26 December 2008

BESDAY PARTY KAT PAPARICH

Semalam adalah hari jadi untuk kawan kita Wahaza, tiap tiap tahun besday dia jatuh pada hari Krismas. Katanya dah 3 tahun dia tak sambut besday… ish ish ish kesiannya. Abg Bear tetiap tahun sambut, cuma tahun ni jer yg tak sambut.

So berlokasi pilihan besday boy iaitu di Papa Rich Bdr Sri Permaisuri, kami lebih dari 20 orang menyambut besday kawan kita ni. Maka malam tadi riuh rendahlah Papa Rich tu.

Bagi Abg Bear, makanan kat Papa Rich ni lebih sedap dari kat Oldtown sana. Harga pun lebih murah. Pilihan makanan pun sangat banyak dan kami cukup baik dengan Supervisor dan owner kat sini. Booking mesti dapat punya. Gitu pun Abg Bear taklah tinggalkan Oldtown tu… tetap pegi.

Tapi kali ni tak amik gambar makanan. Hanya gambar suka suka jer kat sini. Oleh kerana kawan kita Kieran takder kerana menyambut Krismas kat Singapura, maka gambar2 banyak diambil oleh Raynold.

Terima kasih Raynold sebab benarkan Abg Bear guna gambar2 yg Raynold amik.

Parti yg memula asalnya kecik jadi besar dan meriah. Makanan dan minuman bertali arus datang. Servis Paparich memang terpuji walau kengkadang ada tersalah hantar ke kami… hahahaha yg tu pun kami bedal jugak.

Terima kasih juga kepada semua yg telah meluangkan masa.

Apa pun Selamat Hari Jadi Wahaza… semoga semakin berjaya dan ceria di masa mendatang.

Salam Sayang Beruang Madu

26 November 2008

SWEET CHAT

Salam semua... ini cerita pasal makan lagi.

Pada suatu hari yg baik dalam minggu lepas, Abg Bear ngan Dr Shah ke Time Square. Taukan tempat tu, alah yg ada panggung paling besar di dunia tu. Haaa... betul tu Mummy... kat situ lah.

Tujuan kami adalah untuk membeli aksesori kamera. Kat situ yg paling minima harganya tanpa mengikat perut kami kami rakyat kebanyakkan nih.

Tapi proses tu punyalah lama yer... jadi kami pun berhajat makan. Kat sinilah kami makan. Dulu Abg Bear pernah makan ngan Akmal masa pesta kamera dulu. Makanan dia taklah luarbiasa sedap tapi memang sedap. Terutama air dia.

Minuman dia ni blue ocean dengan mix fruit memang mengancam... mesti dan wajib minum kalau ke mari

Inilah yg kami makan sekadar mengalas perut sebelum membeli itu ini bagai nanti.

Kalau tak salah inilah roti bawang putih dengan sup cendawan... kat memana sup cendawan memang kegemaran Abg Bear

Dan untuk Dr Shah makanan ni... nama mintak maaf tak ingat... sedap memang sedap.

Overall memang sedap tapi kat tempat yg gitu gitu tu memang lah harga mahal, so boleh makan kalau ada budget kalau tak, sila lah masak kat rumah.

24 November 2008

PUDURAYA & TOLL

Jumaat lepas Bapak Abg Bear sampai dari Johor untuk ke kenduri arwah Abg Ipar Abg Bear yg kat Jerantut. Oleh itu dia datang ngan kakak Abg Bear lalu Puduraya. Lama sungguh Abg Bear tak ke mari. Dan lama jugak tak mengamati keadaan di sini.

Kalau tak silap Abg Bear beberapa lama dulu ada rancangan siap ngan plan plan dan harga bangunan lagi untuk memajukan kawasan ni. Tapi sekitaran tempat ini sangat menyedihkan. Disebalik masalah harga minyak seketika dulu yg melambung naik, perusahaan bas terus berkembang dengan pesatnya.

Lahir begitu banyak sekali syarikat2 baru dengan bas bas yg semakin banyak. Adakah Puduraya cukup untuk menampung pertambahan ini? Pasti tidak, tempat ni sesak yg amat. Bas Bas beratur panjang diluar utk memasukki pick up point yg sedikit.

Daripada pemimpin (baik pemerintah atau pembangkang) kita membutakan mata dari melihat ini dan melahu kat Parlimen dengan isu isu kecik yg tidak membina seperti papan tanda jalan yg tak habis habis, tolonglah buka mata pada masalah rakyat ni.

Apa kata mereka ke Johor Bahru untuk melihat bagaimana Stesen Bas mereka di buat. Itu melibatkan kawasan yg luas tapi tetap tak cukup dan dikatakan sesak, inikan lagi di KL yg sempit begitu.

MP MP semua dah kehabisan idea ker? Atau kalau mereka cadangkan kemajuan tempat ni tidakkan memberi apa-apa pendapatan sampingan pun kepada mereka. Lebih senang kalau salahkan DBKL jer. Gitu ker??

Tak habis kisah rakyat terbiar, tetiba harga tol didiskaunkan pada 1 Januari 2009 (The Sun, Nov 19 2008). Diskaun??? diskaun apa tu kalau hanya diberikan 10% pada masa masa bukan waktu puncak. Apasal kedekut sangat ngan rakyat?? Semua tu tak terasa kediskaunannya tahu tak. Taik hidung masin!!! Takut sangat rugi demi rakyat.

Kita semua masih ingat dengan segar bagaimana PLUS membuat tuntutan bila minyak naik atas alasan operasi dan dalam tahun yg sama menuntut kenaikkan disebabkan alasan telah dijanjikan oleh kerajaan dalam perjanjian konsesi ke bagaimana tah... gitulah.

Habis dibodoh bodoh kan rakyat ni. Hambik ko, rakyat bodoh ni juga yg pangkah sampai ko menggelupur masa pilihanraya dulu. Kalau Abg Bear jadi Perdana Menteri, aku hapuskan seluruh tol di seluruh Malaysia ni.

Rakyat First!!! Abg Bear lebih rela rakyat banyak duit dari pemerintah banyak duit tapi rakyat mengutuk memaki hamun pemerintah sendiri. Akhir2nya dimalukan dihina.

Tidakkah cukup dengan monopoli Telekom, Tenaga Nasional, Plus dan Streamyx... segala keperluan rakyat kecil terus tak terpandang... sedihnya!!!

Salam Sayang Beruang Madu


23 November 2008

BERHENTI BERHARAP

Salam semua...

Tetiba je bangun dari tidur, di telinga Abg Bear terngiang ngiang lagu ni... merdu dan sedap untuk rehat hujung minggu...




Selamat Berhujung Minggu semua

22 November 2008

HANYA MILIKMU

Untuk istirehat hujung minggu ni mari kita dengar sebuah lagu yg syahdu nan indah dengan petikan gitar Spanish yg mengasyikkan.

Petikan gitar tu lah yg menyentap keindahan lagu ini... ahhhhh....



Selamat Berhujung Minggu semua...

20 November 2008

ASAM PEDAS PALING SEDAP

Salam semua...

Untuk makan siang semalam, Abg Bear bawak Dr Shah ke satu tempat makan yg sedap sangat letaknya di Ampang sana berhampiran dengan Pasaraya Galaxy. Tempat ni namanya Asam Pedas Melaka.

Tempat ni dikenalkan kepada Abg Bear oleh kenalan kepada Naza, tukang urut Abg Bear tu iaitu En Sahabudin (sementara berencik encik lah yer). Sahabudin ni selalu makan di mana mana dan kat memacam tempat dia dah makan termasuk lah William tu. Kiranya dia ni food tester yg bagus jugak.

Jadi hari tu kami cubalah kat sini dan hari semalam Abg Bear bawak Dr Shah makan. Abg Bear setuju sangat bila Sahabudin istyharkan tempat ni sebagai Asam Pedas paling sedap di dunia. Haaa... ko dengar tu Catz... di dunia lagik.

