Untuk makan siang semalam, Abg Bear bawak Dr Shah ke satu tempat makan yg sedap sangat letaknya di Ampang sana berhampiran dengan Pasaraya Galaxy. Tempat ni namanya Asam Pedas Melaka.

Jadi hari tu kami cubalah kat sini dan hari semalam Abg Bear bawak Dr Shah makan. Abg Bear setuju sangat bila Sahabudin istyharkan tempat ni sebagai Asam Pedas paling sedap di dunia. Haaa... ko dengar tu Catz... di dunia lagik.

Inilah yg kami makan siang tu


Semua makanan kat sini disediakan fresh fresh... maksudnya masa mintak masa tu lah goreng termasuk ayam tu dah tu tengah berasap berapi tu dia hantar ke meja. Panas panas lagi.
Malah ikan yg kita nak makan dalam asam pedas tu pun mentah lagi dan kita pilih. Lepas pilih diorang rebus, lepas rebus barulah diorang masukkan ke dalam kuah asam pedas yg sedap kemain tu. Dan hasilnya inilah Asam Pedas Paling Sedap Di Dunia... hahahahaha!!!


Kalau korang tahu pasaraya Galaxy kat Ampang tu korang belok kanan waktu pasaraya tu kat kanan, itu kalau dari Ampanglah. Kat situ ada traffic light. Terus sampai jumpa traffic light lagi dan dia ada kat kiri jalan beberapa ratus meter dari traffic light tu. Kalau tak jumpa sila pakai GPS yer... lagi senang.
Salam Sayang Beruang Madu
p/s: Abg tanya sedap tak kat Dr Shah, dia kata Abg Bear masak asam pedas lagi sedap... tu diaaaa!!! kembang kecut kembang kecut kembang kecut Abg Bear rasa...
No comments:
Post a Comment