28 January 2008

PERGINYA SEORANG PEJUANG


Semalam telah perginya seorang lagi pejuang iaitu dari Indonesia. Beliau lahir dari keturunan Raden dan telah memimpin Indonesia ketika perang kemerdekaan menentang Belanda. Menjadi Presiden ketika negara dlm keadaan huru hara dan digelar Sultan Terakhir Indonesia.

Ketika menjadi Presiden, beliau digeruni walau sering mengutumkan senyuman dan membawa ekonomi Indonesia ke mercu kegagahan dan Indonesia dihormati dlm banyak bidang.

Malangnya beliau disingkirkan dlm hina akibat perbuatan anak2nya. Sekiranya dalam tahun 1990, Suharto menolak perlantikan semula beliau sebagai Presiden, sudah pasti beliau akan terus disanjung sebagai Wira Indonesia sebelum sempat anak2nya merosakkan nama beliau.

Malangnya beliau lebih dikenali sebagai Bapa Korupsi menenggelamkan nama besar beliau sebagai Bapa Pembangunan Indonesia.

Aku sendiri menyanjung beliau sebagai manusia yg telah meletakkan demokrasi Indonesia betul pada caranya. Ikat sebahagian lepas sebahagian !!!

Al-fatihah...

No comments: