03 September 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (KUNDASANG)

Salam Sayang Semua... 

Sambungan kisah Poring yek...

Lepas habis kami beraktiviti kat Poring tu, dah abis tengok bunga Raffelsia tu, kami pun bergerak balik dan jangkaan akan sampai lewat petang lah di KK tu. Dalam perjalanan kami balik sebaik saja memasukki daerah Kundasang sana, tetiba jalan punyalah jem macam siput dan kalau terus terusan macam ni, mau kami tua kat jalan lah jawabnya.

Masa tu pulak kami tengok gunung Kinabalu punyalah cantik. Berawan jugak tapi awan yang very dramatik punya. Biasanya kalau petang dah penuh awan tu. Kat atas kepala Gunung tu ada awan yang bentuk dia seakan akan mahkota gitu dan di leher gunung tu ada awan yang bagaikan rantai leher (kalung) yang sangat cantik. Tak sama betul tengok kat gambar dengan tengok sendiri. Pengalaman macam ni jarang jarang kali berlaku dan inilah dia tuah kami kali ni selain dari bunga kembang berkembar tu.


Dari beratus ratus gambar yang diambil, Abg Bear pilih 3 jer utk menggambarkan suasana Gunung Kinabalu pada petang tu, bukan kata yang lain tak cantik tapi yang ini pun sudah cukup menarik

Jadi oleh kerana jem, Ham cadangkan kami berhenti makan sayap ayam bakar yang popular kat Kundasang ni yang menurut Ham paling sedap di Sabah ni. Okeh, sebab dia dah cakap macam tu, kami pun try lah sementara menunggu jalan kosong semula (ada lori gaknya kat depan tu).

Kami berhenti sekejap kat Pekan Kundasang, bukan untuk beli sayur atau buah tapi nak mencuba makan yang kat bawah ni, sayap ayam bermadu yang katanya sangat lazat
Tulah dia kedainya, tulah dia ayam yang masih mentah tu, tulah dia abang yang bakar kan kami ayam tu dan tulah dia ayam yang dah masak tu.... korang pusing lah sendiri yek tang mana pun
Inilah dia sayap ayam yang dah siap dibakar. Agak kelam kabut jugak sebab ramai sangat customer dan ayam tak cukup, so yang tak bergitu proper diperap tu terus dibakar
Bagaimanapun ianya tetap menyelerakan.... bukti pertama, En Heri kita takleh nak pandang kamera lagi masa dia makan, sedap sampai terkeluar lidah... sebab tu tak letak gambar Abg Bear, terjelir terus... hehehehe

Mintak maaf yer Ham, mungkin kena kat selera Ham tapi bagi Abg Bear yang kat Tanjung Aru sana lagi sedap atau mungkin pada hari tu dia menggelupur sikit sebab ramai sangat orang jadi dia punya rencah tu belum sebati betul dah kena bakar. Anyway... kami enjoy makan kat sini sambil berposing posing berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang super cantik petang tu.


Kami bergerak agak lewat dan perjalanan balik agak perlahan sebab banyak merempuh awan dan sampai ke rumah lebih kurang jam 8 malam. Kat Sabah ni jam 8 malam dah macam pukul 9 kat Semenanjung sana. Abg Bear pun tak ingat kami ada dinner lagi tak malam tu atau kami terus berehat dan tidur.

Salam Sayang Beruang Madu


6 comments:

my-niezzareena said...

kalu ada orang kacau saya, saya panggil semua abg2 kental ni belasah orang yg kacau saya tu boleh tak??

belum sempat belasah, baru tunjuk tapak tangan, orang yg kacau tu dah lari mcm nampak langsuir... hahaha

ganas la lu orang..

PUTUBAMBU said...

abang bearrr oii...
sedapnya tgk ayam bakar tu..

pagi2 ramadhan ni..dah telan ayaq liuq

Josh said...

That's a BEAUTIFUL view! Josh suka!

Err.. naper si Arel tu beraksi macam Hairie buat muka camtu dah?? Berjangkit ker?

Beruang Madu said...

Zareena - Taklah Ena.. tak menjadi lagu tu... kalau kami tunjuk tangan ke tunjuk pemnumbuk ke paling paling pun diorang berundur lima tapak jer tapi kalau Ena mencelah kat tetengah tu haaaa barulah diorang lari lintang pukang... kalau setakat kena belasah diorang boleh tahan... tak tahan karang kena lanyak ngan Ena... harus putus napas...

Beruang Madu said...

Putu - kat KL pun banyak ler tapi tak tahu apasal kat KL sana warna dia merah bukannya perang secara original macam kat sini....

Beruang Madu said...

Josh - memang cantik Josh... tak terkatakan lagi.

Arel ngan Heri tu kalau jerita pose jer... memacam lah diorang buat tapi AB suka sebab diorang tak malu malu macam AB... hehehe (Abg Bear malu?? sudahhhhh... takder maknanya)