Salam sayang semua...
Hari ni hari Ahad, 14hb Mac 2010. Kami pegi diving. Kalau sesiapa ada eccess kepada facebook Abg Bear dgn Dr Shah, beberapa minggu lepas kami ada ambil lesen untuk menyelam dengan SSI (Scuba Schools International) kat Kota Kinabalu nih. Masa tu berbulan juga lah persediaannya kami buat bukan sebab kami ni tak pandai sangat tapi keyakinan kurang sangat.
persediaan awal untuk sijil diving bermula di internet, SSI website
Bagi Dr Shah awal awal lagi dah prepare itu ini dan Dr Shah memang dah handal dalam bab berenang, setakat 1000m kuak dada tu hari hari dia buat. Tapi masalahnya ialah Abg Bear. Jangan kata 100m, 50m pun tak larat dan nak putus nafas untuk dihabiskan. So, pada masa memula diajak utk amik lesen tu, Abg Bear sebenarnya ketakutan sebab takut tak boleh buat 200m ujian berenang tu. Lagi satu Abg Bear ni penakut sangat ngan laut dalam dan takut jurang tinggi dan takut terkurung dalam air tu, takut jellyfish dan takut macam macam takut... pendek kata, badan jer besar hati macam tikus.
bilik darjah kami masa course bertulis... lulus 98% tuuu...
Tapi begitu pun atas motivasi kengkawan dan diri sendiri, Abg Bear kuatkan semangat. Sekejap praktis berenang kat rumah yang kolamnya panjang 25m sekejap lain praktis kat kolam Likas yang panjangnya bersaiz olimpik. Latih punya latih dalam 2 minggu Abg Bear dah boleh berenang dengan baik walau banyak stop dan akhirnya dari 50m macam nak putus nafas, Abg Bear boleh berenang 1000m tanpa henti dan kalau nak, boleh diteruskan lagi jauh. Satu kenangan manis masa tu Abg Bear buat sorang sorang kat kolam renang Likas. Nak percaya boleh percaya tanak pun takper... uuuuuu...!!!! Motto hidup masa tu...
"SETIAP PERKARA HANYA SUSAH DI PERMULAAN SAJA"
Lepas tu keyakinan diri dah bertambah. Orait... Abg Bear bersedia untuk ujian tu. Kemudian kami ambil ujian bertulis dan kami berdua lulus cemerlang. Dr Shah dapat 100%, Abg Bear dapat 98%. Sonang jer ujian tu... dan instructor kami pun bagus sangat, dari New Zealand, kampung Dr Shah sana... hehehehe.
pagi ujian renang 200m dan apungan 10minit
antara peralatan menyelam yang digunakan...
Bila hari ujian, Abg Bear ketakutan lagi sebab sangat sangat takutkan jellyfish (obor-obor), takut kena sengat lah. Pernah kena banyak kali. Masa kecik sanggup tak turun air sebab takut jellyfish dan masa memula kat KK ni dulu datang pun kena sengat setiap kali masuk air dan nak dijadikan cerita, tempat untuk ujian tu lah tempat yang dulu Abg Bear pernah kena sengat sampai berjanji tanak mandi kat situ lagi dan lebih memburukkan keadaan lagi, pagi tu laut tu penuh dengan jelly fish dari berbagai kaum, yang bulat, yang lonjong, yang pipih, yang panjang semua pakat pakat wat 'morning assembly' kat tepi bot kami.
antara yakin dan takut... Abg Bear pegi jugak pagi tu ke laut
Tuhan saja yang tahu bertapa takutnya Abg Bear waktu tu. Tapi tekad dah kuat... apa pun terjadi mesti diteruskan. Abg Bear disuruh turun ke air dulu dan start berenang untuk 200m. Memang betul apa yang orang cakap... semakin kita takut, semakin benda tu datang kat kita... apa saja lah. Dan sebaik saja mencecah air, Abg Bear terus kena sengat depan belakang (dah diorang punya area... tahan jer lah sakit). Walau Abg Bear mula awal, Dr Shah takleh nak dihalang handalnya... dia habis dulu test tu dan berdua dengan instructor tu menunggu Abg Bear terkial kial menghabiskan ujian renang tu... Kami lulus... kalau dulu mampus aku takkan terjun ke air tu. Biarlah apa jadi pun!!!
Habis kat situ, kami diuji untuk apungan selama 10 minit... mak aiii penat ya amat tapi gagahkan juga dan kami lulus... ehh cemana ngan jelly fish tu?? Ada jugak... keliling bah... lantak ko lah nak sengat pun, sedap sedap jer instructor Abg Bear cakap, 'being stung is part of diving'. Boleh lah ko baju full set, aku ni ha..pakai skirt paras lutut jer dan tu atas sampai lengan jer... dah macam 'cheong sam' pulak aku rasa. Tapi petang tu bila kami diving dapat jugak dia kena sengat siap jellyfish tu kiss dia lagi kat bibir, tempat yang tak di cover dek diving sut tu.. hahahaha..merasa!!!
