26 June 2009

JAKARTA BERHENTI MENGEKSPORT MAID

Salam sayang semua...

Kalau semua ada mengikuti entry Ganyang Malaysia beberapa minggu yang lepas... di antara jawapan Abg Bear berkenaan dengan orang-orang Malaysia ini malas pada soalan ke 5 dan oleh kes kes import oleh Wahyu Basuki... Abg Bear jawab sila lah hantar pulang pekerja pekerja kamu dan segala pembantu rumahtangga kamu itu dan biar rakyat Malaysia mengurusi kehidupan mereka sendiri dan jadi rajin.

Dan hari ini apa yang Abg Bear hajatkan itu termakbul walaupun disyakki itu hanya sementara. Memang susah kalau tak ada maid tapi cari lah dari negara lain yang lebih baik. Untuk majikan majikan yang sering merogol dan menyiksa maid maid tersebut, sila siksa diri anda sekarang, kalau nak rogol diri sendiri pun apa salahnya...

Jakarta telah membekukan kemasukkan maid ke Malaysia serta merta disebabkan terlalu banyaknya masalah dengan majikan di Malaysia yang mengainaya maid maid dari Indonesia nih... haaa ni dia petikan dari the star dot com tu yer...

Jakarta stops export of maids immediately

JAKARTA: Indonesia has ordered employment agencies to stop sending its citizens to Malaysia to work as maids.

Indonesian Manpower Minister Erman Suparno said the decision – effective today – would remain in place until safeguards are implemented in Malaysia.

“I had spoken of the temporary halt in bilateral talks with the Malaysian Human Resources Minister (Datuk Dr S. Subrama-niam) during the International Labour Conference in Geneva on June 12,” Erman said in a statement yesterday.

He said he would send a letter on the decision to all related agencies today.

Erman said the ban was ordered following a flood of complaints from domestic workers that their employers had abused them.

The Indonesian minister said he would travel to Malaysia early next month to meet Dr Subrama-niam, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor, the Immigration Department and the police to discuss a review of a memorandum of understanding between the two countries on maids.

Besides the ban, the statement also gave notice that maids have the right to hold onto their passports. It also stated the standard rights of maids like wage increments and a day off each week.

More than 300,000 Indonesian women work as maids in Malay-sia.

Around 3,000 new maids head for Malaysia every month, most of them placed through specialised employment agencies.

Maids have filed up to 150 complaints every month with the authorities in Indonesia, alleging ill-treatment, overwork, unpaid salaries and physical abuse in Malaysia. — Agencies


Sebab nila setitik rosak susu sebelanga, seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit, dari 300K maid yang ada, barangkali kurang 1% yang bermasalah dengan majikan, yang bawak masalah mungkin lebih dari tu...

Well... diorang jugak yang hilang pekerjaan dan majikan majikan di sini jugak yang merana badan tapi yang Abg Bear pelik, lama dulu dah dengar kisah maid maid Indonesia di Arab Saudi sana diperkosa dan dijadikan pemuas nafsu oleh bapak majikan, anak majikan malah sekeluarga kongsi bergilir gilir... yang disiksa dan sebagainya.. tapi tidak pula dihentikan pengeksportannya.

Barangkali kerana kita serumpun maka dianggap kita ni boleh diketepikan seenaknya.

Sila lah pulang dan jangan lupa bawa pulang sekali pendatang dari sana yang masuk secara haram ke mari... plsssss.... tolonglah bawa pulang....

Salam Sayang Beruang Madu



20 June 2009

VOTE SIPADAN

Salam sayang untuk semua yang membaca blog ni....

Sekarang Abg Bear dah jadi warga Sabah... jadi secara tidak langsung Abg Bear akan turut mempromosikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik kat sini.

Okaylah.. sekarang ni sedang berlangsung satu undian menerusi internet tentang 7 keajaiban alam di atas mukabumi nih. Jadi untuk kategori pulau, salah satu pulau di Sabah ini iaitu Pulau Sipadan telah terpilih menduduki tempat teratas untuk kategori pulau.


Jadi bantulah kerana setiap undian kita sangat bermakna dan untuk mengundi menerusi internet adalah sangat mudah... sila ke laman web ini untuk mengundi:

http://www.votesipadan.com/

Anda akan saksikan kehebatan Pulau Sipadan di mata dunia.

Salam Sayang Beruang Madu

KISAH PERJALANAN KE BUMI BORNEO

Al-kisah maka bermulalah perjalanan Abg Bear dengan Dr Shah ke bumi Sabah, Borneo. Perjalanan yang satu ketika dulu hanya kami angan-angankan bila kami bercuti di sini lama dulu yang kononnya kami akan berpindah dan tinggal di sini. Tapi angan2 tu dah jadi kenyataan.

Bertapakah susahnya menghadapi kerenah birokrasi kerajaan walaupun Dr Shah tu sendiri orang kerajaan. Untuk mendapatkan surat menyurat berpindah pun dah memakan masa dan tenaga serta kena lari sana sini baru lah selesai. Itu belum masuk lagi hal hal memindahkan barang barang kat rumah kami tu. Setelah bertaring bertanduk bercekak pinggang, barulah urusan tu jalan. Itu pun dah makan dua tiga minggu. Sampai bila lah tahap ke'efficien' nan orang2 di jabatan ni akan meningkat.

Bila hal surat menyurat dah selesai barulah urusan memindahkan barang2 dimulakan. Pada masa ni Dr Shah sudah sepatutnya melapor diri di hospital Queen Elizabeth KK tu tapi ditunda... alasannya.. biasalah pindah pindah ni.. memang makan masa... grrrrrr... kalau lah Abg Bear yang uruskan, tak sampai dua hari dah selesai tau. Efficient tak Abg Bear?? Jangan korang tak tahu... hehehehehe.

Satu syarikat nama Subalipack kami pilih untuk urusan pindah memindah ni. Memula ingatkan boleh lah sempat sehari mengemas, tapi bagaikan bungkus barang dari istana kan... dengan penuh hati hati dan banyaknya barang barang tu, dari sehari jadi dua hari acara membungkus. Tu pun separuh dah bagi sanak sedara, separuh dah buang dan separuh lagi ada kat rumah Tijah Murai, termasuklah pokok keladi gajah kesayangan Abg Bear tu... jangan mampus sudah Tijah oiii...

Dah gitu sebahagian dari barang2 siap kami tolong kemas kan lagi... kalau tak makan tiga empat hari lah jawabnya. Tiket flight kami dah beli nih... tergocoh gocohlah kami nak siapkan rumah tu biar bersih biar kemas untuk orang sewa. Pun gitu tak sempat jugak... tapi kemas untuk pindah dah siap lah... total 107 kotak pelbagai saiz... hambek ko... Perdana Menteri pindah pun tak sebanyak tu, apa jer lah kan... tapi ini pengajaran, jangan beli banyak2 barang tak perlu, kalau nak beli jugak silalah beli mana mana bangunan wat stor yer...

Bila dah selesai dalam kelam kabut tu, kami dihantar oleh kawan Dr Shah, KA ke Sentral dengan diiringi oleh kawan kami yang selalu jaga kucing kami tu.. Sham. Maka berangkatlah kami dengan dua beg besar seberat 25 kg setiap satu, dua beg kamera dan dua beg hand luggage. Pindah memang pindah kali ni... hahhhhh penatnya pindah randah.

Malam tu kami tido di Tune Hotel yang kononnya amat murah tapi ya rabbi kecilnya sangat sempit yang melampau. Sampai kan besarnya katil queen tu korang boleh tambah sekaki jer lagi, gitulah besarnya bilik tu. Kalau lah gini besarnya jangan kan kami yang badan sangat cantik nih, yang besar besar si Erin tu pun susah nak gerak.

Kesian pulak kalau difikirkan anak anak kapal Air Asia yang terpaksa menetap di bilik yang lebih kecik dari bilik sewa paling murah kat KL tu. Yes, katil memang sedap dan shower dia tetap the best... adalah lebih dan kurang tu kan... tapi memang siksa bilamana kami terpaksa sumbat dua beg besar dan empat beg kecil termasuk perut kami yang masing masing pun macam beg besarnya tu... hadoiiiii!!!! sabar sabar... tak lama dah kat KL nih.

Pagi jam 9 kami check in dan yang datang mengiringi kami pegi ialah si Jack, kawan Abg Bear yang dah berpuluh tahun tu. Dia datang sekali dengan bantahan pemergian Abg Bear dan sedikit restu... takper lah Jack.. ko doakanlah aku berjaya dan dalam jam 11.10 tu kami berangkat meninggalkan bumi Asia-Eropah untuk ke bumi Borneo.

Sebahagian dari kepulauan Natuna milik Indonesia yang boleh di lihat dari udara...

Ramai yang tanya, apa perasaan Abg Bear? Tak sedih ker nak meninggalkan kawan kawan dan keluarga di KL?

