Salam Sayang...
Pada masa Abg Bear berusia 20an tahun lepas belajar kat universiti, Abg Bear jahil sejahil jahilnya pasal dunia pekerjaan. Tak tahu cemana nak mintak, tak tahu ada peraturan dalam pekerjaan, ingatkan main hentam jer. Suka nak kerja ko kerja, tak suka tak kerja, alah macam kerja menoreh getah gitu. Komputer lagilah jahil maut masa tu.
Pekerjaan pertama ialah dalam kilang, maklum masa tu Johor booming pasal manufacturing nih. Masa tu memang takut nak pegi interview.. lemah dan naif sekali. Tapi kerana dipaksa oleh mak bapak dan dibantu oleh abang kepada Abg Bear... maka pada usia 20an tu Abg Bear ikut ke Pasir Gudang untuk mula kerja. Asing sekali tempat tu. Dari kampung terus terus nak mulakan hidup baru.
Tapi bila dah setahun bekerja barulah kenal dunia pekerjaan dan tata tertibnya dan sebagainya. Tapi tetaplah tak tahu nilai nilai wang sebab keluarga masih dekat. Dapat gaji abis dapat gaji abis. Tapi pada usia 28 menjejak ke 30an, Abg Bear terasa sesuatu dalam hati yg melonjak keluar. Kebosanan pada negeri Johor memungkin kan Abg Bear ingin memulakan hidup baru.
Abg Bear ada kenal sorang budak berusia 16 tahun dari Batam yg kerja di tapak bina tempat Abg Bear kerja masa tu. Dia bercerita yg dia berani ke Malaysia sebab dia rasa dia dah dewasa dan sanggup tempuh apapun dugaan. Tu dia...!!! Aku yg dah besar panjang pun belum berani nak ke KL sengsorang.
Maka tekad dah bulat (tanpa approval dari keluarga, kalau mintak mesti tak bagi punya) aku lari dari Johor dan mula berhijrah ke KL tanpa ada kenal sesiapa, tanpa ada arah tujuan dan tak tahu apa nak dibuat kat KL. Tapi sekarang dah 12 tahun kat sini dan tetap survive. Selama itu juga aku tak pernah mintak bantuan dari keluarga walau sesusah mana pun kat KL nih. Itu ketika nak masuk 30an.
Sekarang Abg Bear dah pun 40an. Jujurnya, Abg Bear dah mula bosan dengan KL. Biar kosmopolitan bagaimana pun Abg Bear lebih suka duduk kat rumah lagi dari merayap macam dulu dulu. Nak window shopping pun malas kemain. Paling paling pun keluar tengok wayang jer ada lah. Dah tua kata orang... cemana yer??
Tetiba peluang terbuka. Dr Shah lulus examnya dgn cemerlang dan sekali amik jer. Abg Bear puji kepintaran Dr Shah. Dua kali exam tu tertangguh sebab dia sakit tapi dalam sebulan jer dia belajar, dia dah lulus. Tahniah dan syabas. Dalam banyak banyak negeri yg dia minat nak dipostingkan, Sabah jadi pilihan. Kalau kat Semenanjung memang hampir tak ada kosong kecuali di HKL... tidaklah...!!! jem maut punya.
Jadi meeting punya meeting, peluang karrier utk Dr Shah amat amat cerah kalau dia sanggup ke Malaysia Timur, tepatnya Kota Kinabalu. Dia dijanjikan pelbagai imbuhan dan jawatan tinggi di masa depan, satu tawaran yg sangat keemasan untuk ditolak. Kami suka bandaraya tu. Kami suka masyarakatnya dan pilihan Dr Shah menggembirakan Ketua ketua jabatan beliau. Tak perlu suruh suruh.. dia sukarela nak pegi.
Well.. Abg Bear fikir inilah masanya untuk berubah angin. Seorang lelaki apa salahnya merantau. Walau Abg Bear bukan manusia sempurna apatahlagi bijak, tapi pengalaman selama di Pasir Gudang dan KL seharusnya mematangkan Abg Bear dan bersedia untuk ke mana pun. Kenal dengan sepak terajang manusiawi dan di mana seharusnya Abg Bear menghadapi atau mengelak.
Dengan nafas yang panjang ku tarik dalam dalam... aku membuat keputusan untuk sama sama berpindah ke Kota Kinabalu untuk memulakan kehidupan baru di usia 40an... doakan lah Abg Bear berjaya.
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment