06 September 2010

SUNGKAI 2010


Salam Sayang Semua...

Dah dekat benor Abg Bear ni nak balik ke Johor sana... esok jer tinggal ni haaa.. badan jer kat sini tapi hati dah kat kampung dah, asyik dok mengulang call kampung tanya raya masak apa, preparation dah siap ker, tengah wat apa... macam macam lah.

Tapi hari Ahad semalam, Abg Bear saja saja sesuka nak buat bersungkai (berbuka puasa) kat rumah ni. Lama dah kat rumah ni tak buat makan makan nih dan Abg Bear pun ajak lah beberapa orang kawan datang sekali berbuka. Lagipun ni hari Dr Shah balik dari Tawau lepas dua minggu bertugas di sana. Selama dua minggu tu lah kami berbuka bersahur sendirian.

Disebabkan masa tu masa berbuka, jadi Abg Bear tak sempat nak mengambik gambor tamu tamu yang datang, sibuk nak sediakan makanan kat dapur walaupun banyak yang dah siap kira kira jam 5 lagi. Yang dapat ditunjukkan kat sini menunya saja lah. Itupun sebab Abg Bear nak tunjukkan kat Wahidah, hasil yang diajarkan pada Abg Bear cara cara membuat sup tulang yang sedap tu dan hasilnya memang menjadi dan memang sangat sedap. Tetamu yang datang pun memuji muji kesedapan sup tu dan macam tu jugak yang Abg Bear menghantar ke rumahnya, pun kata sedap kemain. Terima kasih lah kat Kak Jah yer... 

Jadi inilah menunya,

Mula mula tu ikan tongkol masak lemak kuning cili api yang Abg Bear bakar dulu ikan tu bagi garing luar dia barulah di gulaikan dia. Katanya ini pun sedap jugak. Menjadi sungguh masakkan hari ni.

Biasanya untuk ikan tu Abg Bear akan bakar kan dulu sebelum masak lemak kuning cili api tu


Ini lah hasil round pertama... ada lima round membakar ikan nih... sambil menyambil tu Abg Bear sediakan bahan lain lah
Dan inilah dia hasilnya yang dah siap tu... lebih sedap dari tahun lepas punya

Kemudian tu Sup Tulang Resepi MIL Wahida yang sangat sedap itu.

Inilah dia Sup Tulang MIL Wahidah yang lazat sangat tu...

Dan jugak nak bagi pelengkap kepada menu hari ni, Abg Bear but sayur campur... tak sangka yang ni pun sedap kemain. 

Sebagai pelengkap ini lah dia sayur campur dari Pasar Besar KK

Atau sebenarnya disebabkan kami lapar, semuanya sedap. Sampaikan Cheese Cake yang dihidangkan pun terasa sedap betul berkat bersungkai beramai ramai di bulan posa ni kan.

Okay untuk semua... ini entry terakhir sebelum raya ni.. selamat meneruskan ibadat puasa untuk semua yer dan sama sama kita meraikan kejayaan dan kemenangan kita memasing nanti di Aidil Fitri. Dan dijemput semua umat Islam untuk mengerjakan ibadah puasa enam Syahwal selepas puasa 30 hari Ramadhan dah ianya seolah olah kita berpuasa sepanjang tahun.

Salam Sayang Beruang Madu


.


3 comments:

AzketOm said...

semuanya sedap kemain. sedap yg serious takde ke...tak sabar nak ke sabah nak buat sayur campur goreng yg lebih sedap. hihih saje na lawan tokey.

my-niezzareena said...

wah... nnt kami p sane abg msk utk kami plak ye. tak kira, nak jugak

kalu ada masa, dtg le kl, raya ngan kami

wahida said...

wah sedap semuanya...bang, kalau kiteorg gi Sabah lg, apa kata abang masak utk kiteorg? sbb nampak sedap la masak lemak ikan tongkol tu...tahniah ye...sup tulang menjadik...kan saya dah cakap, my MIL punye resepi mmg power!!!