16 September 2010

KIERAN AND THE GANG - SECOND DAY (KIBUNUT)

Salam Sayang Semua....

Apa khabar? Dah dekat sangat kita ngan susana Hari Raya kan. Lagi seminggu gitu. Belek punya belek entry entry lama, nampaknya tak banyak yang tunjukkan hal hal raya pada tahun lepas. Tak mengapalah, untuk tahun ni kita akan banyakkan sampai kita muntah ketupat nasik pasal raya nanti.

Okay entry semalam bagai penggulung untuk aktiviti kami pada hari pertama. Pack dari pagi sampai malam. Cuma malam kami berehat kat rumah sebab cuaca panas dah mula melemahkan kami kami yang gagah perkasa ni. Kalau korang ke Kota Kinabalu, korang akan setuju bahwa cuaca dia lebih panas dari KL yang sangat terik. Tulah sebab Abg Bear takleh berjemur sangat, berjemur kejap pun dah naik garing.

Kami kami yang keletihan sedang menuju ke Sungai Kibunut yang makin hari makin terkenal tu


Hari kedua ni kami mula kan agak lewat. Kami tanak pegi tempat tempat berhawa panas tapi ke tempat yang mendinginkan dan menyejukkan. Ke mana lagi kalau bukan ke Kibunut yang diperkenalkan kepada kami oleh Gidong dulu tu. Airnya jernih, sejuk, segar dan menyegarkan badan kami. Tak banyak yang boleh cerita pasal sungai ni, jadi kita bercerita dengan gambar saja. Oh yer hari kedua ni Heri ngan Ham tak ikut kami yek... mereka ada aktiviti sendiri.

Kibunut yang sentiasa mengalir jernih airnya tak kira musim kering atau hujan... air gunung yang tak tercemar ni boleh agaknya kalau terus diminum, kalau Abg Bear dok sini mesti hidup lebih sihat, patut lah orang sini kemain lagi hensemnya
Sebelum masuk ke dalam tu kami pose pose dulu kat luar nak menunjukkan keindahan Kibunut dari jalan besar 
Inilah kaunter bayaran tu dengan jajan jajan dijual di sini termasuk air. Abg comel yang jaga tu ngan anak dia dah kenal kami gaknya, asyik asyik muka ni jer kemari... Ada pelik sikit bayaran dia, kalau hujung minggu lebih murah dari hari biasa.
Ahhhh.... ada tiga anak sungai kat sini bercantum jadi satu, dua darinya terpaksa diseberangi dulu untuk sampai yang ketiga... tu Abg Bear tengah buat balancing takut tergelincir... ahhh tidakkk... I am sinking!! I am sinking!!!
Dari atas kiri sekali, Shah: I am not ready... makan dulu!! 
Abg Bear: samaaaa... jangan amik gambar ai, ai tak touch up lagi.... 
Shah/Arel: Haaa tanah yang ujung tu Abg Bear dah beli nak wat gym sauna ngan spa.. tanah lain semua dah orang punya, ko nak yang mana? 
Bawah kanan, Abg Bear: arghhhh... balancing balancing... 
Shah/Areal: makan dulu sebelum masuk ke air, 
Abg Bear/Arel: saling membantu untuk menyeberang...tak dalam tapi licin beb, ada orang pernah jatuh kamera ngan hp lagi kat sini, terus demam hp tu tak kebah kebah sampai la ni...
Kat sini Abg Bear tak tahu nak cakap apa..... LEMAK REPUBLIK!! Hehehe
Atas kiri sekali: Arel diberi terapi disebabkan hampir hampir sawan dek cuaca panas KK...
Atas Tengah: Abg Bear testing air tu berapa Ph dia...
Atas kanan: Gambar curikkkkk... mana boleh amik gambar Abg Bear dari belakang... pantang!!!
Yang bawah semua pose pose manja jer....
Nampak tak budak yang bawah kanan tu, memula dia mandi ngan awek dia tapi bila kami datang jer terus blah, awek terus muncung... tengah buat maksiat lah tu... huhhh!!!
Oh yer lupa pulak... Dr Shah yang drive dari semalam pun kena sawan gak sebab kepanasan... tu tengah di'airsejukterapi'kan, kat sejam jugak lah baru dia pulih... Arel pun 47 minit jer
Nah kan... bila dah baik terus ceria kemain dia... hehehe
Kesian kat fotografer... tak banyak gambar dia... ni kami dah siap mandi.. dah nak balik sebab hujan start turun, takleh mandi time hujan karang kembang semua



Salam Sayang Beruang Madu

p/s: blog direhatkan dan kita akan jumpa lagi lepas raya yer...SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!


1 comment: