19 November 2008

SESUAI GELARAN

Salam semua...

Mungkin inilah takdirnya kenapa Abg Bear digelar Tok Bear dalam family YKWYA. Sebelum ni Abg Bear dah ada 3 orang cucu dari anak sedara Abg Bear yg paling tua, Lela iaitu kakak kepada Erin.

Lela selamat melahirkan... tak tahu gembira yg mana, dah selamat lahir atau dah lepas azab 9 bulan... kesian orang mengandung ni yer

Yerrrr itu dia mak Erin dan Lela yg bakal menjaga Lela selama dalam pantang... ko siaplah dengan pantang yg mahadahsyat dari orang2 tua jawa nih... ikut yer Lela biar badan sihat untuk next baby

Malam tadi di Johor Bahru, Lela selamat melahirkan seorang bayi lelaki juga, yg sihat dengan nama yg telah disediakan iaitu Mohd Harith Iqbal bin Mohd Iskandar.

Wajah suci Iqbal... haiiii tak terkatalah bila dapat anak kecik nih...

Hati Abg Bear berbunga, semakin ramai cucu ni... dah empat semua dan semua nya hero.

empat orang cucu Abg Bear semuanya jantan... wahhh power bapak korang yer!!!

Kalau dekat Abg Bear dan cium cium dah gentel gentel dah... tapi jauh ni dapat tengok gambar jer lah dan maaf maaf sebab gambar bukan amik ngan DSLR maka seadanya lah Abg Bear sediakan.

Wajah gembira ibu dan bapa Iqbal...

Keluar air mata nih... gembira sangat. Selamat melihat dunia Mohd Harith Iqbal!!!

Salam Sayang Beruang Madu

p/s: ni nama panjang2 ni panggil apa yer Erin??

No comments: