Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

17 August 2010

MENGADANG OMBAK - PANTAI SYAHBANDAR

Salam sayang semua...

Ini satu lagi entry tertunda dari tahun lepas lagi. Kalau korang tengok figure Abg Bear dalam entry ni, tu figure lama kira kira 8 bulan yang lepas semasa nak masuk tahun baru. Time tu kalau ada pun wat senaman pun, tu sekadar melepaskan batuk di tangga jer... bentuk badan time tu maintain bentuk teddy bear lah.

Yang mana mana kata sekarang tu masih bentuk sama tu dengki lah tu, Abg Bear dah susut okay... tak caya check balik entry lelain tu... hehehehe, please jgn patahkan semangat menguruskan badan Abg Bear... dah lah semangat tinggal sikit jer.

Kami ada kawan tinggal di Tuaran dan rumah dia dekat benor dengan pantai Syahbandar sana. Kalau korang tak tahu mana tu pantai Syahbandar, korang cariklah kat mana dia Tuaran Beach Resort, haaaa dekat dekat situ lah. Pada malam tahun baru yg lepas, kami ni takder plan langsung nak ke mana mana.

Biasanya kalau kat KL nun, kami akan wat makan makan sambil ajak kengkawan datang dah tu tengok bungapi dari balkoni rumah kami. Tapi kat sini tak ada semua tu. Jadi kawan ni dengan murah hari dia buat lah parti unggun api sekadar nak menjemput kengkawan ber'aramaiti' gituh. Adalah beberapa orang yang boleh datang dan kami pun berkumpul lah berborak borak menantikan detik 12 malam untuk masuk tahun baru 2010.