Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

06 September 2010

SUNGKAI 2010


Salam Sayang Semua...

Dah dekat benor Abg Bear ni nak balik ke Johor sana... esok jer tinggal ni haaa.. badan jer kat sini tapi hati dah kat kampung dah, asyik dok mengulang call kampung tanya raya masak apa, preparation dah siap ker, tengah wat apa... macam macam lah.

Tapi hari Ahad semalam, Abg Bear saja saja sesuka nak buat bersungkai (berbuka puasa) kat rumah ni. Lama dah kat rumah ni tak buat makan makan nih dan Abg Bear pun ajak lah beberapa orang kawan datang sekali berbuka. Lagipun ni hari Dr Shah balik dari Tawau lepas dua minggu bertugas di sana. Selama dua minggu tu lah kami berbuka bersahur sendirian.

Disebabkan masa tu masa berbuka, jadi Abg Bear tak sempat nak mengambik gambor tamu tamu yang datang, sibuk nak sediakan makanan kat dapur walaupun banyak yang dah siap kira kira jam 5 lagi. Yang dapat ditunjukkan kat sini menunya saja lah. Itupun sebab Abg Bear nak tunjukkan kat Wahidah, hasil yang diajarkan pada Abg Bear cara cara membuat sup tulang yang sedap tu dan hasilnya memang menjadi dan memang sangat sedap. Tetamu yang datang pun memuji muji kesedapan sup tu dan macam tu jugak yang Abg Bear menghantar ke rumahnya, pun kata sedap kemain. Terima kasih lah kat Kak Jah yer... 

Jadi inilah menunya,

Mula mula tu ikan tongkol masak lemak kuning cili api yang Abg Bear bakar dulu ikan tu bagi garing luar dia barulah di gulaikan dia. Katanya ini pun sedap jugak. Menjadi sungguh masakkan hari ni.

Biasanya untuk ikan tu Abg Bear akan bakar kan dulu sebelum masak lemak kuning cili api tu

04 September 2010

INDAHNYA DUNIA!!!

Salam Sayang Semua...

Kita hentikan dulu cerita cerita Kieran and the gang tu dan akan disambung lepas raya... banyak lagi sambungan nya tu yer...

Semalam adalah hari yang bahagia buat Abg Bear sebab dah berhari hari terliur menengok kat blog Mek Na Gebu tu yang dia sahur beberapa hari yang lepas. Ikan masin sepat yang sangat membuka selera waktu sahurku itu. Abg Bear memain jer mintak diorang kirim ke sini sebab kat Sabah ni takder ikan kering sepat tu. Jauh sangat ler ikan tu nak berenang ke sini untuk dikorbankan jadi ikan kering. 

Bungkusan yang berhari hari ku tunggu kedatangannya....

10 July 2010

SAMBAL LONTE

Salam Sayang semua...

Esok plannya Abg Bear nak ke Tambunan, saja dengan tujuan melawat lawat kawasan. Jadi untuk sarapan pagi Abg Bear bermurah hati nak menyediakan satu menu simple jer iaitu jemput jemput bawang. Kat tempat lain agaknya diorang panggil mende ni cekodok lah tapi kat tempat Abg Bear besar kat Johor sana ini dipanggil gitu.

Tapi yg nak ditunjuk kat sini bukan tu tapi pencicahnya iaitu sambal lonte yang simple sangat membuatnya. Konon ini adalah resepi jawa, wallahualam...

Konon pada zaman dulu mak bapak orang2 jawa ni sibuk bekerja di ladang. Jadi untuk menjimatkan masa mereka diciptakan sambal ni yang bertujuan boleh di makan lagi dan lagi esok lusanya kalau tak habis, kira tahan lama lah sambal ni. Melainkan kalau nak perabih hari tu jugak maka dibuat dengan tambahan yang lain lain. Biasanya dibuat dalam kuantiti yang banyak betul so boleh simpan.

Bahannya cuma lada cili kecik (atau lada kering kalau suka), ikan bilis dan garam. Tu jer... senang buat senang makan senang simpan esok esok ulang lagi.


bahan utama ialah ikan bilis dan jugak...


cili kecik... nak pakai lada kering pun boleh

Mula mula ikan bilis ngan lada cili tu digoreng (cili goreng separuh garing, ikan bilis digoreng garing)... masuk dalam lesung, tumbuk dan tadaaaaaa... sudah siap, boleh dimakan sesuka hati nak makan ngan apa pun.


goreng garing ikan bilis


goreng separuh garing cili kering


pas tu tumbuk lumat dengan dimasukkan garam... dah siap.. senangkan??

Biasanya Abg Bear buat banyak2 lah letak kat dalam peti sejuk, dah tu takder lauk ke atau nak tambah ker keluarkan lah... sodapppppp...

Salam Sayang Beruang Madu