12 March 2010

MARI MARI CULTURAL VILLAGE

Salam Sayang semua...

Ini juga salah satu entry dari blog lama yang dah berkubur tu.

Kalau kita ke Sabah, kita takkan larat nak pegi setiap daerah untuk kenal budaya semua kaum di sini. Kalau kita ke Monsopiad Cultural Village, kita sebenarnya ke kampung budaya kaum Kadazan sahaja dan tidak kaum kaum yang lain. Begitu jugak kalau kita ke kampung warisan di dalam muzium Sabah tu, kita hanya tahu rumah rumah kaum di Sabah saja tanpa kenal pakaian dan tarian.

Jadi, ada satu tempat lah kat sini dekat dekat ngan KK ni berhampiran dengan air terjun Kiansom terdapat satu tempat kebudayaan yang sangat bersih terjaga dan menempatkan hampir ke semua rumah kaum kaum yang terbesar di Sabah ni. Namanya MARIMARI CULTURAL VILLAGE.


Tempat ni sangat terjaga dan bersih sekali dengan sebatang sungai mengalir di dalamnya dan dibuat bagaikan sebuah perkampungan masyarakat asli di sini. Bila saja kita masuk ke dalam kawasan ni selapas membuat bayaran di kaunter penyambut tetamu, kita akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan dan salah seorang akan dilantik sebagai ketua kumpulan. Penerangan ringkas akan diberikan oleh pemandu pelancong dan kebetulan pemandu pelancong kami masa tu comel dan petah bercakap.


Jalan masuk ke sini saja kita kena melalui jambatan gantung yang rendah yang merentangi sungai di tengah tengah perkampungan tersebut. Dan sebaik melepasi jambatan gantung, kita akan disambut oleh sekumpulan 'penduduk kampung' yang memakai pakaian tradisi mereka yang simple sekadar menutupi tempat tempat wajib saja... hahahahaha


kita akan disambut dengan orang-orang kampung berpakaian tradisi di sini....

Kemudian kita akan dibawa sekitar perkampungan dan melihat aktiviti harian penduduk kampung masa dahulu dan ikut sama beraktiviti seperti memasak makanan, menyumpit, memanah dan sebagainya lah. Di sini lah kita diperkenalkan satu persatu dengan setiap jenis rumah di sini mengikut kaum. Dusun, Rungus, Bajau dan sebagainya... rasanya hanya yang terbesar dan tidak begitu terperinci seperti di kampung warisan.


perkampungan tradisi yang sangat bersih terjaga...


salah satu peralatan yang digunakan untuk minum air yang perangainya lebih kurang macam cawan gitu, tapi untuk orang lelaki ditajamkan hujungnya bagi digunakan sebagai senjata... hmmm orang dulu dulu tengah minum pun standby nak bergocoh...


aktiviti memasak yang di ikutserta oleh pelancong yang datang....


Dan inilah yang dimasak, kuih kapit yang diperbuat dari beras... sejenis kuih tradisional


Sejenis lagi makanan yang di masak ala ala lemang iaitu makanan di atas dicampurkan di dalam buluh dan di bakar... apa yang kita campurkan semasa lawatan akan dihidangkan kembali di waktu akhir nanti masa makan siang



Satu lagi cara memasak tradisi yang menggunakan tempurung


menyediakan minuman perasa pandan yang sangat sedap juga mengikut cara tradisi


Satu cara memasak gaya dulu dulu yang menggantung periuk di tengah tengah dapur...


aktiviti membuat tatoo


aktivit merokok... ko tengok budak bawah umor pun boleh nak merokok....


dan menyumpit....

Sesudah semua tempat dilawati, kita akan di bawa ke bahagian akhir iaitu untuk makan siang atau petang atau malam (tergantung waktu mana kita datang). Ini bermaksud kalau kita datang pagi akan ada makan tengah hari, kalau kita datang petang akan ada high tea dan kalau kita datang malam akan ada dinner, begitu menurut pemandu pelancong kami lah. Dan menurut kata lagi kononnya kalau datang malam, akan ada sedikit kelebihan di mana diorang akan bermain dengan unggun api. Tak tahu lah benar tak benar.


gambaran pelancong yang beraktiviti di sini... cuti beb cuti....


Abg Bear melepas kan penat bersama sama pemandu pelancong tempatan...

Antara aktiviti lain yang menarik ialah menari di atas lansaran dan aktiviti menghidupkan api secara tradisional. Boleh digunakan kalau sesiapa tersesat ke dalam hutan dan sebagainya.


dan hasilnya ialah yang kita tengok kat heading blog ni... tulah gambo diorang...

Semasa di hujung ni kita akan dihidangkan dengan tarian tradisional penduduk di Sabah sambil kita menikmati juadah yang disediakan. Kita juga boleh menyertai dalam tarian kalau diundang dan selepas semua selesai boleh lah kita pulang.


pelancong diundang untuk beraktiviti menari bersama sama...


sepeti biasa tempat tempat macam ni kita akan dihidangkan dengan cenderamata untuk di bawa pulang...bukan free yer... kena beli


Ni lah dia nya muka Operation Manager kat situ... baik orangnya... tak tahu lah pulak kalau dia boleh bagi diskaun dari harga harga mat salleh belakang tu....

Bagaimanapun harga masuknya Abg Bear tak berapa pasti tapi agak mahallah, di mana seorang tu dalam RM180 begitu atau kurang tapi berbaloi sebab disediakan makan dan khidmat pemandu pelancong sangat memuaskan. Sangat menarik, sangat terhibur dan sangat memuaskan.

Dan ini lah makanan yang dihidangkan pada hari kedatangan Abg Bear dulu.


nasi putih


ulam ulaman


taugeh celur


sambal belacan


ayam masak kicap


tuna masak sos kacang hitam


terung panggang


kubis goreng


labu masak kari


dan buah buahan...


Salam Sayang Beruang Madu

2 comments:

Ad said...

mahalnya rm180..kalau nak dtg sini mmg xleh bawak family..bangkrup!
dulu pernah masuk konsep ni tapi kat Sarawak.Rm100 charge, semua etnik ada.tu la first time merasa ayam dlm buluh(lupa dah apa namanya)

Anonymous said...

Excellent article! We aгe linking to this greаt рost on our sitе.

Κeep up the great writing.

Mу blοg post; raspberry ketone diet pills