02 March 2010

LOK KAWI


Salam Sayang semua...

Beruangmadu.com dah tak ada jadi semua entry dalam dia lesap bersama sama dengan dia.... tak sempat lah nak backup bagai dan sebenarnya Abg Bear malas nak back up. Jadi semua kisah kisah perjalanan di Sabah ni akan diulang semula di bawah tag... 'dari entry lama'. Boleh kan?? Korang pun mesti dah lupa dan datang check bila korang nak jenjalan ke Sabah ni kan.


Salah satu tempat yg seronok dilawati untuk 'city tour' di KK ni ialah Wildlife Park di Lok Kawi dekat dengan KK nih. Tempat ni asalnya ialah estate getah milik Lok Kawi Investment Limited dulu masa zaman British dulu. Kemudian kerana dah lama tak beroperasi, tanah ni diserah kan semula kepada kerajaan negeri dan diwartakan sebagai Lok Kawi Wildlife Park. Luas tempat ni dan selesa untuk dikunjungi.


Mari kita lihat haiwan haiwan yang ada di sini...


Burung adalah spesis wajib kalau kat mana mana Zoo sekalipun dan di hujung park ni terletaknya satu kawasan terbuka untuk burung burung ni terbang bebas tapi tertutup oleh pagar yang besar, lebih kurang macam Taman Burung KL tu tapi of course kecik sikit lah.



Di salah satu bahagian juga kita akan disajikan dengan tanaman botani sebagai taman mungkin sebagai kawasan rehat setelah penat berjalan di dalam kawasan ni.



Haiwan di atas ialah monyet belanda atau proboscis yang menjadi ikon kepada Pulau Borneo, banyak terdapat di hutan hutan paya bakau di sini dan di sini juga ada tapi di dalam kandang lah.


Dan kalau anda malas nak stop stop kat sini dan nak melawat untuk santai santai saja, kenderaan di bawah disediakan untuk pelawat.


Salam Sayang Beruang Madu

6 comments:

Josh said...

Wow, love the interesting flora and fauna. A good place for some photography kan? Err... Abg Bear masih aktif ambik gambar pakai DSLR tak?

Beruang Madu said...

Josh - AB dah kurang sangat berfotografi nih. maklum kamera dah ketinggalan zaman... asal ada kesempatan tu ketik jer lah... tak serius sangat...

@xiM said...

kena bawak kitorang datang tempat ni okeh!!

Beruang Madu said...

Azim - erkkkk... tak tahu pulak yang Azim suka Zoo... ini Zoo ler...

Ziana said...

abg bear...

leh jek masokkan dlm itinerarty
hehehehe..
binatang dia lg best dr zoo ulu kelang kot...
:)

@xiM said...

ok jugak pi zoo..boleh ambik gambar minatang..