06 March 2010

TAMU BESAR KOTA BELUD


Salam Sayang semua...

Salah satu agenda yang ada di dalam kalender perlancongan Sabah ialah satu tradisi yang diulang lagi dan lagi setiap tahun dan di war war kan ke seantero dunia ialah Tamu Besar Kota Belud. Sebenarnya kat Sabah ni ada banyak tamu yang bermaksud pasar minggu (seminggu sekali) dan ada banyak juga tamu besar (setahun sekali) di sana sini, tapi entah kenapa yang satu ni nampaknya lebih menonjol dari yang lain.


Abg Bear dan Dr Shah menikmati durian kat sini... kebetulan musim durian....

Mungkin dan hanya mungkin disebabkan pada waktu ini satu pertunjukkan kebudayaan orang orang bajau dilakukan dengan penuh berwarna warni iaitu pertunjukkan kuda bajau.


Buah buahan, makanan, kraft tangan adalah sebahagian yang diniagakan di sini, murah dan cantik kraftnya... kalau nak shopping barang kraft, di sinilah tempat yang bagus

Kalau nak diikutkan, pasar tamu mingguan atau tahunan di Kota Belud ni sama saja. Orang itulah juga yang berjual, cara itulah juga dia berniaga, benda yang sama juga diperniagakan tapi disebabkan ianya masuk kalendar perlancongan, setiap tahun di tapak tamu Kota Belud ni akan ditambah dengan acara acara kebudayaan seperti tarian dan sebagainya dari pelbagai suku kaum. Kalau ada pesta maka ada lah upacara perasmian bagai dan jumlah yang datang berlipat kali ganda.


Pertunjukkan kebudayaan juga di ada kan terutama tarian tradisional penduduk asli di sini... meriah sangatzzzz....

Hampir separuh hari pesta di tapak berlangsung bersekali dengan jualan yang biasa. Separuh hari yang berikutnya, tapak pesta akan kosong sebab semua yang hadir akan ke padang dan memang kebiasaannya tamu akan berakhir di waktu tengah hari. Jadi semua orang pun berbondong bondong ke padang untuk menyaksikan pertunjukkan kuda bajau.


Di tengah tengah Kota Belud ni ada satu kawasan padang yang menjadi tapak pertunjukkan tersebut. Untuk pengetahuan semua, kaum bajau adalah salah satu kaum yang mendiami Sabah ni sejak dulu lagi dan membawa kebudayaan berkuda ni sampai sekarang. Meraka juga digelar 'koboi timur'. Sayangnya dari pemerhatian Abg Bear, ada dua kecacatan pesta tahun ni. Pertama, kenapa lah yang datang lebih ramai orang tempatan? Mana pegi pelancong asing? Ada masalah ker kat bahagian promosi? Ada jugak pelancong asing tapi jumlahnya alahai sikitlah bonar, boleh kira dengan mulut. Apa hal??


Abg Bear dah ready nak shoot gambar... hangin betul aku terpaksa tunggu berjam jam semata mata nak tunggu VIP datang... penunggang pun dah kepanasan dengan pakaian yang dah tentu tak user friendly di dalam cuaca panas cengini... erghhhhh!!!

Kedua, sikap pemimpin yang datang lambat walhal semua telah bersedia termasuklah kuda kuda, penunggang dan penonton yang menunggu berjam jam dalam kepanasan tapi pemimpin suka suka saja datang lambat. Tak manis bah... takkan begini lama merdeka pemimpin masih sikap sambil lewa saja, cemana dengan orang yang dipimpin. Kalau tak panas tak perlah jugak.

Orait... jangan cacatkan hati anda dengan orang orang yang tak berdisiplin ini... nantilah kat akhirat mereka terima balasannya.

Pesta pun bermula lambat lah tapi dengan penuh warna warni tarian berkuda di lakukan dengan menunjukkan kehebatan pahlawan Bajau menunggang kuda. Oleh kerana konsep 1Malaysia sangat baru ketika itu, jadi tarian tahun ini dipenuhkan dengan bendera Malaysia dan berkonsepkan 1Malaysia habis habisan.


Bagaimanapun memang menghiburkan. Sebenarnya ada satu lagi acara iaitu lumba kerbau yang juga popular di sini. Tapi disebabkan kami datang dari Kota Kinabalu, tak dapat lah diteruskan kerana hari dah semakin gelap. Petang tu kami pulang dengan mengikut jalan gunung yang tak biasa dilalu orang, ini pengalaman baru untuk Abg Bear dah juga kereta Abg Bear, tak sangka dia boleh bawak penumpang yang ramai melalui jalan gunung. Syabas....

Kalau sesiapa ingin menyaksikan pesta ini silalah ke Sabah pada bulan Oktober biasanya dan nikmati keunikkan penunggang penunggang Bajau ini....

Salam Sayang Beruang Madu

5 comments:

@xiM said...

salam abang..

memang pun,kalau dah namanya VIP memang tak reti nak datang awal..kat mana mana pun sama.mesti nak datang minimum lewat setengah jam.ntah hapa hapa kan..

lawo gambor nih..ada dalam bulan oktober jer ker??

*kami bukan into sejarah sangat tapi kat Vietnam itu jer mender yang ada dan menarik..heheheheeee

Faisal Admar said...

haha betul tu axim. aku sokong!

sayang tak sempat tengok lumba kerbau!

tentangseseorang said...

normal tuh bang vip datang lambat ehehehe

Beruang Madu said...

entah lah... lamat bukan sikit sikit tu... dah tu siap ada ucapan lagik... tak bermoral betul

attyfir said...

bila ar dpt dtg sabah nie ..