Sebenarnya aku dah lama tak ikut perkembangan muzik tanahair. Tapi sengaja nak makan2 ngan member baru dan lama kan... aku wat makan2 mengambil sempena Juara Lagu.
Kesian kat member2 aku naik menyampah sbb setiap kali keluar satu artis, aku mesti tanya... 'sapa tu??' so kenalah diorang jawab asal usul penyanyi tu dari akademi mana dari pertandingan mana dan sebagainya. Biasalah org tua... malas nak layan muzik2 ni.
(erghhh..tak suka gamba tepi... nampak second chin aku)
Cerita pasal makan kami sempat masak beberapa jenis jer... Nasi Kunyit Mira, Rendang Aneka Sari, Ayam Anak Mami dan Sayur Campur Baik Pulau. Wah...nama... ganas nya!! Gambar cantik2 ada kat blog Shah yer... aku nak cerita satu jer... Nasi Kunyit Mira... napelah name dia cam tu???
Nasi Kunyit Mira
Sebenarnya ada kesilapan teknikal masa masak nasi kunyit tu. Nasi asalnya terlalulah masin ya amat... kesilapan besar terbubuh garam 2 kali. Punyalah menggelabah aku terus masak nasi putih sebagai pengganti sama banyak... 10 cawan.
Bila Shah bangun, dia bagi idea suruh campurkan dua2 nasi tu dah tu bubuh pewarna kuning telur... Tadaaa... sebijik macam nasi beriyani... cantik tak???? Tengkiu Shah... aku dah panik giler... nak nanges pun ada...
Ini ramuan nasi kunyit yer: Beras Basmathi, kunyit, bwg (besar, kecik, putih), ketumbar, jintan, bunga lawang. cengkih, kayu manis, pelaga, daun pandan, minyak sapi dan susu cair Ideal.
Segala bawang, kunyit di blender hancur dan tumis lepas tumis rempah yg lain dgn minyak sapi. Pas tu masukkan beras biar goreng kejap. Pas tu masukkan air secukupnya dan masukkan garam, susu cair dan daun pandan dah tu biarkan tanak.. dah siap... senang jer.
No comments:
Post a Comment