Semalam hari sedih kami berdua. Kucing kucing kami yang dipelihara dengan manja dan garang tu terpaksa diberikan kepada orang lain disebabkan prosedur untuk mindah memindah merentasi pulau ni terlalu payah dan memakan masa yang lama sekali.
In case korang tak tahu, Abg Bear ada bela empat ekor kucing. Merry, Mira, Arisan dan yang terkini dan paling manja Pica. Seekor kucing parsi dan tiga lain kucing kampung. Mereka dan serasi dan sering bergurau senda bersama-sama tapi terpaksa berpisah dengan kami juga akhirnya.
Lama juga kami mencari tuan yang baru untuk diorang. Ramai yang di sms dan call terutama kawan2 rapat yang kami kenal suka pada kucing. Tapi dalam banyak banyak tu kami pilih seorang yang kami tak kenal tapi sesuai untuk jadi tuan yang baru pada diorang. Keluarga Kak Siti dari Rawang dipilih atas bantuan dari kawan kami Sahrul.
Kenapa yer kami pilih Kak Siti. Pertama, Kak Siti memang ada pengalaman memelihara kucing termasuk kucing Parsi yg kita kenal sangat cerewat cara membelanya. Kak Siti berpengalaman memlihara berbelas ekor kucing di rumahnya tapi banyak yang dah pergi mengikut kawan2 rumah jiran katanya. Kak Siti juga berpengalaman melatih kucing untuk membuang di dalam tandas dan bukan di pasir... wah ini sudah sangat bagus... Abg Bear respek dengar nih.
Dan Kak Siti suami isteri memang sedang mencari kucing untuk dipelihara jadi dia memang nak ambil semua keempat mereka berbanding yang lain yang hanya nak ambil Merry saja. Itu kami tak setuju.. diorang jangan dipisahkan.
So petang semalam kami pun hantarlah diorang ke Rawang yang jauh dan tenang serta tempat yang aman untuk diorang membesar lagi. Dengan tuan yang baru dan nama yang baru nanti, Abg Bear harap diorang akan lebih sempurna di jaga dan lebih bahagia. Hilang sedikit rasa sedih melihat keriangan anak anak Kak Siti menerima haiwan peliharaan baru. Mudah mudahan mereka akan dijaga dengan baik.
Suasana ceria di rumah Kak Siti menyambut kedatangan kami.. tapi diorang semua memang dalam ketakutan... biasalah kucing di tempat baru memang macam tu...
Jadi selamat tinggal untuk semua kucing kucing kami baik yang masih hidup atau yang dah mati... Angki, Pippin, Merry, Kris Dayanti, Mirawan, Arisan dan Pica... semoga kalian semakin bahagia.
Abg Bear mungkin takkan bela kucing lagi... tapi itu kehendak sekarang lah... siapa tahu di masa depan but for now... no more cats... tak nak rasa sedih sentiasa bila hal hal macam ni berlaku.
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment