So pada pukul satu pagi kami bergerak pulang ke Kota Tinggi dengan sebahagian dari barang barang rumah yg nak di let go kan sebelum berangkat ke Sabah. Syukur banyak, perjalanan malam memang best. Selain dari cuaca yg dingin, jalan raya puun kosong yg amat kecuali disebilangan tempat yg banyak lori lori besar.
Sampai jam 6 pagi dan semua terkejut. Of course, jarang jarang kami balik mengejut cenggini, so matlamat untuk beri kejutan tercapai lah. Dan sampai sampai jer terus tido sampai tengah hari.
Oleh kerana tak banyak aktiviti kat kampung, sambil sambil menunggu lain lain keluarga balik, kami berdua curik curik keluar dgn niat nak mandi kat Waterfall Kota. Hahahahaha... cabut diam diam sebab anak sedara ramai nak mengikut, tak larat nak bawak semua. So kami pegi berdua jer lah.
gambar tak sensor Abg Bear... inilah gambar terkini setelah berbulan tak tunjuk muka kat layar perak... hehehehe!!!
Dapatlah Shah main main air sungai yg sejuk dingin tu, tercapailah keinginan dia nak ke situ. Petang baru balik, lepas makan siang, tido lagi.
gambar Abg Bear yg gagal lulus sensor kat layar perak... so dapat keluar kat sini jerr... yg geli nak muntah tu tolong jangan belek lama lama, maklum yg six pack bagai tu dah hilang dah...
Balik wat apa lah sebenarnya yer kalau asyik tido tido jer?? Nak jumpa family sampai kan berita kami nak pindah... so apa pandangan diaorang? Hmmmm 50-50 lah. Tak bagi pun dah besar panjang, so relakan jer mudah mudahan akan lebih berjaya di sana.
Malam tu gusi Abg Bear bengkak lagi dan sakitnya bukan kepalang. Habis ubat tahan sakit Abg Bear telan tapi tak jugak ilang sakitnya. Last last dah berjam jam sakit, adik perempuan Abg Bear bagi minyak urut yg boleh hilang sakit tu dan juga pil tido. Akhirnya tertido malam tu di dalam hujan malam yg lebat kemain. Syukur, panas siang berhujan malam, rezeki murah kata orang.
Kami bertolak balik esoknya dalam pukul 12 dan sampai KL jam 5 petang dalam jalanraya yg kosong lapang. Segalanya beri petanda mudah bagi kami nanti. Keputusan besar yg mendebarkan Abg Bear sangat sangat.
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment