Pada hari jumaat yang lepas, Abg Bear dgn Dr Shah berkunjung ke salah satu tempat kegemaran kami walau ke mana pun kami pegi, iaitu muzium. Tapi lucunya ialah, muzium Sabah di Kota Kinabalu tu dekat jer ngan umah kami tapi nak sampainya ke sana makan berminggu gitu. Kalau jalan kaki pun lebih dekat lagi dari Bandar Permaisuri ke Salak South tu...
Oleh kerana ini permulaan, kami taklah masuk ke dalam tapi bertujuan melawat yang di luar dulu. Apa yang ada kat luar muzium tu yer? salah satunya ialah ini Kampung Warisan yang menunjukkan bentuk2 rumah lama dari suku kaum di Sabah ni.
Kalau korang pernah ke mini Malaysia kat Melaka tu, lebih kurang macam tu lah bentuknya tapi maaf maaflah yang ni lebih asli lagi. Puji nih.. maklum sejak sejak ke mari nih, kena puji puji selalu... hehehehe!!!!
Untuk masuk ke sini kena bayar sikit. Abg Bear tak ingat berapa harga dia tapi yang pasti masa Abg Bear masuk tu, kaunter tiket tutup tapi pintu masuk tak tutup, so masuk jer lah... dan orang pun dah ramai kat dalam tu.
Di dalam Abg Bear tengok ada banyak sangat rumah rumah lama yang kita semua tahu yang orang orang dulu tu amatlah rajin dan kreatifnya membina dari sumber sumber alam sahaja. Ini menjadikan kerja kerja membina rumah pada suatu ketika dahulu sebenarnya adalah murah ya amat.
Pokok2 yang dari badannya digunakan untuk membina rumah tersebut pun adalah pokok liar yang tumbuh sendiri dan kalau diambik pun akan tumbuh lagi tanpa masalah.
Dan cara membina rumah zaman dulu pun bukan lah sesusah mana, cuma kena rajin belajar saja dan kalau dah pandai, walau anak ko sekandang ramainya pun, takkan jadi problem punya lah.. yer tak?? Ko boleh bina sebesar mana yang ko nak sebab tu tanah ko... seni nya pun bagus... heiii tak fahamlah kenapa rumah sekarang ni kemain lagi mahalnya...
Orait... kita ke sana. Apa yang Abg Bear nak tunjuk ni bukanlah ke semua rumah rumah kat situ. Hanya sebahagian saja. Kalau semua, terlampau panjang pulak entry ni atau terlalu banyak pulak nak buat entry, muntah pulak korang. Jadi satu dua jer lah yer...
Kita mulakan dengan RUMAH PANJANG RUNGUS.
Rungus ni adalah salah satu kaum di Sabah daripada ratusan jumlahnya di Sabah ni. Orang orang Rungus biasanya suka tinggal di rumah panjang yang memang panjang dengan bilik bilik yang banyak di dalamnya.
Inilah rupanya Rumah Panjang Rungus yang menarik tu... memula sekali akan jumpa rumah ni...
Bahagian luarnya...
Bahagian dalamnya yang disulam kemas sebagai dinding
Dinding dapurnya menggunakan kulit kulit kayu yang menarik dan juga tidak berpaku sebaliknya hanya diikat
Dan ini pula lantainya, Abg Bear rasa itu buluh lah... buluh yang tebal di buat lantai dan diikat dengan menggunakan rotan...
Inilah rupa rumah panjang tersebut dari dalam... sapa sapa sudi nak stay kat sini?? Abg Bear sudi....
Tergantung di tengah rumah tu ialah mende ni... apa benda ni pun Abg Bear tak tahu tapi mungkin bekas untuk minuman agaknya... takder orang terangkan kat sini...
Dan di bahagian luarnya ada mende ni... ini dulunya tempat menyimpan tengkorak mangsa kepada rumah panjang tersebut... hehehehe ingatkan bath tub tadi!!!
Di belakang rumah panjang ni ada sebuah rumah kecil... apa fungsinya Abg Bear tak pasti, tapi nampak macam tempat simpan padi atau mungkin juga tempat ayam... who knows??
Bahagian luarnya...
Bahagian dalamnya yang disulam kemas sebagai dinding
Dinding dapurnya menggunakan kulit kulit kayu yang menarik dan juga tidak berpaku sebaliknya hanya diikat
Dan ini pula lantainya, Abg Bear rasa itu buluh lah... buluh yang tebal di buat lantai dan diikat dengan menggunakan rotan...
Inilah rupa rumah panjang tersebut dari dalam... sapa sapa sudi nak stay kat sini?? Abg Bear sudi....
Tergantung di tengah rumah tu ialah mende ni... apa benda ni pun Abg Bear tak tahu tapi mungkin bekas untuk minuman agaknya... takder orang terangkan kat sini...
Dan di bahagian luarnya ada mende ni... ini dulunya tempat menyimpan tengkorak mangsa kepada rumah panjang tersebut... hehehehe ingatkan bath tub tadi!!!
Di belakang rumah panjang ni ada sebuah rumah kecil... apa fungsinya Abg Bear tak pasti, tapi nampak macam tempat simpan padi atau mungkin juga tempat ayam... who knows??
Rumah ke dua dalam perhatian Abg Bear ialah RUMAH PANJANG MURUT.
Murut adalah salah satu kaum terbesar di Sabah selain dari Kadazan, Dusun dan Rungus. Seperti rumah panjang yang lain, tak banyak bezanya rumah panjang Murut ni cuma antara atap dan lantainya lebih tinggi dan tiang tiang rumahnya juga lebih tinggi.
Rumah Panjang Murut yang cantik di luar juga menggunakan banyak unsur atap dari bumbung sampai dindingnya...
Ada juga dijual cenderamata kat dalam rumah panjang murut nih... tapi korang tengok tempayan kat tepi tu yang cantik tu... ingatkan dia jual, rupa nya itu tempat letak abu mayat zaman dulu tu.. sib baik aku tak terbeli nak wat perhiasan kat rumah...
Paling syok kat rumah panjang murut ni ialah adanya lantai menari yang dapat menampung beberapa orang yang badannya baya baya Abg Bear plus Dr Shah plus Fiebie untuk menari henjut henjut... siap boleh lompat lompat lagi...
Lantai menari yang unik ada dalam rumah panjang murut ni... korang nak tengok hah mari Abg Bear tunjukkan...
Ko nampak dr Shah terlompat lompat atas lantai tu dan lantai tu berhenjut tau tak?? syok abis dia....
Errrr... Abg Bear wat apa tu?? Sebenarnya aku gayat nak buat... lagi pun kan Abg Bear budak lagi... karang kalau jatuh cemana?? hehehehehe... alasan!!!!
Rumah ke tiga dalam perhatian Abg Bear ialah RUMAH BULUH KADAZAN
Kalau tak silap Abg Bear rumah ni memang untuk kaum Kadazan. Yang cantiknya rumah ni ialah di setiap sudut dari atap sampai lah ke lantai semuanya menggunakan buluh semata-mata.
Wah bagusnya... Abg Bear suka tengok rumah ni. Kalaulah Abg Bear hidup zaman ni dulu atau terdampar kat mana mana pulau lah, rumah buluh ni lah yang akan jadi pilihan.
Dari atap, dinding, lantai semuanya menggunakan buluh yang kuat... kalau dok rumah ni mesti tak payah pakai aircond kan... wahhh bestnya!!!
Selepas tu kami juga melawat hampir ke semua rumah tapi tak larat nak merekodkan semua. Walaupun cuaca redup macam nak hujan tapi kami semakin disanggah usia, takleh nak aktif sangat. Hehehehe... jadi kami datang setiap rumah dan amik gambar ala kadar jer lah.
Sebenarnya tempat ni besar sangat dan banyak lagi rumah kami tak sempat pegi, baru cover 50% jer dan kira kira 10 rumah gitu. Yang lain kami tak sempat cover dengan azam akan di cover di masa depan lah walau pun selangkah dua jer dari rumah kami.
Kami berhenti di perkampungan atas ni yang ada tasik kat tengah tengah dia. Bila ada unsur unsur air maka kami pun lemahlah... maka sessi pose pose cantik menggantikan sessi amik gambar rumah... kan gitu... pilihan selalu ada.
Jadi inilah dia gambar gambar pose Abg Bear yer... di ambil oleh Dr Shah... hehehehe...
Bila dah sudah dah selesai kat sini, kami pun berangkat pulang mengikut jalan lain. Kat KK ni kita kena cuba semua jalan. Kalau datang dari arah lain, balik lah ikut arah lain, pasti akan jumpa semula tempat memula tadi. Pusing lah cemana pun. Jadi kami pun pusing ikut jalan sunyi dan apa kami jumpa... tadaaaaaa!!!!
yes ada jembatan gantung gitu kat tetengah hutan... hahahahaha...
Biasanya bagi sesiapa yang kenal Abg Bear, memang haramlah aku naik menatang tu... kalau tak terkencing mau beranak aku dibuatnya. Jangan katakan jambatan ni, jambatan Tamparuli tu pun Abg Bear pose kat tepi jer... lalu makcik tua dan jembatan tu bergegar pun Abg Bear dah kecut telor terus ke tebing.. takder lah aku nak naik.
Tapi kali ni ntah kenapa Abg Bear teringin nak naik pulak, walau seram semacam jer tempat tu... heiii jangan lah apa apa tegor aku kat sini. Aku peluk jembatan ni terus.
Tapi apa kan daya... hahahahaha harapan tak terlaksana... yes yes.. keadaan tak mengizinkan walau Abg Bear dah berkobar kobar nak naik nih... hahahahaha!!!
Lerrrr... jembatan ni under construction lerrr... takleh lalu, patah semangat Abg Bear.... hehehehe!!!
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment