Salam sayang semua...
Seminggu suntuk Abg Bear(AB) tak ke laut... ehhh ke laut katanya... bukan ke laut, ke gym disebab kan cuti cuti yg konon asalnya nak merembat ke sana sini kat Labuan dan Brunei telah di kensel. Semua gara gara kedatangan adik AB ke KK si Tijah Murai(TM) bersama keluarganya. Ini first time untuk segala galanya bagi TM kecuali naik kapalterbang. Sib baik kalau tak mesti dah macam beruk dapat bunga dah tu... biasalah AB pun dulu cenggitu gak. First time naik flight terus jer keluar Semenanjung... ke Sibu masa tu... lamaaaaa dulu, masa masih mentah anak ikan lagik.
First time ke Borneo, first time ke Sabah, first time tengok Gunung Kinabalu dari dekat, first time snorkelling.... dan lagi dan lagi dan lagi...
Sesampai nya di airport air asia tengah hari tu (errrr jadual terganggu dari yg asal sebab konon asalnya TM datang lebih awal dari tu dan sempat nak ke pulau) dan di airport jer dah ada sedikit kekecohan. Tapi AB wat muka selamba badak dan bawak lari TM sekeluarga dari situ. Dan first expression TM kat AB ialah... 'Ya rabbi Dina tengok Baba... dah macam sakai laut!!!'
Yerlah, dah tiga hari lepas AB berjemur nak ngambik lesen diving... so hitam legam lah dengan rambut kusut masai.... memang sebijik macam Sakai Laut (sedap gak nama ni... hehehehe)
Kami makan ais krim di Tanjung Aru... amik amik gambo dan terus makan kat Sembulan kat tempat kegemaran AB tapi sayang makanan dah tak banyak dan makan ala kadarnya saja sebelum city tour untuk foto shooting. Yes, kami tak terus ke rumah sebaliknya pegi amik gambar kat dua masjid ikon kat KK ni... Masjid Negeri dan Masjid Bandaraya. Masa kat Masjid Bandaraya tu lah baby Dina tetiba tersembam ke jalanraya. Aduh... separuh mood hilang bila dengar dia nanges kesakitan. Terpaksalah lupakan foto shooting seterusnya kat Masjid tu dan jugak bangunan bangunan lain nya. Terus bawak ke klinik. Sian Dina... uuuuuuu!!! Dapatlah misai Hitler kat atas bibir kan...
Habis di klinik terus balik rumah, letih jugak bebudak nih... bapaknya terus tertido. Nak ke mari pagi tu diorang bangun kul 4 pagi, mana lah tak mengantuk. Si Maknya masih bertenaga, dengan anak yg belum pulih tu lah dia merambu turun kolam renang dan AB pun ikutlah. First time TM nak berenang ni dan nak AB nak ajar dia berenang. Takler berenang yang maut maut punya skill... cuma berenang katak jer (breaststroke... kuak dada). Payahnya nak ngajor ko Tijahhhh... ajar nafas, ajar kaki, ajar tangan... last last tenggelam jugak sekali ngan terminum air... satu pakej tu.... besok ko nak belajar lagi ko buat dulu kat kolam bebudak...tak tenggelam baru boleh ke kolam besar.
Malam datang dan Dr Shah pun dah balik, kami pun keluar makan kat tempat ikan bakar yg haritu kami makan ngan Rush Murad. Sambil makan sambil borak, mata AB pun dah layu, maklum dah masuk waktu tido... 'HELLOOOOO.... BARU PUKUL 9!!!!' kata TM... tapi aku kepenatan Tijah... erghhhh... nak tak naik kena balik sebab baby bear dah nak tido.
Habis hari pertama ngan tragedi misai Hitler...
Sayang nya AB takder gambar pada hari pertama... semua ada kat kamera TM... nantilah tengok kat blog dia. Hari kedua ialah hari kami ke puncak, nak menengok Gunung Kinabalu, ikon paling utama kat Sabah ni. Orang belum datang ke Sabah kalau belum ngambik gambo kat sini, kita tak lengkap lah dan kalau takder bukti ker atau korang super impose ker... kira takleh pakai yer...
Pagi yang tak berapa pagi lagi kami dah bangun. Kat Sabah ni kalau pukul 6 pun dah macam pukul 8 kat Semenanjung sana, dah terik cahaya mataharinya. Jadi jangan lah nak eksyen kalau terbangun pukul 7 tu.. tu dah kira subuh gajah sangat tu. So bila AB bangun, TM barulah terbangun, tergocoh gocoh gitu gini nak bangunkan laki, nak bangunkan anak, nak siap bagai begitu begini maka pukul 8 jugak bertolak dengan siap siap sarapan sekali.
Masa memula Dr Shah drive tu AB dapat rasa bertapa panasnya cuaca sekarang... El Nino ker?? kemain lagi panasnya mencucuk sampai ke jiwa raga. Dah lah muka aku ni macam Sakai Laut bertambah lah kehitamannya nanti. Biasanya kalau naik sampai ke kaki Gunung Kinabalu tu, separuh perjalanan dah boleh tutup aircond dan boleh rasa hawa sejuk gunung masuk ke dalam, tapi sampai lah ke atas nun, cuaca tetap panas berdenting mengigit gigit kulit.
Sementelahan lagi bawak baby kan, tak senang duduk budak tu. Tapi perjalanan naik dgn kenderaan yang baik makan sekejap waktu jer, dalam sejam je dah sampai pekan Nabalu. Kat sini perhentian nya untuk ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung tu dengan percuma saja. Ada satu lagi tempat katanya lebih dekat lah ngan gunung tu iaitu Kinabalu Park, tapi pada AB kalau nak ke sana tu baik ke sana saja sebab kawasan tu luas juga nak diteroka dan berbayar, kalau takat nak amik gambar jer baik kat Nabalu tu.
Seperkara lagi biasanya sebelum sampai Kinabalu Park tu awan dah mula menutupi gunung tu jadi takut tak sempat jer. So stop lah dan mula lah berposing berlatarbelakangkan gunung tu kat pelantar lah, kat menara lah, kat belakang kedailah cukup cukup untuk jadi bukti nanti yg korang dah sampai ke mari.
Abis dah bergambar, bershopping lah pulak. Selain dari tujuan ngajak TM ke mari untukke gunung, AB teringin bebenor nak makan beras padi bukit yg di jual hanya kat sini (sorry kalau korang ada jumpa kat memana kat KK tapi Ab tak jumpa lagi), berasnya kecil montel montel ler dan sedap rasanya. Cuba dah cari merata tapi tak jumpa, so borong lah lebih RM50 kat situ dapat lah dalam 7 bungkus. Satu kasi kat TM sebagai cenderamata. Kalau mak mertua ko tak suka mutiara yang ko bagi tu, ko hulurkan jer beras padi bukit tu. Mesti dia suka Jah...
Dok kejap bagi shopping apa apa cenderamata mana patut, minum air kelapa dan terus nak ke Kundasang. Mungkin sedik hati AB ni selalu kena dan betul, Kundasang tak menjanjikan apa apa kecuali sayur mayur sahaja. Ala ala Cameron Highland saja layaknya. Di sini satu kelebihan kalau Gunung tu terang tak dilapik awan, akan nampak bentuknya yang sama betul dengan bentuk gunung kat bendera Sabah tu... haaa dari sini lah diorang ambik bentuk tu.
Tapi sebaik bergerak dari Nabalu lagi dah nampak gunung tu mula dibungkus awan. Tak dapat lagi nak tengok scene istimewa tu. Sekali jer kami pernah tengok dulu dulu tu. Apa nak buat, ada hal yang diluar kawalan kami, takleh salahkan sesiapa... kan??
Jadi, sampai Kundasang ni cuaca nauzubillah panas berdenting, lari kejap keluar dari keta, capai memana sayur yang perlu untuk masak malam nanti dah tu malas nak tawar power power sangat terus jer masuk kereta nak ber'aircond' kat dalam sana. Gitu gitu pun segantang dua jugak kami capai sayur mayur tu, hmmm... kalau nak mengabiskan duit memang lah laju memasing kan... hehehehe sama jer!!!
Lepas dari Kundasang yang tak best sangat tu, kami bergerak ke Ranau, tujuan nak beli minyak keta untuk perjalanan balik. Kenapa lah kat area gunung tu takder pam minyak?? makin miskin ker kalau bukak syarikat minyak kat situ, ker aku tak nampak dan sebenarnya ada... ishhh!!!
Jadi masa tu dan tengah hari dan matahari terpacak kat atas kepala, sampai Ranau (tak laratlah nak ke Poring ngan budak ada tu) isi minyak, gerak sikit sikit (tak amik gambar pun) terus kami nak gerak balik. Tak sempat minum, tak sempat makan, tak sempat nak ke mana mana pun. Tu dia penangan cuaca panas. Poring jauh juga dari situ kan... masa dah takder, baby Dina dah menggelisah. So kami pun gerak balik lah dgn tujuan nak ke Tuaran. Apa lagi nak makan lokan panggang, menu wajib kalau turun dari gunung. Sepanjang perjalanan balik tu Tijah anak beranak ngan laki memasing terbongkang tido kat belakang sementara AB kena berjaga untuk driver pun berjaga juga. Menguap ntah berapa kali... biasalah kalau cuaca macam ni kan (ntah berapa kali aku merungut pasal cuaca panas yek...)