Entah lah... sedih memang tak banyak, lebih kepada berdebar mengingatkan hari esok yang bakal menunggu Abg Bear. Bagi Abg Bear, Sabah tu tak jauh... prinsip Abg Bear ialah... kita adalah warga dunia, hanya lautan memisahkan, kita masih ada udara yang menyatukan. Abg Bear tetap akan sering balik balik ke Semenanjung... hati dah jiwa masih banyak di sana.

Salah seorang awek paramugari yang cantik... Abg Bear suka muka dia yang cantik tak lekang senyum tu... wahhh!!!

Wajah KK dilihat dari udara

Kami sampai dua setengah jam kemudian dan seperti orang yang dah biasa, kami uruskan kedatangan kami sendiri tanpa kawan tanpa keluarga. Kami terus tinggal di Hotel Promenade dalam dua tiga hari ni sementara mencari rumah baru. Hotel ini kami pilih sebab agak murah, rupanya sedang di renovasi tapi taklah pulak mengganggu masa rehat kami. Sampai jer terus kemas sikit sikit dan sambung tido. Entah kenapa semasa kami di Tune Hotel, kami telah terjaga masa jam 5 pagi dan kami rasa seolah olah sudah jam 7... aneh sekali dan terus tak boleh tidur lagi walhal kami tidur lewat jam 1 malam tu.

Walau kami baru sampai tapi hakikatnya kami sudah diundang oleh Aznil (Neal) kawan kami yang bekas pengurus artis tu kerana di KK ketika ini ada Jazz festival dan Neal terlibat sebagai penyanyi dalam konsert tu. Wahhhh first time dengar suara Neal yang bass bass tu.

Oh ye.. petang tu bangun tido kami terus keluar ke Mall di sebelah hotel kami tinggal. Niat kami tanaklah membeli macam macam kat sini mengingatkan 107 kotak yang bakal datang. Tapi kami tewas... ya ampun... baju di sini sangat cantik dan murah murah lagi. Jadi dengan rendah hati kami membeli jugak... aduhhhh gue tewas... gue tewas!!!

Oleh kerana dah berhari hari mengemas dan berjalan tak henti henti, kami pun teringinlah untuk buat releksologi.. urut kaki yang banyak betul kat Bukit Bintang sana... murah pun murah kat BB tu. Kat sini kami pun buat urut kaki. Dah berminggu kami tangguhkan sebab sibuk pasal pindah... kat sini baru dapat buat dan memang best orang Sabah mengurut kaki, sampai terlena Abg Bear dek sedapnya urut kaki tu... wahhh... thanks Maria... nanti Abg Bear datang lagi yer... ko urutlah dua tiga jam... penting lagi lepas tu tolong baca blog Abg Bear... banyak puji2an utk Maria.

Petang tu kami lihat di langit ada pelangi... kata orang ini petanda baik, entahlah... pelangi memang bukan pemberi kebahagiaan tapi dia bagaikan memberitahu bahawa kehadirannya memberi petanda sahaja.

Malam tu kami ke Jazz Festival di Sutera Harbour kat KK nih. Meriah dan menghiburkan... Abg Bear tak reti nak ulas lanjut, muzik bukan bidang Abg Bear tapi syok lah malam tu. Lepas konsert Neal, kami jumpa berborak ala kadar dan berjanji jumpa lagi malam esok dan pulang.

Neal dgn Dr Shah

Neal dgn Abg Bear

Neal ngan kengkawan satu group dia...

Neal ketika membuat konsert malam tadi...

dan ini gambar Neal di muka depan Borneo Post... sayangnya muka dia tersorok di balik microphone stand...

Oleh kerana tak ada kereta, kami pulang ke hotel berjalan kaki dari Sutera Harbour sejauh barang kali 3 km gitu dgn dimandikan cahaya lampu jalan. Seronok tapi penat, kalau lah begini selalu, tak ker kurus kami berdua. Hehehe... tapi disebabkan makan dan senaman tu sangat seimbang, takder lah sebarang pengurangan yang boleh diharapkan... hahahahaha... nantilah Abg Bearberazam nak cantikkan badan sementara kat sini...


Hari Sabtu keesokkan harinya, kami bangun dari tidur dan dari kamar hotel kami berbalam balam kami lihat puncak Gunung Kinabalu yang biasanya boleh di lihat di watu pagi. Ahhhh indahnya, alangkah bagus nya memulakan hari baru dengan sesuatu yang hebat.

Hari ni kami akan keluar untuk mencari rumah... well... adakah jiwa KL masih kuat dalam hati kami atau sudah boleh beransur ansur menerima gaya kehidupan masyarakat Sabah yang tradisi... kita lihat nanti...daaaa!!!!

Salam Sayang Beruang Madu