gagal.



Tengok... kemain suka lagi dah sampai gate... nanti lah sengsaranya ko rasa... hehehe


Bad bergambar kenang kenangan dengan pegawai2 jabatan hutan dan jugak driver kami


Tu Abg Bear nak tunjuk nama yg tertulis kat white board kat gate masuk tu


Sedang melakukan pendaftaran di pintu masuk... kalau sesiapa ke sana tengok ada nama Abg Bear kat sana

Lebih kurang jam 6 pagi kami gerak dari Pekan Tambunan ke pintu masuk lebih kurang 7km dari jalan luar. Hujan yg turun pada malam tu hingga ke pagi telah menyebabkan jalan dipenuhi lumpur dan kenderaan kami tersangkut. Di sini saja kami telah membazirkan kira kira setengah jam.

Satu cara yg dilakukan driver kami ialah dengan memasang tali untuk menambah bunga pada tayar 4WD dan kemudian kami cuba lagi beberapa kali, akhirnya lepas juga. Tadi hampir hampa tapi sekarang lega, dalam perjalanan tu ada beberapa lagi kawasan lumpur tebal tapi dapat lah kami teruskan dan kami sampai ke pintu masuk kira kira jam 8 pagi.


siap siap nak berangkat ke starting point


Sejenis keladi yang cantik kat gate tu... udara sejuk menyebabkan pokok pokok senang tumbuh di sini


gate - arah keluar...

Setelah disambut oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Hutan dan setelah urusan pendaftaran dibuat, kami pun mula bergerak lagi dengan dua orang pemantau merangkap guide menuju ke 'starting point'. Rasa teruja memang kuat masa nak mula bergerak walau tadi hampir tersekat terbantut. Sampai di satu bahagian sungai, kami dapati ada halangan kedua iaitu tanah runtuh. Mulanya driver kami cuba untuk lalu ikut sungai di bahagian bawah jalan tu tapi kenderaan yg dibawa tak cukup tinggi dan bimbang air atau batu akan pecahkan enjin kenderaan disebabkan paras air yang tinggi.


Arus sungai yang deras dan paras air yang tinggi menghalang pergerakan kami dari arah sungai

Jadi kami cuba juga naik ke bahagian atas jalan dan disitu kami tersekat, tanah runtuh dengan berpokok segala. Aduh... sedikit semangat dah mula turun. Masa ni Abg Bear dah tak boleh berfikir sama ada nak teruskan atau patah balik. Apa yang kami kecewa disini ialah sepatutnya Jabatan Hutan ada usaha untuk bawa cangkul dan gergaji untuk alihkan tanah, kami pun boleh bantu kalau perlu.


begini lah tanah runtuh yang sederhana yang boleh diubah sedikit kedudukannya dan kami sudah boleh lalu, tapi sampai kami balik tanah ni tak berusik


Bad bergambar kenang kenangan dengan tanah runtuh


permandangan dari atas tempat tanah runtuh keadaan sungai yang berarus deras



Permandangan hutan Trus Madi dan sekeliling nya... senyap sunyi yg terlalu sunyi sebenarnya

Tapi kami dicadangkan untuk berjalan ke starting point yang kononnya 5km dari tempat tanah runtuh tu. Disebabkan Abg Bear tanak usaha ni gagal, Abg Bear setuju untuk berjalan lagi pun setakat 5km saja. Tapi rupanya silap, jalan ke 'starting point' tu hampir keseluruhannya mendaki, jadi walau 5 km pun penatnya bukan kepalang dan lebih buruk lagi, setelah sampai barulah kami tahu jarak tu sebenarnya lebih dari 5km, mungkin 7 mungkin lebih. Tertipukkkk...


Dari atas tanah runtuh tu kami menurun jalan ini ke bawah sungai dan mula kan perjalanan dari sana


Guide kami mencuba air sungai di sini.. bagusnya dia ni tak takut nak minum air air begini.. kami pun terikut ikut


bergambar kenang kenangan masa tenaga masih banyak lagi sebelum kami bergerak ke 'starting point'


Mula kan perjalanan


Oleh kerana jalan semua mendaki, baru separuh jalan, kami berdua dah kepenatan


Akhirnya sampai juga ke 'starting point'... kalau tak betul betul memang kami dah give up sebab belum mula memanjat lagi kami dah penat. Abg Bear ngan Bad bergambar kenang kenangan kat starting point

Tapi dalam sakit hati dan bengang tu kami sampai juga ke 'starting point', masa ni Abg Bear tak tahu yang Bad dah kepenatan. Mintak maaf yer Bad... Abg Bear excited sangat, sampai kat situ kami rehat dalam 10 minit. Untuk berjalan dari tanah runtuh ke 'starting point' tu saja pun kami dah bazirkan hampir dua jam. Segala galanya sudah lari dari schedule asal dan disebabkan itu, pendakian seterusnya adalah sangat mencabar, menyakitkan dan kami hampir hampir putus asa.

Bersambung....

Salam Sayang Beruang Madu

20 July 2010

MOTH

Salam Sayang semua...

Semasa kami di Kasih Sayang Resort tu, yang kami bangun pepagi nak tengok matahari terbit di ufuk timur tu, kami diberitahu oleh salah seorang rakan yang ikut, kat luar bilik kami tu ada banyak sangat spesis binatang kecil keluarga rama rama yang bersayap seperti rama rama.

Ada kata itu kupu kupu, tapi istilah di atas digunapakai dengan meluas iaitu Moth atau dalam istilah jawanya 'kelembak'. So nak guna mana? Jawa ke atau bahasa omputih? Bila kami kira kira, ada lebih kurang 20 jenis yang berada di luar tingkap dan pintu bilik kami tu. Abg Bear tak dapat nak ambil semua jenis, ada yang jauh sangat, ada yang kecik sangat, ada tu dah aim aim cemana pun tetap tak cantik. Jadi yang ni jer lah yang dapat dipamerkan kat sini yek.


Dan di kawasan ni jugak ada lah beberapa pokok hiasan dan liar yang tumbuh menghias disekitar resort nih.


Kawan ni pulak, Abg Bear ngan Andi jumpa lepas sarapan tu. Ala ala cutenya diaaaa....


Yang ni mungkin sejenis rama rama besar, tapi bukan jumpa kat resort ni lah tapi jumpa kat rumah tukang urut Abg Bear kat Bongawan... spesis apa tak tahu.


Salam Sayang Beruang Madu