26 August 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (KINABALU PARK)




Salam Sayang semua...

Sebenarnya ada satu tempat lagi yang menarik untuk diambil gambar kat kaki gunung Kinabalu tu iaitu di Kinabalu Park. Tapi disebabkan susahnya nak mendapat shot yang baik sebab gunung tu selalu diselaputi awan by the time kita sampai ke Kinabalu Park ni, maka kita terpaksa berhenti kat Nabalu. Kalau tak terpaksa lah bergambar jugak ngan gunung yang pakai pad putih tu. 

bayaran masuk ke sini ikut per orang yer bukan perkenderaan... sorang RM3 jer, dan barang diingat yer kalau dah masuk sini tiket tolong simpan sebab kalau dah bayar kat sini takyah bayar lagi kat Poring sana, tunjuk tiket jer.
Bezanya kat sini Gunung tu lebih dekat nampaknya dan pelantarnya jauh lebih baik dengan pepohan yang memang dijaga cantik tapi still the problem masih sama. Awan selimuti gunung tu. Kinabalu Park ini ialah tempat di mana pendaki mula mula akan masuk untuk mendaki melalui salah satu pintu masuknya iaitu Pintu Timpohon. Satu lagi melalui belakang Kundasang yang agak jauh tetapi akhirnya akan berjumpa jugak dengan trail Timpohon nih namanya Pintu Mensilau.

Kami bergambar kat pelantar yang kukuh tu.. cuba ko tengok aksi si Heri yang hujung tu... kemain lagi dia!!
sama bulat sama montel... abang ngan adik dia!!!
Jadi kami pun singgah sebentar kat sini just untuk bergambar jer. So pertama kami berhentilah kat pelantar kukuh yang biasa orang melepak untuk amik gambar kalau diorang bertuahlah... biasanya hampeh.. bergambar ngan awanlah termasuk kami kami nih.

Dah puas berposing posing bagai gitu, kami pun bergerak ke pintu Timpohon. Inipun kali pertama Abg Bear ke tempat nih. Ingatkan dekat, jauh ropanya. Kalau pendaki tu digalak sangat guna kenderaan ke sana supaya tak membazir masa berjalan sampai ke pintu nih. Kita tengok gambar kat sini yer... budak budak masa tengah membesar memang seronok kalau orang amik gambar nih... hehehehehe

Pondok Timpohon, tempat laluan untuk naik kepuncak Kinabalu... (apa ko buat tu Heri??)
Ini papan tanda kat depan pintu masuk Timpohon yang ada tulis pemenang climbation 2009, tahun depan ada lah nama Abg Bear atas sekali tu... jangan jeles!!!


Well bergambar reramai tu macam jatuh wajib lah tapi tulah gambar fotografer selalu tak ada... nanti yekkkk bagi kami yang comel comel ni dulu...


Abg Bear (pengarah fotografi): sana sikit, wat aksi wat aksi, Shah keluar sikit dari Arel tu, tu aksi apa tu Arel, Ham jangan sandar tak cantik, Heri kangkang lagi... lagi.. lagilahhhhh.... (sapa sapa yang pernah kena amik gambar ngan AB memang akan lalui mende ni... merintah jerrrr)


Hehehe apa pun tetap kena amik shot yg ada AB... tengok gunung ganang belakang tu dah penuh ngan awan dah...


Dekat sikitlah tembak... barulah nampak memacam kedut kat muka... huiiiyoooo!!!


Kita mulakan aksi permulaan... pemanas badan... wat freestyle semua....


Okay, siap sedia memasing sila pasang kekuda...


Dannn.... lompattttt!!!! alah tak jelas lah... kita besarkan lah


Nahhhh paling ku sukak ini gambar... kau lihat tuk yang tangah si Ham tuk... floting bah dia tanpa sebarang expressi wajah... kagum sya kagum!!!


Selepas puas berlompat lompatan tu kami cuba ambil gambar tupai tapi dia tak sudi ngan muka kami semua... so kami pun baliklah meneruskan perjalanan ke Poring... tapi singgah sekejap kat bawah nak amik gambar lagi....kejappppp jer..


Summit Trail untuk pendaki Gunung Kinabalu... tu kenapa ada kaki tambahan tu, pemalunya dia!!!

Salam Sayang Beruang Madu


5 comments:

Krew said...

Hehe, nice montage. Miss KK, miss you guys, miss Little Italy!!

Shah said...

Suka gambar last tu hehe... Heiiii Kieran I miss KK & I miss Little Italy too :-(((

Beruang Madu said...

Crewcut - thanks Kieran.. miss u too dude... such a very nice guy u are....

Shah - gambar last?? jap gi tengok... hahaha kadang gambar kandid memang cantik kan?

ArnabGumuk said...

aah aku pun suka gambar last tu..mmg gelak gila kita masa tu kan..alih2 ada kaki lain plak muncul kat belakang..hehe..and shot kita semua lompat tu mmg cun aaa..teror tul kieran amik...kieran!!klu ko tak faham ni..lantak ko la..dah bertahun2 duk malaysia masih tak reti cakap melayu..apa daa..hehehe lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik ...ampun kieran..selamat raya!!

Beruang Madu said...

AG - amboi... jangan kutuk lelebih, dia faham tu sebenarnya... macam kita kita kengkadang faham bahasa inggeris tapi nak membalasnya tak reti... haaa gitu lah... banyak benda dia dah faham tu...