Tempat ni dibuka sebelah tengah hari membawa ke petang lah. Sesuai untuk makan siang dan biasanya penuh sesak sampai takder tempat duduk. Mujur kami datang jam 1 tgh hari tu. Tu pun dah 85% penuh

Inilah yg kami makan siang tu

Ini semacam free jer tapi tak tahulah kalau diorang dah masukkan dalam harga... ulam, telur masin dan sambal belacan...

Ini pulak tambahan dari yg utama... ikan masin goreng, ayam goreng dan telur dadar.

Semua makanan kat sini disediakan fresh fresh... maksudnya masa mintak masa tu lah goreng termasuk ayam tu dah tu tengah berasap berapi tu dia hantar ke meja. Panas panas lagi.

Malah ikan yg kita nak makan dalam asam pedas tu pun mentah lagi dan kita pilih. Lepas pilih diorang rebus, lepas rebus barulah diorang masukkan ke dalam kuah asam pedas yg sedap kemain tu. Dan hasilnya inilah Asam Pedas Paling Sedap Di Dunia... hahahahaha!!!

Bila ko makan tu sampai berpeluh peluh macam dalam sauna, dah tu ko bertambah sampai dua tiga pinggan, tak sedap lagi ker?? Memey... eh memey pulak, memang segar segar segala yg diorang bagi tetiap hari.

Boleh jugak kalau nak tapau kuah dia tu... haaa korang cariklah ikan sendiri yer. Ahhh meleleh tengok ikan parang masak asam pedas. Kat mana ni Abg Bear??

Kalau korang tahu pasaraya Galaxy kat Ampang tu korang belok kanan waktu pasaraya tu kat kanan, itu kalau dari Ampanglah. Kat situ ada traffic light. Terus sampai jumpa traffic light lagi dan dia ada kat kiri jalan beberapa ratus meter dari traffic light tu. Kalau tak jumpa sila pakai GPS yer... lagi senang.

Salam Sayang Beruang Madu

p/s: Abg tanya sedap tak kat Dr Shah, dia kata Abg Bear masak asam pedas lagi sedap... tu diaaaa!!! kembang kecut kembang kecut kembang kecut Abg Bear rasa...

19 November 2008

SESUAI GELARAN

Salam semua...

Mungkin inilah takdirnya kenapa Abg Bear digelar Tok Bear dalam family YKWYA. Sebelum ni Abg Bear dah ada 3 orang cucu dari anak sedara Abg Bear yg paling tua, Lela iaitu kakak kepada Erin.

Lela selamat melahirkan... tak tahu gembira yg mana, dah selamat lahir atau dah lepas azab 9 bulan... kesian orang mengandung ni yer

Yerrrr itu dia mak Erin dan Lela yg bakal menjaga Lela selama dalam pantang... ko siaplah dengan pantang yg mahadahsyat dari orang2 tua jawa nih... ikut yer Lela biar badan sihat untuk next baby

Malam tadi di Johor Bahru, Lela selamat melahirkan seorang bayi lelaki juga, yg sihat dengan nama yg telah disediakan iaitu Mohd Harith Iqbal bin Mohd Iskandar.

Wajah suci Iqbal... haiiii tak terkatalah bila dapat anak kecik nih...

Hati Abg Bear berbunga, semakin ramai cucu ni... dah empat semua dan semua nya hero.

empat orang cucu Abg Bear semuanya jantan... wahhh power bapak korang yer!!!

Kalau dekat Abg Bear dan cium cium dah gentel gentel dah... tapi jauh ni dapat tengok gambar jer lah dan maaf maaf sebab gambar bukan amik ngan DSLR maka seadanya lah Abg Bear sediakan.

Wajah gembira ibu dan bapa Iqbal...

Keluar air mata nih... gembira sangat. Selamat melihat dunia Mohd Harith Iqbal!!!

Salam Sayang Beruang Madu

p/s: ni nama panjang2 ni panggil apa yer Erin??

18 November 2008

BELAJAR BERSYUKUR

Hanya satu kisah…

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

“Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.

Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

“Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

“Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

“Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Salam Sayang Beruang Madu

30 January 2008

SUSHI ANYONE??

Mmg kengkawan Abg Bear tau sangat yg aku ni tak suka makan sushi... never never never!!! Pernah makan masa aku accident dulu tapi ya rabbi... kembang tekak aku. Masa tulah aku tau mende2 tu mentah. Oh tidakkkkk!!!!

Ini aku nak bagi tunjuk sushi ala Siam yg membuatkan tekak Abg Bear kembang sebesar terowong karak nun. Tengok jer pun aku dah nak muntah. Kalau korang berani letak depan aku... aku carutkan ko tujuh keturunan... ingat Heri ker Shah ker, Arel ker, Josh ker...

Tak lama lagi kami akan makan sushi lagi... bagus betol korang yer.. yg aku tak larat nak makan, kat situ lah korang cadangkan... nanti aku bawak dapur kat kedai tu baru korang tau....

29 January 2008

DATIN SERI SITI DIE HARD FAN

Video ni Abg Bear jumpa masa lompat dari satu blog ke satu blog lain. Saksikan bakat terpendam dari peminat Datin Seri Siti... hahahaaa YUSAFA.. satu dunia tengok video klip ko nih...!!! RESPEK LAH!!!

WALAU KITA SAMA MANUSIA!!

Abg Bear kepenatan hari ni tapi tak tahu kenapa. Biasanya kalau berlaku mcm ni aku akn cari sbb salah mkn atau termakan sesuatu yg baru. Tapi mungkin juga disbbkan terapi yg lately aku buat. Keletihan yg melampau. Pun gitu aku akn tinggalkan kpd teman2 pembaca dgn satu kisan dari Kerajaan Lama Thai (Ayutthaiyya) sebagai pengajaran. Cerita ini dipetik dari blog seorang teman Indera Kecana. Silakan....


Pada zaman dahulu, terdapat seorang raja yg adil memerintah Kerajaan Ayutthaiyya di Siam. Kegemaran raja ini akan mengembara dgn menaiki bahtera. Adapun, ketika mengembara, baginda akan membawa bersama menteri-menteri baginda serta juak-juak istana yg bertindak sbg pengayuh bahtera itu.

Pelayaran ini biasanya akan merentasi hutan tebal, perkampungan rakyat jelata, pelabuhan yang sibuk dan tidak kurang juga melalui jurang-jurang gunung yang sempit. Baginda amat menyukai pemandangan yang dikurniakan oleh Tuhan ke atas negara yang diperintahnya.

Selalunya ketika dalam pelayaran itu, baginda akan berbaring-baring atau duduk bermalas-malasan bersama para menteri sambil membicarakan soal rakyat. Dengan duduk secara santai itu, raja serta para menteri akan lebih selesa mengeluarkan pendapatan tanpa ada rasa tertekan yang boleh membantukan buah fikiran. Kadang-kadang raja dan menteri-menteri itu duduk menikmati alunan tiupan seruling dari biti-biti istana.

Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di sanubari Loy, seorang juak-juak yang menjadi pendayung bahtera itu. Lantas Loy menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Chun tentang ketidaksamaan layanan raja terhadap juak-juak dengan menteri diraja.

"Engkau lihat, menteri-menteri itu bersenang lenang berehat di dewan diraja. Sedangkan kita di sini berhempas pulas mengerah tenaga mendayung bahtera ini. Apa bezanya kita? Bukankah kita sama-sama manusia?" kata Loy. Chun hanya terdiam.

Perjalanan mereka lancar menyongsong arus. Akhirnya bahtera itu sampai di tepi sebuah kampung berhampiran dengan pelabuhan. Hari sudah merangkak gelap lalu baginda raja mengusulkan agar bahtera itu berhenti belayar sementara menanti hari esok. Sekelian anak kapal tiada bantahan.

Malam sunyi dengan bintang bergemerlapan di langit tinggi. Tiba-tiba tidur baginda raja terganggu dek salakan beberapa ekor anjing di kawasan berhampiran. Malam kian larut namun mata baginda raja tetap enggan lena. Baginda kemudian keluar dari kamarnya dan mengejutkan Loy yang sedang enak diulit mimpi.

"Bangun!! Cuba kamu pergi tengok, bunyi bising apakah itu?" tanya raja.

