01 September 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (KENOPI-PORING)



Salam Sayang Semua...

Kita sambung semula kisah tetamu Abg Bear, Kieran and the gang. Kalau terlupa lah hari tu kita stop kat sini

Episod Sebelumnya... (Kieran and the Gang - Kinabalu Park)

Selepas dari kami ke Kinabalu Park termasuk area pintu Timpohon tu, kami pun kira kira dah siap lah kat sana tu. Kami skip area Kundasang dan apa apa juga tarikan di area tersebut dan terus bergerak ke Poring HotSpring kat Ranau sana. Perjalanan jauh, panas dan melengas menyebabkan sebahagian besar dari kami tertidur diperjalanan. Abg Bear takleh tido sebab takut driver pun terlelap jadi berjegil mata lah sementara nak tunggu sampai.

Kawasan wajib bergambar bagi semua pengunjung
posing atas jembatan gantung memasukki kawasan Poring Hotspring... Abg Bear mana yek??

Sampai kat sini macam biasa sesiapa pun jugak yang datang sini baik first time atau banyak time, akan bergambar sakan kat pintu masuk dan dekat sungai dan dekat ngan jembatan gantung kat depan tu. Tu Sungai Mamut tu dah tercemar teruk tu disebabkan aktiviti perlombongan yang tak berhati perut kat hulu sungai. Dia tak fikir ker ada perkampungan kat situ yang masih gunakan air sungai sebagai sumber minuman.


Dan nasib kami memang baik sebab kali ni bunga paling besar di dunia iaitu Rafflesia (nama tempatan tak hingatlah) banyak berkembang, jadi habis aktiviti kat sini nanti kami akan ke tempat bunga tu lah. Di area ni memang banyak bunga ni mekar. Ini disebabkan akar kepada bunga ni dah menjalar meluas ke seluruh area ni dari depan tempat masuk tu sampai lah beberapa hektar luasnya akan ada bunga ni kembang dari semasa ke semasa.

Kemudian kami masuk dan tumpuan utama ialah Kenopi Walkway yang tingginya 30m dari aras laut (correct me if I am wrong). Dari atas suasana memang cantik dengan kehijauan pepohonan. Kalau dari tempat tinggi mana sekalipun baik atas kenopi ataupun dari atas angkasa nun, apa permandangan pun tetap cantik. Ni entah kali ke berapa Abg Bear naik ke sini. Disebabkan Ham ngan Heri dah pernah naik, diorang tak naik kali ni lah, diorang terus berendam air panas kat bawah.

Separuh jalan menuju ke atas kenopi
Sampai sudah tapi nak rehat kejap... ada gayat? takkkk.... dulu ada lah...
Okay kami ready untuk gerak lepas bayar itu ini, diingatkan yang kamera kena bayar yek walaupun kamera hp
kami terkagum tengok sebatang pokok kat belakang tu yang dah takder daun dah (maybe dah mati pun) tapi ada pokok lain memanjat sampai ke pucuk nya dan merimbunkan balik pokok tu... lain dari yang lain
Ini laluan kenopi ketiga yang paling panjang dan paling bergoyang dan paling melendut sekali... ada gayat? Adaaa.... sikit lah, kena jalan cepat cepat biar cepat sampai
Sesiapa pun yang datang akan kagum ngan kecantikan pokok ni dari bawah kecuali korang memang tak minat mende mende macam ni ... tapi pokok ni memang cantik
Sebatang sungai mengalir di bawah kenopi ni
Finally kami dapat turun ke bawah dengan selamatnya... tu suka lah tu dapat lepas tu.... kalau lah dulu masa Cik Ani (Mak Heri) datang, memang ler tak hingin aku nak naik... sanggup lagi aku meditasi kat dalam kolam kat bawah tu
Rimbunan pepohon yang tumbuh meliar di sekitar tempat ni

Selepas berposing dan menikmati suasana dari atas kenopi tu, kami pun turun ke bawah untuk berendam jugak. Mula asalnya kami nak pegi yang public saja tapi tempat public ni kalau nak penuh air rendaman tu punya lah lambat, makan tahun kata orang. Dah panas dan sejuk balik dah panas balik tetap tak penuh penuh kolam kecik tu. Jadi kami decide bayar sikit untuk ambil bilik dan kat sini air dia memang laju (saja jer diorang buat cenggitu biar kita bayar) dan sekejap je penuh. Tapi mintak maaf semua gambar gambar di dalam bilik telah 'gagal lulus sensor' disebabkan telah melebihi akta lemak kebangsaan yang dibenarkan dalam satu satu gambar dipublikasikan. 

Tak faham? Tak faham sudah!!

Hot Spring Area (I can read lah!!!)
Nilah kawasan berendam yang public tu... rasanya air dia panas lagi yang kat Selayang sana tu
Dr Shah membooking bilik untuk kami kami ni berendam... kat luar air tak laju...
Inilah dia rupa kolam kalau kat dalam, ada air panas ada air sejuk, pepandai koranglah nak adjust
Semakin petang semakin ramai yang datang ke sini... sekumpulan anak anak sekolahan (mungkin kolej) yang baru sampai
Habis kat sini kami pun lunch kat kedai depan pintu masuk sana. Tapi tu entry minggu depan yek sekali ngan gambar kami kat bunga rafflesia tu.

Salam Sayang Beruang Madu


2 comments:

wahida said...

eleh..saya dah sampai sini dah...hehehe...

Beruang Madu said...

Ni kalau Wahida datang lagi kita takkan pegi sini lagi tau