Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts
31 August 2010
SELAMAT HARI KEBANGSAAN
Salam Sayang kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira berada di mana sekalipun di atas mukabumi ini. Abg Bear mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.
Jujurnya kedatangan Ramadhan kali ini lebih dirasai berbanding perasaan menyambut kemerdekaan dan kebetulan malam tadi adalah malam ke sepuluh terakhir Ramadhan.
Bagaimana pun inilah ucapan untuk semua.
Salam Sayang Beruang Madu
Labels:
Celebration
30 August 2010
TIJAH DI BLOG BARU
Salam Sayang Semua...
Blog lama dia tu telah ditamatkan riwayatnya. Mesra alam ke Tijah blog lama ko tu... keji lah, aku suka yang baru nih.
Salam Sayang Beruang Madu
Hari ni Abg Bear nak buat pengumuman untuk sepanjang hari lah yek... lagi pun dah dekat dekat ngan Hari Kebangsaan ni bersama sama rakyat Malaysia ni mengibarkan jalur gemilang, adik Abg Bear si Tijah Murai yang sangatlah potpet mulutnya tu jugak mengibarkan bendera barunya sendiri.
Tijah secara rasmi mengundurkan diri dari blogspot dan mula menggunakan dot com nya sendiri dengan nama ganaz ya amat....
Hambik ko nama... berstatus komersial dan international lagi tu. Lantak lah ko nak bagi nama apa pun tapi yang penting blog tu memang cantik. Jadi sila lah ke sana yek dan bermesra mesralah dengan adik Abg Bear tu....
Blog lama dia tu telah ditamatkan riwayatnya. Mesra alam ke Tijah blog lama ko tu... keji lah, aku suka yang baru nih.
Salam Sayang Beruang Madu
Labels:
Celebration
10 August 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ
Salam sayang semua,
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini, Abg Bear mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga berjaya mengharungi bulan mulia dan penuh keberkatan in dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Dengan ini juga Abg Bear memohon ampun dan maaf atas segala salah silap tutur kata dan kelakuan selama kita kenal satu dengan yang lain dan mohon dihalalkan segala makan minum yang mana tidak disedari.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.
Labels:
Celebration
Subscribe to:
Posts (Atom)