Dengan perasaan yang jengkel, Loy bangun lantas pergi ke tebing sungai melihat bunyi bising itu. Hanya bunyi anjing.

"Bunyi itu bunyi suara anjing, Tuanku" kata Loy

"Cuba kamu pergi tengok anjing itu jenis baka apa?" perintah Raja. "Baik" Sekali lagi Loy terpaksa ke tebing.

"Anjing itu baka tempatan, Tuanku" kata Loy

"Cuba kamu lihat berapa ekor yang besar dan berapa ekor yang kecil" perintah baginda.Sekali lagi Loy terpaksa berpatah ke tebing.

"Ada seekor anjing yang besar dan 4 ekor yang kecil" kata Loy mengetap bibir menahan geram.

"Cuba kamu lihat warna apakah anjing-anjing itu" perintah raja lagi.Loy semakin kepenatan menuju ke tebing sungai.

"Ada seekor berwarna hitam, dua ekor berwarna putih, seekor berwarna oren dan seekor lagi berwarna coklat"

"Kepunyaan siapakah anjing itu?" tanya raja lagi.Jiwa Loy semakin huru-hara dibikin oleh raja itu.

"Anjing itu kepunyaan seorang sami, Tuanku" kata Loy dlm kepenatan.

Raja itu kemudian mengejutkan salah seorang menterinya yang sedang berdengkur.

"Bangun. Pergi kamu lihat bunyi apakah bising sangat itu" perintah raja kepada menteri.

Menteri itu bangun lantas bergerak menuju ke tebing. Sementara Loy diarahkan supaya menunggu di sisi raja. Menteri itu pergi lebih lama daripada masa yang diambil oleh Loy. Setelah beberapa ketika, menteri itu pulang membawa sembah.

"Ampun Tuanku. Adapun bunyi itu adalah bunyi salakan anjing daripada kuil yang berhampiran. Anjing itu adalah baka tempatan dan terdapat 5 ekor semuanya. Ibu anjing itu berwarna hitam bersama 4 ekor anaknya yang 2 ekor berbulu putih, seekor berbulu oren dan seekor lagi berbulu coklat. Anjing-anjing itu semua kepunyaan sami yang menduduki kuil itu Tuanku" sembah Menteri itu.

Setelah itu menteri itu dibenarkan meneruskan tidurnya. Tinggallah Loy bersama-sama raja itu.

"Kamu tahu kenapa kamu menjadi pengayuh bahtera sedangkan dia menjadi menteri beta? Kamu terpaksa berulang alik sebanyak 5 kali untuk menjawab soalan beta sedangkan dia hanya perlu pergi sekali sahaja. Itulah yang membezakan kamu dengan dia walaupun kita sama-sama manusia.."

28 January 2008

PERGINYA SEORANG PEJUANG


Semalam telah perginya seorang lagi pejuang iaitu dari Indonesia. Beliau lahir dari keturunan Raden dan telah memimpin Indonesia ketika perang kemerdekaan menentang Belanda. Menjadi Presiden ketika negara dlm keadaan huru hara dan digelar Sultan Terakhir Indonesia.

Ketika menjadi Presiden, beliau digeruni walau sering mengutumkan senyuman dan membawa ekonomi Indonesia ke mercu kegagahan dan Indonesia dihormati dlm banyak bidang.

Malangnya beliau disingkirkan dlm hina akibat perbuatan anak2nya. Sekiranya dalam tahun 1990, Suharto menolak perlantikan semula beliau sebagai Presiden, sudah pasti beliau akan terus disanjung sebagai Wira Indonesia sebelum sempat anak2nya merosakkan nama beliau.

Malangnya beliau lebih dikenali sebagai Bapa Korupsi menenggelamkan nama besar beliau sebagai Bapa Pembangunan Indonesia.

Aku sendiri menyanjung beliau sebagai manusia yg telah meletakkan demokrasi Indonesia betul pada caranya. Ikat sebahagian lepas sebahagian !!!

Al-fatihah...

ANUGERAH JUARA LAGU

dimulakan ngan gamba Amri, satu-sebab dia hensem, dua-sebab nak tunjuk dia dah pulih dari denggi aritu... org kata dia makin kurus, aku kata dia makin boroi...

