Salam sayang semua,
Ini satu entry lama yang juga hilang dari blog lama. Bagusnya entry ni mengingatkan Abg Bear pada kampung halaman dan syukurnya pada zaman zaman moden ni, perhubungan yang sangat mudah menjadikan kita dekat walhal kita jauh beribu batu... macam sebelah dinding jer kalau bercakap.
dari sakit hati asyik kena curik, baiklah kami makan anak beranak... yer tak??
Lama dulu dalam tahun 2009, Abg Bear balik kampung untuk Hari Raya Haji, jadi sekarang ni apa jer kehendak Bapak Abg Bear, semua anak akan ikutkan... sebab tu gaknya umur dia masih panjang. Jadi pada kali ni dia nak makan ayam kampung masak kari.
Ini pulak ayam ayam yang kami beli dari orang lain
Selain dari hajat dia tu, dia jugak nak menghabiskan ayam ayam yang masih ada disebab kan orang sebelah rumah tu ada cucu dia yang panjang sangat tangannya, asyik kerja curik ayam orang jer dah tu atuk dia asyik lah menyebelah kan dia walhal dah terang terang ada cop tanda nama lagik kat ayam tu... punya lah sakit jiwa. Jadi untuk mengelakkan terus terusan sakit hati, bapak Abg Bear pun enjoykan keluarga dan makan saja ayam ayam yang ada.
proses menyembelih diserahkan bulat bulat kepada Bapak Abg Bear ngan adik ipar, kalau Abg Bear yang pegang sapa pulak nak ngambik gambar... yer tak??
Selain dari yang dibela, kami jugak ada beli yang orang lain bela jadi campur campur semua tu dekat berbelas ekor jugaklah... aiiiii manis lah bibir anak beranak makan ayam kampung. Tapi dek kerana nak jimat sangtat, ayam tu dibuang bulunya secara manual... sapa nak kerja kan??
Sapa lagi kalau tak Abg Bear lah.. aduh!!! mana panas air panas, mana panas bulu ayam... tapi last selesai jugak, separuh kebas tangan akuuuu. Tugas memasak diserah kepada adik adik perempuan Abg Bear. Dan inilah hasilnya... KARI AYAM KAMPUNG yang sangat sedap.... hehehehe
Salam Sayang Beruang Madu
3 comments:
wah..terus rindu nak makan ayam kampung di kampung halaman!!
beli jer kat kedai dah tu masak sendiri.. mesti jadik punya.... Azim pun dah tahap tahap chef apa
wahhh...Keris ke tuh AB?? tak penah lagi tengok orang org semelih ayam guna keris
klabu
Post a Comment