Tu AB tak tido tu. Jadi sampai kat Tuaran, kami pun makan lokan panggang dan minum air kelapa. Panas dan lapar jadi kan menu ringkas tengah hari tu sedap kemain walau penas ya amat dan air kelapa yang dingin teramat amat menyegarkan... sihat lah kejap.
Sampai kat rumah, tak sempat nak rehat kejap, Tijah dah siap siap nak start memasak. Layankan lah jugak... menu malam tom yam, cendawan stir fry ngan sambal belacan. Nak merasa Tijah masak, dulu masa kenal dia masak sardin pun tak lepas, cerita pot pet dia memang sedap sangat masak sampai menjilat periuk orang makan... so kita test lah. Habis dah prepare potong potong itu ini, kami pun siap siap nak turun kolam renang, nak sambung mengajor Tijah berenang. Kali ni laki dia ikut, anak dia ikut dan Dr Shah ikut.
Ramai tu instructor dan cheer leader. Takleh nak bagi detail lah cemana tapi AB terpaksa menghabiskan hampir 20 laps untuk siap mengajor Tijah boleh berenang. Taklah cantik berenang tu tapi dah boleh berenang. Statement dia, at least kalau sesiapa lemas boleh lah dia tolong.... yer lah tu Tijah, baru kena sengat kat Manukan ngan jellyfish dan menggelupur kat dalam air. Bertambah penat dan letih aku...
Naik atas, sambung masak sampai siap, bising nya kemain sebab tu lah lambat siap masak. Dekat kul lapan baru abis masak dan terus makan sebab aku dah letih bagai nak rak dan waktu tido 'baby bear' diturunkan ke pukul lapan lebih pulak. Sedap Jah ko masak, kalau tak kerana sambal belacan yang aku buat tu melantun dia punya pedas, mesti nikmat sangat makan malam tu... sorry semua, heran gak sebab malam esoknya elok jer dia tak pedas sangat pun. Dan tak larat pun nak mengemas, semua diserah kan kepada Dr Shah untuk mengemas, AB terus melayan mata dan high... terpaksa lah diorang buat macam rumah sendiri. Rasanya sejak akhir2 ni tetamu yang datang memang selalunya kena buat macam rumah sendiri sebab AB memang tido awal. Dr Shah lah yang melayan diorang... hehehe.
Habis hari kedua.... esoknya kami ke Manukan untuk snorkelling...
Ini kali ke dua kami ke Pulau Manukan. Selain dari Pulau Suluk untuk dive dan juga Pulau Gaya, pulau Manukan memang best sesangat untuk snorkeling. Bertolak agak lewat sebab kena tipu kat kaunter (cis... asyik kena tipu jer, tukar kaunter pun kena tipu jugak.. ke semua kaunter ni memang kuat menipu.. grrrrrr) patut nya kami bertolak jam 8.30 tapi 'terbertolak' jam 9.00 pagi... lewat setengah jam. Takper lah... nak wat cemana bukan bot kami.. redha jer lah...
Start bergerak dah mula rasa seronok dan inilah first time Tijah snorkeling kat memana bahagian dunia sekalipun hatta kat kolam indah water pun dia tak pernah. Kelasss kan ko Tijah. Jadi sebab apa kali ni boleh?? sebab ada aku ngan dr shah kan?? hmmm... tau sangat.
Sampai kat sana tak nak banyak cerita, AB pun tergocoh gocoh carik tempat landing ada meja kecik terus bentang kain alas sebagai tanda territory takleh ganggu. Terus letak barang terus pakai sunglass terus ala ala ibu penyayang menyediakan sarapan. Hehehehehe!!!!
Sayang nya walau best cemana pun, sebelah pagi walau cuaca panas sekalipun, air laut tetap masih sejuk dan jelly fish pun beraja kat air pantai tu. Dr Shah turun air di iringi oleh Tijah Murai meninjau ninjau kalau kalau ada jelly fish kat memana. Area latihan Tijah memang clear tapi kat area yang sebenarnya cantik tu penuh ngan jellyfish yg spesis menyengat punya. Jadi tak dapat lah diorang bermaharanilela sangat kat air tu. Sejam jer dah naik sebab tak syok... nampak ikan jer. Sementara tu laki Tijah ngan anak dia main air kat tepi pantai dan AB rehat rehat sebab mata AB ni kotor sikit so kenalah cuci mata... tergolek ke kiri ke kanan mata AB macam wiper kat tepi pantai tu... huah huah huah!!!
Bahagian kedua, Dr Shah turun ngan laki Tijah si Ajib. Kali ni pegi dekat ngan jeti yg banyak ikan walau tak banyak coral. Kulit laki Tijah cantik betul, cepat jer menarik perhatian jellyfish tu dan walau tak banyak, ada jugak seekor dua yang menggatal, terus diciumnya kulit laki Tijah tu dan dapatlah se 'line' cenderahati dari jellyfish tu. Kesian dia, kejap jer dah naik. Next AB turun ngan Tijah, barulah AB tahu bertapa panic nya TM kat dalam air.... menggelupur. Dia kena sengat jugak tiba tiba terus menjerit kat dalam air dah tu diragutnya baju AB sampai aku pun terminum air laut.. grrrrrr.... aku bawak pusing pusing kejap terus jer aku halau dia naik ke darat. Haiyooo...
Masa tu dah tengah hari dan air laut dah mula panas, jelly fish akan meninggalkan air panas utk ke area air sejuk jadi AB dan Dr Shah pun mulakan berenang ke area yang paling cantik sekali kat Manukan tu. Dan di situ kami melihat dunia lain yang sangat cantik di dalam laut. Korang boleh tengok sample video nya kat sini. Tak terkata cantiknya. Ada juga seekor dua jelly fish yang tertinggal tapi tak mengganggu kami... habis kami teroka area tu. Memang cantik. Sapa sapa datang sini kena pegi tempat ni dan kena kuatkan semangat yer... jangan mengelupur kalau kena sengat jellyfish... wat sabar jer.
Petang datang dan kami pun terpaksa menghantar balik Tijah sekeluarga pulang ke Semenanjung. Ke pasar filipin sekejap dah tu terus hantar ke airport. Thanks Tijah sebab sudi datang, lain kali kita tak ke mari lagi, kita gi tempat lain. Untuk yang akan datang bulan bulan berikutnya... siap sedia yer... kalau boleh belajar berenang sikit yang mana wajib. Chow chin chow!!!
Salam Sayang Beruang Madu
8 comments:
1 word!!! JELES!!!! haha... Liputan yg baik... sukerrr....
**Jerung Rimba Putih**
waahh..bestnyee TM jenjln KK, AB mmg gelap kulit muka tu... Tahniah dpt Diving License.
Next month kite transit KK. Kalo nk suar celoreng askar bgtau yer..
Ciao,
Hairie Otai
Jr - amboi janganlah jeles meles... tak baik lah.. kenapa nak jeles pulak nih..
Hairie - yes nak seluar tu... pinggang 34 yer... errr seluar celoreng panjang... berapa harga yer?? boleh tahu?? apa jadi akaun FB??
akaun FB saya dah tak leh nak access..sebab ada spammer yang hanjing..
ehhh tetiba menjawab soklan orang lain..haha..
tapi betul ni,my akaun FB dah tak leh bukak..habis semua 191 album kat dalam tu..grrrrr..
okeh ni baru nak komen bebtul..
menarik nya KK nih!!
memang tak sabar la nak pergi hujung bulan nih..motif ada dua-nak tengok gunung Kinabalu ngan na bersnorkeling kat pulau di sini..tak lupa juga nak makan lokan panggang tuh!!
hope to see you AB n DS hujung bulan nih!!
Azim - yer Azim... kami pun tengah menggeletar menunggu kedatangan team yang paling energetic ke KK nih... apa lah yang nak aku hidang ni... NYONYAAAAA.... KARI KEPALA IKAN LHOOO!!!
AB...
sila jd cikgu renang sy pasnih ek..
sy ala2 TM gak nih :)
confirm laa sy akan garing utk sekian kalinya..
xpe xpe.. demi KK sy sanggup..!!
:)
mmg x saba nk jmpe AB n DS nih..
mau kirim pape from kl..?
(or mayb penang? miri? jb?)
leh kami bawakkan..
kot2 laa teringin pape kan :)
sedapnye tengok lokan panggang!
akhirnya kami berjaya ke KK!!
what more can i say-best sesangat!!!seronoknya ke sana dengan guidance dari abang dan dr.shah..rasa kalau nak duduk kat sini seminggu pun takper..tapi nanti korang menyampah la pulak kan ngan kitorang..sebab tu kena datang sekejap sekejap jer..syangkan kengkawan tinggal tinggalkan..:)
anyway,KK is really nice:)
Post a Comment