Sebenarnya aku dah lama tak ikut perkembangan muzik tanahair. Tapi sengaja nak makan2 ngan member baru dan lama kan... aku wat makan2 mengambil sempena Juara Lagu.

Tu..tu.. (sambil muncungkan mulut) si Heri tu yg tunjuk pis tu... pakar benor dia pasal muzik, sampai dapat teka sapa yg menang... respek aku!!

Kesian kat member2 aku naik menyampah sbb setiap kali keluar satu artis, aku mesti tanya... 'sapa tu??' so kenalah diorang jawab asal usul penyanyi tu dari akademi mana dari pertandingan mana dan sebagainya. Biasalah org tua... malas nak layan muzik2 ni.

Aku heppi sbb makan2 ni lah yg menyatukan kengkawan aku nan beberapa belas tu...

ape jer lah gossip si Heri ngan King Kong tu??? Konfuse aku...

sebab King Kong tak reti dok setempat sudahnya dapatlah kerusi second kelas, takder sandar pas tu dok pun teleng dari tepi... sama lah macam aku...
(erghhh..tak suka gamba tepi... nampak second chin aku)


Cerita pasal makan kami sempat masak beberapa jenis jer... Nasi Kunyit Mira, Rendang Aneka Sari, Ayam Anak Mami dan Sayur Campur Baik Pulau. Wah...nama... ganas nya!! Gambar cantik2 ada kat blog Shah yer... aku nak cerita satu jer... Nasi Kunyit Mira... napelah name dia cam tu???

Nasi ni warnanya kuning macam Mira... masa aku masak terlampau menyibuk kat kaki maka dapat nama dia
Nasi Kunyit Mira


Sebenarnya ada kesilapan teknikal masa masak nasi kunyit tu. Nasi asalnya terlalulah masin ya amat... kesilapan besar terbubuh garam 2 kali. Punyalah menggelabah aku terus masak nasi putih sebagai pengganti sama banyak... 10 cawan.

Bila Shah bangun, dia bagi idea suruh campurkan dua2 nasi tu dah tu bubuh pewarna kuning telur... Tadaaa... sebijik macam nasi beriyani... cantik tak???? Tengkiu Shah... aku dah panik giler... nak nanges pun ada...

Ini ramuan nasi kunyit yer: Beras Basmathi, kunyit, bwg (besar, kecik, putih), ketumbar, jintan, bunga lawang. cengkih, kayu manis, pelaga, daun pandan, minyak sapi dan susu cair Ideal.

Segala bawang, kunyit di blender hancur dan tumis lepas tumis rempah yg lain dgn minyak sapi. Pas tu masukkan beras biar goreng kejap. Pas tu masukkan air secukupnya dan masukkan garam, susu cair dan daun pandan dah tu biarkan tanak.. dah siap... senang jer.

27 January 2008

5 BLOGGERS AND A THEATRE

Makyung Ending Tejeli dimainkan kat Istana Budaya mlm semalam ngan mlm nih. 5 bloggers termasuk aku gi tengok. Aku, Shah, Mak Merah, Sirman dan kita punya special guest Johan aka King Kong.

Shah dan Johan masa menunggu Mak Merah dan Sirman sampai... huuuuu takder sapa yg care nak amik gamba aku....!!!

Teater ini stat very de boring dan slow yg amat sampaikan ada yg decide nak kuar balik jer kalau ada break. Tapi kat tengah2 jadi seronok pulak dgn funny acting yg ala2 mak ayam dan riuh rendah ngan ketawa.

Mula aku nak kontrol macho ketawa lite2 jer tapi dah takleh tahan. Apalagi keluarlah suara beruang terbahak2 sekali ngan 200 lebih penonton. So...tunggulah jugak sampai abis... dan jadi seronok pulak...

tersnap mak merah yg sibuk betulkan rambut nya...
tapi tak block org blkg tak per!!


pemuzik dan penutup teater makyung... overall... menghiburkan, Shah suka, Johan suka, Mak Merah laki bini suka... kira oklah...!!!