Showing posts with label Guest Datang Sabah. Show all posts
Showing posts with label Guest Datang Sabah. Show all posts

16 September 2010

KIERAN AND THE GANG - SECOND DAY (KIBUNUT)

Salam Sayang Semua....

Apa khabar? Dah dekat sangat kita ngan susana Hari Raya kan. Lagi seminggu gitu. Belek punya belek entry entry lama, nampaknya tak banyak yang tunjukkan hal hal raya pada tahun lepas. Tak mengapalah, untuk tahun ni kita akan banyakkan sampai kita muntah ketupat nasik pasal raya nanti.

Okay entry semalam bagai penggulung untuk aktiviti kami pada hari pertama. Pack dari pagi sampai malam. Cuma malam kami berehat kat rumah sebab cuaca panas dah mula melemahkan kami kami yang gagah perkasa ni. Kalau korang ke Kota Kinabalu, korang akan setuju bahwa cuaca dia lebih panas dari KL yang sangat terik. Tulah sebab Abg Bear takleh berjemur sangat, berjemur kejap pun dah naik garing.

Kami kami yang keletihan sedang menuju ke Sungai Kibunut yang makin hari makin terkenal tu

03 September 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (KUNDASANG)

Salam Sayang Semua... 

Sambungan kisah Poring yek...

Lepas habis kami beraktiviti kat Poring tu, dah abis tengok bunga Raffelsia tu, kami pun bergerak balik dan jangkaan akan sampai lewat petang lah di KK tu. Dalam perjalanan kami balik sebaik saja memasukki daerah Kundasang sana, tetiba jalan punyalah jem macam siput dan kalau terus terusan macam ni, mau kami tua kat jalan lah jawabnya.

Masa tu pulak kami tengok gunung Kinabalu punyalah cantik. Berawan jugak tapi awan yang very dramatik punya. Biasanya kalau petang dah penuh awan tu. Kat atas kepala Gunung tu ada awan yang bentuk dia seakan akan mahkota gitu dan di leher gunung tu ada awan yang bagaikan rantai leher (kalung) yang sangat cantik. Tak sama betul tengok kat gambar dengan tengok sendiri. Pengalaman macam ni jarang jarang kali berlaku dan inilah dia tuah kami kali ni selain dari bunga kembang berkembar tu.


01 September 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (KENOPI-PORING)



Salam Sayang Semua...

Kita sambung semula kisah tetamu Abg Bear, Kieran and the gang. Kalau terlupa lah hari tu kita stop kat sini

Episod Sebelumnya... (Kieran and the Gang - Kinabalu Park)

Selepas dari kami ke Kinabalu Park termasuk area pintu Timpohon tu, kami pun kira kira dah siap lah kat sana tu. Kami skip area Kundasang dan apa apa juga tarikan di area tersebut dan terus bergerak ke Poring HotSpring kat Ranau sana. Perjalanan jauh, panas dan melengas menyebabkan sebahagian besar dari kami tertidur diperjalanan. Abg Bear takleh tido sebab takut driver pun terlelap jadi berjegil mata lah sementara nak tunggu sampai.

25 August 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (NABALU)

Salam Sayang semua...

Hari pertama kedatangan Kieran and the Gang nampaknya tak beraktiviti apa apa kecuali santai dan makan makan je lah. Itu amalan biasa mana mana orang yang terima tetamu. Makan tu wajib dan sesederhana mungkin tapi nikmat.

Jadi pagi hari pertama ni, kami dah bincang semalam nya masa dinner akan ke Kundasang dulu. Bila sebut Kundasang ni tak lah maksud tempat sayur tu jer tapi maksudnya akan ke Pekan Nabalu atau/dan Kinabalu Park atau/dan Poring Hot Spring atau/dan mana mana jer tempat yang dalam laluan tu. Ada jugak kami plan nak bawak ke Tagal Morali tempat ikan gigit kulit tu dan juga ladang Teh Sabah tapi tu dah jauh sangat dan perlukan komitmen masa bermaksud tua kat jalan lah dan tempat tempat utama ni takleh nak singgah. Kalau tidak, mangkin balik dah gelap masa lalu semula Kundasang tu.

Disebabkan Kieran kali pertama ke Sabah, route pertama jadi pilihan lah. Iaitu Nabalu dan Poring dan kalau sempat Kinabalu Park dan Kundasang (pasar sayur dan War Memorial).

awal pagi lagi dah gerak ke tempat sarapan... tatap macam pelancong kan

24 August 2010

KIERAN AND THE GANG - ARRIVAL DAY (DINNER)

Salam Sayang semua...

Malam pun tiba dengan tetamu tetamu di rumah Abg Bear dan setelah memasing hilang penat lepas tido sepetang tu, Dr Shah ngan Ham pun tiba lah ke rumah. Kami pun keluarlah untuk makan malam. Dulu masa kat KL, inilah kengkawan rapat Abg Bear, kawan bergaduh, kawan bergossip, kawan letak telefon, pendek kata kawan gelak gelak lah kecuali Ham yang ada kat KK.

Kami bergurau senda masa kat lif rumah Abg Bear... ramai orang dah bergurau senda kat sini kan... ko tengoklah mata Dr Shah tu.. tebeliak kemain lagik

22 August 2010