Abg Bear, Dr Shah ngan instructor kami... tak ingat ni pagi ke petang hari test tu lah
So, bila dah abis segala mala test tu dan kami dah lulus, maka kami pun mula lah menyelam dan mempraktis kan apa yang kami belajar seperti safety dalam air, apa nak buat kalau partner kita dalam kesusahan, cemana nak naik ke permukaan masa emergency... lebih kurang macam tu lah.
habis lah sudah test test tu semua dan habis sessi menyelam hari pertama
Apa yer perubahan hidup dan pencapaian yang Abg Bear dapat dengan pengalaman yang terpaksa dilakukan ni? Perubahan positif korang tahu. Tetiba Abg Bear dah tak takut nak pegi tempat gelap, tak takut dengan jurang sebab jurang laut lebih menakutkan dan lebih misteri lagi tapi ke tempat tempat macam tu lah yang kami divers ni pegi.
Dulu kalau snorkeling kalau nampak laut gelap sikit jer mesti dah lari naik ke pantai tapi sekarang semakin dalam semakin dalam lah kami turun dan hakikatnya yang nampak gelap tu sebab kita berhenti dan tengok dari pandangan mata kasar, kalau korang terus ke tempat gelap tu, cahaya akan masuk ke situ dan nampak terang pulak. Suddenly di dunia yang Abg Bear benci itulah menjadikan nurani Abg Bear lebih kuat lagi.
yeyyyyy.... lulus sudah!!! tersenyum lebar... dah pandai diving dah!!! sorry yer, orang menyelam ni muka memang tak semanggah... buruk manjang!!!
Selepas dari diving (menyelam) hari tu, Abg Bear macam tak takut lagi nak menyahut cabaran (aminnn... harap harap berterusan sampai bila bila), Abg Bear dan tak takut tinggi (mungkin ada tapi taklah seteruk macam dulu), tak takut dah nak naik gunung, tak takut dah nak naik kabel car, tak takut dah nak white water rafting dan yang paling best, Abg Bear dah takut jellyfish walau kena sengat kanan kiri. Tak ker itu perubahan positif... orang jantan kena kuat dan berani walau berapa pun usia anda, tetap itulah titik permulaan untuk berubah.
Kami lulus dengan mudah dan dapat sijil pada hari yang sama... takder lah konvo konvo nye, serah begitu jer tapi kepuasan bukan ditangan SSI atau instructor tapi ditangan kami yang lemah dan tak bermaya nih dan sekarang kami satu tingkat lebih gagah dari dulu... best tak?? Kami pulang selepas dua hari menyelam dengan kepuasan setelah menikmati keindahan bawah laut yang sangat hebat.
Next, Abg Bear nak explore angkasa pulak... aminnnn.
Ehhh lom abis lagik... dah amin amin pulak.
Macam merdeka, mengisi kemerdekaan lebih penting dari mendapatkannya. Begitu jugak sijil menyelam ni, dapat memang mudah tapi praktisnya tu yang memakan jiwa raga. Hari ni kami menyelam buat kali pertama secara serius yang bukan lagi dibimbing ajar tapi menyelam sendiri mempraktiskan apa yang kami dah belajar.
bersama seorang penyelam dari Eropah di atas bot dlm perjalanan ke Manukan
bersiap siap untuk turun ke air pada sessi pertama di Manukan pagi tadi
3 sessi berenang dan tiga tempat berlainan. Mulanya kami jangkakan kami akan dibawa ke Pulau Suluq, salah satu pulau dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman kat depan KK sini. Tapi sayang kami dibawa ke Pulau Manukan dan Sapi di sebelah pagi dan Pulau Gaya di sebelah petang. Dan kebetulan pada ketika ini kawanan paus jerung dikatakan melawat tempat ni untuk mencari makan. Ini macam event tahunan yang tak berjadual. Jadi kami sangat sangat berharap dapat bertembung dengan haiwan istimewa ni. Paus ni dikatakan dilihat berhampiran Pulau Mamutik dekat dengan Manukan tu tapi sayangnya kami tak dapat nampak mereka, hampa lah jugak.
Antara penyelam penyelam tadi ialah...
Abg Bear, Abg Bear dan Abg Bear... hik!!!
Matthew dari Canada
Dr Shah... apasallah mamat Canada tu snap gambo macam nih... heiiii!!!!
Yang lelain tu tak sempat nak amik gambar yer... laju benor diorang berenang... gasak lah... muka korang jugak yang tak masuk ke sini...
sebenarnya ada udang kara kat bawah batu tu tapi kamera takleh nak fokus pulak, nampak tak sesungut dia??
Gambar-gambar yang dilihat di dalam entry ni adalah gambar ehsan daripada Dr Shah yer daripada Shah Collections yang menaja Shah's Ramblings yang masyhur tu. Jangan korang ingat Biggest Loser Asia jer yang ada website penaja. Terima kasih Dr Shah. Hehehehe. Gambar gambar lain yang menarik ada kat blog Dr Shah yer... silakan ke sana...
Jadi kalau korang ada kesempatan datang ke Sabah, sila lah pegi menyelam (kalau korang ada sijil menyelamlah) atau sekurang kurang nya pegilah snorkeling nak nikmati keindahan bawah laut di sini. Jelly fish?? Itu sebahagian dari hal hal air laut nih... (senang jer cakap kan....hihihi)
motto hidup sekarang:
MELAWAN PERASAAN MALAS MEMANG BESTTTTTT SANGAT!!!!
Salam Sayang Beruang Madu