06 June 2009

LUMBA PERAHU NAGA


Salam sayang semua....

Aduhai awal awalnya Abg Bear mintak hampun dan mahap bebanyak kepada sesiapa yg meninggalkan komen kat blog Abg Bear ni untuk entry yang lepas. Tangan terlalu pantas tetiba dari 11 komen tu terdelete 10 komen... salah klik lah katakan... aduhai sedihnya. Abg Bear mintak maaf bebanyak... dah tak ingat dah sapa yg tinggal komen. Di akui Abg Bear tengah letih ya amat... kenapa letih? Haaa sebab yang di bawah ni lah yer...

Dari hari Jumaat sampai hari Ahad, di adakan pertandingan lumba perahu naga peringkat antarabangsa di Putrajaya buat pertama kali, jadi Abg Bear ngan Dr Shah pun ke sana lah saja saja untuk memenuhkan cuti panjang Dr Shah yg takder nak buat apa melainkan menunggu dan menunggu saja surat pindah ke KK dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan... lambat sungguh lerrr... saja saja jer dapat cuti free kan.

beberapa pasukan (tak ingat dari mana...) tengah sesiap nak turun ke air dan nak pegi kat garisan permulaan...

satu pasukan yg memulakan dengan push up untuk memanaskan badan...

Ni apa kerja dia... memalu gendang supaya pengayuh akan mengayuh dalam rentak yg sama... tugas yang nampak mudah tapi menjadi nadi kepada pasukan tersebut

Jadi perlumbaan ni di adakan sejak semalam lagi iaitu Jumaat tapi baru hari ni dapat sempat pegi. Tujuan utama selain dari cuci cuci mata ialah untuk kembali menajamkan kebolehan kami mengambil gambar. Lama dah rasanya tak mengambil gambar yg bergerak gerak ni. Kami datang bertiga dengan En Aziz Perlis dan kat sana menunggu kawan Abg Bear si Jack dgn kawan dia. Siapa nama yer? tak sempat nak tanya. Tak ingat sebenarnya.

beberapa orang dari pasukan Terengganu yg sempat pose pose cantik....

pertandingan untuk perahu panjang dimulakan dengan lebih 20 orang pendayung... memang best tengok orang berlumba

Pasukan TLDM kita pun tewas jugak... badan kemain sasa lagi... tapi perlumbaan ini bukanlah cerita pasal badan siapa sasa tak sasa kan...hehehehehe

Kat sana kami dapat lihat pasukan dari merata tempat termasuk Singapura, Hong Kong, Jepun dan UK, yang lain nya dari pasukan tempatan. Tapi kerana sibuk amik gambar yg begitu banyak (maklum kamera digital kan free filem dia) kami tak sempat nak mengikuti sapa menang dan sapa kalah. Biasalah kan... lebih nak berpesta lagi.

beberapa siri pertandingan dimulakan dengan pelbagai kategori... maka kat sini lah baru nampak bertapa hebatnya pasukan dari luar berbanding kita... mudah mudah jer kena kejar walhal pasukan kita start kemain laju lagi

pasukan Singapura yg gagah perkasa... yeahhhh... salute kat diorang yg sememangnya layak menang, dapat memintas walau tertinggal...

pasukan lain yg turut tewas siang tadi... dari mana ntah... Taiwan agaknya

Di sinilah tempat ianya diadakan.. di Kompleks Sukan Air Putrajaya...

juga berlatarbelakangkan keindahan Hotel Pullman yg baru siap kat sana

salah satu pasukan wanita tempatan yg berjaya.. Abg Bear tak pasti lah, rasanya ini pertadingan tempatan saja bukannya antarabangsa...

macam biasa kat event event macam ni tempat tempat makan memanglah banyak...

sebahagian dari penonton yg turut hadir sama

Kalau ada sesiapa yg nak tengok pesta yg best ni.. sila lah ke Putrajaya esok... dapatlah merehatkan minda dan bergaul ngan masyarakat dunia...

Jadi kerana berpanas yang melampau kat sana (sib baik petang tu redup sikit) maka Abg Bear mulalah keletihan. Bila dua dua dah keletihan dan berjam jam kat panas matahari dah tu event pun dah nak abis, kami pun pulang lah nak hantar En Aziz ke hotelnya. Sebelum dari tu kami singgah kejap kat Restoran AJ yg semakin terkenal tu untuk bertemu Abg Besar tu sebelum berangkat ke KK. Rancak lah berbual itu ini dan kami pulang petang.

Jadi sekali lagi Abg Bear mohon maaf yg teramat lerr sebab terdelete komen komen korang tu. Jangan serik yer.. harap sudi nak komen lagi...

Salam Sayang Beruang Madu

04 June 2009

SEKEJAP DI KOTA TINGGI

Pada malam Isnin lepas memasukki hari Selasa, Abg Bear ngan Dr Shah dah takleh tido. Entah kenapa sejak akhir2 ni payah sungguh nak tido malam. Asyik terkejut terbangun jer. Hmmm payahlah macam ni nak teruskan kerja kerja besok harinya kan? So kami buat keputusan nak gerak malam tu jugak. Kalau paksakan tido tapi tetap takleh tido, kami tetap kena gerak ke Kota Tinggi dalam keadaan mengantuk dan letih.

So pada pukul satu pagi kami bergerak pulang ke Kota Tinggi dengan sebahagian dari barang barang rumah yg nak di let go kan sebelum berangkat ke Sabah. Syukur banyak, perjalanan malam memang best. Selain dari cuaca yg dingin, jalan raya puun kosong yg amat kecuali disebilangan tempat yg banyak lori lori besar.

Sampai jam 6 pagi dan semua terkejut. Of course, jarang jarang kami balik mengejut cenggini, so matlamat untuk beri kejutan tercapai lah. Dan sampai sampai jer terus tido sampai tengah hari.

Oleh kerana tak banyak aktiviti kat kampung, sambil sambil menunggu lain lain keluarga balik, kami berdua curik curik keluar dgn niat nak mandi kat Waterfall Kota. Hahahahaha... cabut diam diam sebab anak sedara ramai nak mengikut, tak larat nak bawak semua. So kami pegi berdua jer lah.

gambar tak sensor Abg Bear... inilah gambar terkini setelah berbulan tak tunjuk muka kat layar perak... hehehehe!!!

Dapatlah Shah main main air sungai yg sejuk dingin tu, tercapailah keinginan dia nak ke situ. Petang baru balik, lepas makan siang, tido lagi.

gambar Abg Bear yg gagal lulus sensor kat layar perak... so dapat keluar kat sini jerr... yg geli nak muntah tu tolong jangan belek lama lama, maklum yg six pack bagai tu dah hilang dah...

Balik wat apa lah sebenarnya yer kalau asyik tido tido jer?? Nak jumpa family sampai kan berita kami nak pindah... so apa pandangan diaorang? Hmmmm 50-50 lah. Tak bagi pun dah besar panjang, so relakan jer mudah mudahan akan lebih berjaya di sana.

Malam tu gusi Abg Bear bengkak lagi dan sakitnya bukan kepalang. Habis ubat tahan sakit Abg Bear telan tapi tak jugak ilang sakitnya. Last last dah berjam jam sakit, adik perempuan Abg Bear bagi minyak urut yg boleh hilang sakit tu dan juga pil tido. Akhirnya tertido malam tu di dalam hujan malam yg lebat kemain. Syukur, panas siang berhujan malam, rezeki murah kata orang.

Kami bertolak balik esoknya dalam pukul 12 dan sampai KL jam 5 petang dalam jalanraya yg kosong lapang. Segalanya beri petanda mudah bagi kami nanti. Keputusan besar yg mendebarkan Abg Bear sangat sangat.

Salam Sayang Beruang Madu

01 June 2009

ABG BEAR BALIK KAMPUNG

Salam Sayang....

Abg Bear balik kampung kejap yer... memula kampung Dr Shah kat Penang (kira kampung jugak ker?? kat taman perumahan tu.. Penang lagi!!) tapi boleh lah.... kira nak jumpa sedara mara sebelum tinggal jauh dari KL tapi dekat dari Manila... opssss!!!!

Penang dah balik minggu sudah jadi minggu ni nak balik ke Johor pulak... maaf yer Erin, Pak Itam balik hari biasa... nak jumpa Mak Uda, Mak Njang dan lelain... hujung minggu dah tak sempat. Jadi nanti balik dari Johor baru Abg Bear sambung update...

Salam sayang untuk semua...