Salam Sayang semua...
Sambungan lagi dari Kieran and the gang untuk hari pertama ke Poring. Seperti yang Abg Bear beritahu dalam entry yang lepas, kami bernasib baik kali ni. Banyak benda yang kami bernasib baik dapat tengok untuk trip kali nih. Salah satunya ialah kami dapat tengok bunga Raffelsia kembang dan kali ni lebih bernasib baik lagi kami dapat tengok dia kembang berkembar dalam satu tangkai yang menurut penjaga tu, tak pernah berlaku sebelum ni. Biasanya dia kembang sendiri sendiri saja.
Jalan masuk ke dalam di mana Raffelsia kembang hari tersebut... nampak macam jauh tapi dekat jer Papan tanda ini akan diletakkan kalau ada bunga yang kembang... kat sini banyak tempat akan ikut kembang kalau satu satu bunga tu kembang, so kalau takder tu memang terus takder |
Selepas kami merendam rendam badan tu, kami pun lapar dan letih. Maknanya badan kami ni adalah badan normal dan bukan badan alien. Itu lumrah kalau dah berendam maka nak rehat. Kat Poring ni ada jugak disediakan chalet untuk kita menginap bagi kita yang suka sangat nak berendam banyak kali atau suka nak tunggu public area tu penuh airnya atau saja nak berehat rehat menikmati keindahan hutan belantara yang mendamaikan.
Kami keluar dari kawasan air panas tu dan terus carik makan. Kat luar tu ada dua tiga restoran kalau boleh dan tak kisah nak makan yang simple simple. Kalau nak yang ganas punya kena balik ke KK dulu lah. By that time, perut ko dah irama rock and roll ler bukannya keroncong lagi. Okeh, kami pun singgah makan kat depan tu. Bagi Abg Bear walau kat mana pun suka nak makan nasik campur. Itu pilihan pertama, takder baru nasik lain.
Tak sabar nak tunggu mengorder, abg bear makan dulu nasik campur yang lauk dia dah surut tu... apa yang ada lah... yang lain sabornya lah menunggu... |
Masa kami sampai nasik campur tu dah kemarau sangat lauk dia. Tinggal sikit sebab kalau nak makan nasik campur kat sini, kena booking kalau tak merasalah dapat sisa sisa jer. Tapi yang sisa tu pun Abg Bear tibai jer, sebab nak tunggu masak memang ler lambat. Tapi gang yang lain boleh sabar menunggu so diorang order. Tak ingatlah diorang order apa, semua lain lain. Abg Bear makan dulu lah... hehehehe.
Dalam hidup ni kalau ko lebih simple dan lebih tak kisah, hidup ko akan lebih mudah dan lebih survive.
Seterusnya kita melawat itu bunga besar, paling besar di dunia. Lepas kami meng'call' nombor nombor yang ada kat situ, mereka pun suruh jalan terus masuk ke dalam sikit dan kat sana ada yang menunggu. Kaunter menunggu ni selalu tukar tukar tempat sebab bunga ni tumbuh kat lain lain tempat dan kembang cuma seminggu jer. Logik lah kalau kaunter tu tak tetap.
Ohhh mengapa aku ditinggalkan sendirian... tidak kah mereka sunyi tanpa suara aku yang kuat membebel nih... sedeyyy... oh dunia!!! lihat lah... Cheyyyy... diorang jalan selow rupanya... |
Kaunter masuk ke kebun yang asyik bertukar tukar tempat sebab kedudukan bunga yang tak tetap jugak |
Lepas bayar RM10 seorang, kami pun masuk lah ke dalam. Moleknya kali ni bunga ni kembang di dalam taman herba. Jadi selain dari tengok bunga ni, kami jugak dapat tengok pokok pokok lain termasuk anak pokok Tongkat Ali yang dah termasyhur tu.
Bermain main dengan anak salah seorang pengujung jugak sementara menunggu 'green lite' untuk masuk ke dalam kebun |
Inilah bunga yang dapat kami rakam hari tu, dua kuntum berkembang dalam satu tangkai... kejadian pertama kali seumpamanya... bohong penjaga tu bohong lah Abg Bear yek... |
Ini buah apa? Yang atas tu bunga dia. Kalau tak salah buah ni boleh makan isi dia, betul tak?
Lepas pose pose cantik sebagai kenang kenangan tu, kami pun berangkat balik selepas langit dah melangkah petang dan kami jangkakan akan sampai ke KK waktu malam. Kita tengok entry seterusnya...kenapa yek.
Salam Sayang Beruang Madu
7 comments:
abg mkn kat kedai luar poring tu ingat kat kami tak? hehehe
nway, budak kecik tu ada rupa abg ar
Waaa, cantik lah bunga Rafflesia tu! Belum pernah Josh tengok yang 'live'.
Buat tu buat markisa ataupun passion fruit. Sedap buat jus.
sumpah saya rasa ralat yg amat sgt x dpt tgk bunga terbesar di dunia tu...I'll be back 2 Sabah 2 c u rafflesia!!!
Mek Na - ini lamaaaaa dulu sebelum korang datang sini... jangan nak ingat, kenal pun tidak lagi... cuma dah bercakap kat phone jer
Josh - Yer ker? Kalau tengok yang life lagi best... yes abg cakap jugak itu buah markisa tapi diorang tak caya
Wahida - Nanti kita masuk agenda baru yek
Manada kami tak caya..aku la orang pertama kata itu buah markisa..abg ni..
Ham - Oh yer ker? yer lah yer lah... dah publish takleh nak tukar statement... hehehehe
Post a Comment