Pada minggu lepas... lebih kurang lah di hari yang Jumaatnya Abg Bear ngan Dr Shah pegi muzium tu, kami pegi jenjalan lagi kat sini dan tempat pilihan kami ialah Pulau Sapi. Di Kota Kinabalu ni ada 5 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong ke mari iaitu Manukan, Mamutik, Sapi, Gaya dan Suluq. Himpunan 5 pulau-pulau ini dinamakan Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Dulu kira kira 2 tahun lepas, Abg Bear ngan Heri dan Dr Shah, dah pegi pulau Mamutik.. kira okaylah, takder lah hebat mana pun. Maaf yer orang Sabah... rasanya mereka pun setuju dgn Abg Bear. Pulau Mamutik dan Sapi adalah dua buah pulau yang paling popular di sini dan disebabkan oleh popularitinya lah maka pantainya boleh kata sepanjang tahun penuh dengan pelancong dan terlalu ramai yang tanak ikut peraturan dan pakai peraturan mak bapak diorang jer maka hancur mati semua karang karang laut kat sini.



Keji kan... kalau korang datang ke pulau yang popular ni, maka akan dapat dilihat hamparan pasir yang cantik dengan tubuh tubuh berjemuran laksana ikan kering saja layaknya... hehehehe.... rentung!!! Tapi bila masuk ke dalam air untuk snorkeling, hampeh sangat.. paling paling pun ada ikan yang akan datang kat kita mintak sedekah sesuap dua roti... dan inilah yang berlaku pada kami pada hari tersebut.
Barulah cerita kan...
Pagi tu kami pegi berlima... dah agak lewat, matahari dah tinggi dah... sapa lah yang lambat tu yer?? Nak kata aku lah tu... apa apa jer lah... Ok.. Abg Bear, Dr Shah, Max, Jeff anak Max dan juga kawan kami yang Chris the director... hahahaha Abg Bear terjumpa dia ni masa parti harijadi Ramesh arituh...

Dah tu kami pun berangkat lah ke Pulau Sapi, niat kami nanti satu satu pulau akan kami pergi lepas ni. Tapi entah kenapa jauh di sudut hati Abg Bear sejak hari semalamnya yang Abg Bear tanak snorkeling besoknya. Entah kenapa... haaa nanti korang tahu sebabnya. Ingat ni pesanan Abg Bear, kalau hati korang tak sedap jer nak buat sesuatu... berat jer... jadi jangan teruskan...
Ingat lagi kisah Fiebie kena rompak kat rumah kawan dia?? Sebelum naik tangga tu hati dia berat nak mampus untuk ke rumah kawan dia, tapi dia teruskan jugak... hambik, nyaris nyaris kena rogol... beringat yer adik adik... akak kita tu dah bagi pegajaran dan sekarang Abg Bear pulak... panjang lah pulak bebel aku...

Kat mana tadi?? ohhh... sepanjang jalan nak buat apa jer... berborak ketawa ketawa lah kami berlima ni dan bila sampai Abg Bear dapati pantai Pulau Sapi ni memang kecik, lebih kecik dari Mamutik dan lebih tak bagus lagi waktu tu ialah waktu air surut... alahai.... memasing dah sewa alatan menyelam ni, siap abg kita Max dah bawak peralatan sendiri lagi... canggih gitu, ada kasut tebal untuk jalan atas batu karang lagi... kelassss.... tapi Abg Bear tetap tanak menyelam dan hanya nak men 'tan' kan badan jer... putih benor lama tak kena matahari dah macam Hazeline Senow dah ketiak Abg Bear... so berjemurlah..!!!
Belum pun turun air, Abg Bear dah bukak apa yang kami tapau sementara menanti kan memasing get ready nak turun air kan... dan sebagai persediaan untuk 'mandi matahari', losyen pun disapukan dibadan supaya badan tak lah jadi ikan kering... jadi tan yang ala ala mengiurkan gitu. Sapa kena tolong?? Siapa lagi Dr Shah ngan Chris lah... abis abis jer diorang terus turun air dan Abg Bear menikmati alam semulajadi macam lah omputih yang lain yang berlambak lambak banyaknya kat situ.
Tetiba si Chris datang gian nak mandi, lepas pose pose cantik kat tepi pantai dia pun masuk laut... tapi pose dia masa keluar dari air memang tak hengat, sebijik macam James Bond keluar air. Alang alang dah sampai ni masuk jerlah ke air kan... yer tak?? Dan malang nya Chris pun cedera jugak. Ingat tak tadi Abg Bear beritahu yang laut tengah cetek sebab aira surut? So batu batu karang pun dekat sangat ngan muka diorang masa tengah snorkeling tu... jadi cederalah memasing.
Dah naiklah semua.. meh join Abg Bear mandi matahari. Tapi Abg Bear pun turun air jugak cuma tak lah menyelamkan... ala ala basah badan jer dah alang alang ke laut ni kan. Jadi selamat tak cedera. Tunggu punya tunggu Max dgn anaknya Jeff naik, akhirnya dirorang pun naik... Max selamat tapi Jeff cedera dikakinya... nih Abg Bear tunjuk kat mana cederanya... mungkin inilah sebabnya Abg Bear berat hati nak snorkeling hari ni.
Kami berehat dalam sejam, kemudian makan makanan ringan dan bungkus nak balik... sambil kamera klik sana klik sini. Selain pantai, matahari dan air laut, apa lagi yang Abg Bear dapat amik gambar?? So inilah karya biasa Abg Bear di pantai sebelum kami pulang...
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment