24 November 2008

PUDURAYA & TOLL

Jumaat lepas Bapak Abg Bear sampai dari Johor untuk ke kenduri arwah Abg Ipar Abg Bear yg kat Jerantut. Oleh itu dia datang ngan kakak Abg Bear lalu Puduraya. Lama sungguh Abg Bear tak ke mari. Dan lama jugak tak mengamati keadaan di sini.

Kalau tak silap Abg Bear beberapa lama dulu ada rancangan siap ngan plan plan dan harga bangunan lagi untuk memajukan kawasan ni. Tapi sekitaran tempat ini sangat menyedihkan. Disebalik masalah harga minyak seketika dulu yg melambung naik, perusahaan bas terus berkembang dengan pesatnya.

Lahir begitu banyak sekali syarikat2 baru dengan bas bas yg semakin banyak. Adakah Puduraya cukup untuk menampung pertambahan ini? Pasti tidak, tempat ni sesak yg amat. Bas Bas beratur panjang diluar utk memasukki pick up point yg sedikit.

Daripada pemimpin (baik pemerintah atau pembangkang) kita membutakan mata dari melihat ini dan melahu kat Parlimen dengan isu isu kecik yg tidak membina seperti papan tanda jalan yg tak habis habis, tolonglah buka mata pada masalah rakyat ni.

Apa kata mereka ke Johor Bahru untuk melihat bagaimana Stesen Bas mereka di buat. Itu melibatkan kawasan yg luas tapi tetap tak cukup dan dikatakan sesak, inikan lagi di KL yg sempit begitu.

MP MP semua dah kehabisan idea ker? Atau kalau mereka cadangkan kemajuan tempat ni tidakkan memberi apa-apa pendapatan sampingan pun kepada mereka. Lebih senang kalau salahkan DBKL jer. Gitu ker??

Tak habis kisah rakyat terbiar, tetiba harga tol didiskaunkan pada 1 Januari 2009 (The Sun, Nov 19 2008). Diskaun??? diskaun apa tu kalau hanya diberikan 10% pada masa masa bukan waktu puncak. Apasal kedekut sangat ngan rakyat?? Semua tu tak terasa kediskaunannya tahu tak. Taik hidung masin!!! Takut sangat rugi demi rakyat.

Kita semua masih ingat dengan segar bagaimana PLUS membuat tuntutan bila minyak naik atas alasan operasi dan dalam tahun yg sama menuntut kenaikkan disebabkan alasan telah dijanjikan oleh kerajaan dalam perjanjian konsesi ke bagaimana tah... gitulah.

Habis dibodoh bodoh kan rakyat ni. Hambik ko, rakyat bodoh ni juga yg pangkah sampai ko menggelupur masa pilihanraya dulu. Kalau Abg Bear jadi Perdana Menteri, aku hapuskan seluruh tol di seluruh Malaysia ni.

Rakyat First!!! Abg Bear lebih rela rakyat banyak duit dari pemerintah banyak duit tapi rakyat mengutuk memaki hamun pemerintah sendiri. Akhir2nya dimalukan dihina.

Tidakkah cukup dengan monopoli Telekom, Tenaga Nasional, Plus dan Streamyx... segala keperluan rakyat kecil terus tak terpandang... sedihnya!!!

Salam Sayang Beruang Madu


No comments: