27 May 2009

HARI BERKEMAS

Abg Bear dah jarang amik gambar... semangat masih lom dipulihkan.. slow slow lepas pengsan lama nih... aduhhh nak update semberono jer boleh jugak tapi karang gambar kucing terkangkang aku kata tengah lipat baju pulak... ok.. entry dulu bagi panas

Hari ni Abg Bear memulakan operasi membuang (mensedekahkan) sebahagian besar baju baju lama yg kalau di pakai dah nak serupa khemah dah. Besar kemain. Terima kasih pada kengkawan yg dulu rajin nya sedekah kat Abg Bear baju baju. Ada simpan tapi dah sampai masa memang kena let go.

Tiga peti kanvas (ala ala kotak tapi kanvas lah beli kat ikea) akan di sedekahkan kepada saudara mara yg dekat dan jauh. Sebilangan dari barang2 rumah yg tak mahu di bawa juga akan di sedekah. Pokok bunga yg baru di tanam dan mula segar bugar akan disedekahkan kepada makcik rumah sebelah termasuk pokok keladi gajah yg berjaya di tanam dari sebesar tapak tangan sampai lah dah besar mencapai rumah atas, pun akan di sedekah. Ini termasuklah benih cili yg baru bercambah, cantiknya tapi harus juga dilepaskan.

Adat berpindah hanya bawa yg penting saja.. sama lah macam mati, tak semua bawak, kita bukan Maharaja pertama Negeri China yg bawak segala harta dan bala tentera bila mati dan bukan juga Firaun Mesir, kita hanya manusia biasa. Berhijrah bermakna membuka mukasurat baru.

Yang tak tinggal ialah buku buku, baju, kucing-kucing nan empat ekor tu, barangan dapur dan sebahagian perabot penting. Barang tak penting dapur pun akan di let go... sapa nak?

Hehehehe.. tapi hari ni kemas baju jer.. mana yg nak bawak mana yg nak tinggal. Hmmm menghitung harilah... walau sebelum ni macam tanak pegi tapi bila dah buat keputusan maka minda pun disediakan...

Salam Sayang Beruang Madu

No comments: