Pada hujung minggu ni Abg Bear dan Dr Shah menerima tetamu dari KL. Kawan baik kitorang iaitu Heri Otai. Heri bukanlah tetamu pertama kami dari KL sebab beberapa hari yang lepas kami jugak dikunjungi Safuan dan juga Neal. Terima kasih korang datang jenguk kami kat sini.
Dari hari jumaat sampai lah hari minggu ni kami buat plan jalan jalan ke situ ke sini. KK banyak tempat nak dilawati tapi kena betul betul plan sebab sini ada musim hujannya yang tak menentu. Kalau korang rasa nak mandi matahari tu, tengok tengoklah cuaca dulu yer... karang tak pepasal lencun satu badan kat tepi pantai.

Okay, hari minggu kami putuskan nak pegi tanah paling hujung utara sekali kat pulau borneo ni... di gelar orang Tip of Borneo... kat Kudat sana kira kira empat jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Ramai sekali orang yang dah pernah datang ke Sabah ni tapi belum pernah ke sana.
Okay, kami mulakan perjalanan awal pagi lagi, tapi disebabkan hari minggu ada keistimewaannya di Kota Kinabalu ni maka kami berberkunjung lah ke situ iaitu pasar minggu Gaya Street yang terkenal itu...
Seperti biasanya orang orang ke pasar begitulah kami juga.. ini first time Abg Bear ke sini walaupun dah kali ke 3 ke KK ni. Selain dari aksesori terkenal seperti manik, kristal dan mutiara dari Sabah ini sendiri, pasar yang panjang sekali ini turut menjual segala keperluan rumah tangga, dari sayur mayur kampung, binatang peliharaan seperti ikan, kucing dan anjing, lain dari itu ada juga di jual barangan antik, pakaian dan bermacam macam benda yang tak pernah Abg Bear lihat.
Perjalanan pergi ke Kudat mula asalnya sangat selesa. Dr Shah memandu dengan baik sekali dan perjalanan yang sepatutnya empat jam tu jadi tiga jam saja. Tapi sejam terakhir perjalanan tu memang agak sukar sebab jalannya banyak yang rosak. Sayang nya tempat ni popular tapi sukar sekali untuk ke sana. Kerajaan Sabah perlu melakukan sesuatu untuk ini. Berikut adalah gambar gambar kami di sana yer...
Gambar gambar di bawah menunjukkan apa yang kami order lah... tapi harganya tu dia lebih seratus. Mungkin ini pertama tapi tak tahulah mungkin terakhir atau tidak... agak mahal bagi kami.
Dan kami semua minum air gelas besar yang amat besar dan semuanya air buah... manalah tak mahal. Sedap ngkau... tak merasa kat sana tu.
Habis makan dan dah buang apa yang patut begitu begini, kami bertolak balik dan sudah penat betul.Terima kasih pada kedua-dua driver kami Dr Shah dan juga Ham Sabah yang terkenal tu. Kami tak dapat singgah mana mana untuk mengambil gambar permandangan yang indah indah di sepanjang perjalanan balik sebab hari dah makin gelap.
Ada permandangan gunung yang cantik sangat dengan sawah padi, ada permandangan menyeramkan matahari terbenam, ada permandangan kuda berlari bebas di kawasan kampung... semua terlepas, tapi takper kami akan datang lagi ke sini... kan kan kan... okay jumpa lagi...
Salam Sayang Beruang Madu