Salam sayang semua....
Aduhai awal awalnya Abg Bear mintak hampun dan mahap bebanyak kepada sesiapa yg meninggalkan komen kat blog Abg Bear ni untuk entry yang lepas. Tangan terlalu pantas tetiba dari 11 komen tu terdelete 10 komen... salah klik lah katakan... aduhai sedihnya. Abg Bear mintak maaf bebanyak... dah tak ingat dah sapa yg tinggal komen. Di akui Abg Bear tengah letih ya amat... kenapa letih? Haaa sebab yang di bawah ni lah yer...
Jadi perlumbaan ni di adakan sejak semalam lagi iaitu Jumaat tapi baru hari ni dapat sempat pegi. Tujuan utama selain dari cuci cuci mata ialah untuk kembali menajamkan kebolehan kami mengambil gambar. Lama dah rasanya tak mengambil gambar yg bergerak gerak ni. Kami datang bertiga dengan En Aziz Perlis dan kat sana menunggu kawan Abg Bear si Jack dgn kawan dia. Siapa nama yer? tak sempat nak tanya. Tak ingat sebenarnya.
Kat sana kami dapat lihat pasukan dari merata tempat termasuk Singapura, Hong Kong, Jepun dan UK, yang lain nya dari pasukan tempatan. Tapi kerana sibuk amik gambar yg begitu banyak (maklum kamera digital kan free filem dia) kami tak sempat nak mengikuti sapa menang dan sapa kalah. Biasalah kan... lebih nak berpesta lagi.
Kalau ada sesiapa yg nak tengok pesta yg best ni.. sila lah ke Putrajaya esok... dapatlah merehatkan minda dan bergaul ngan masyarakat dunia...
Jadi kerana berpanas yang melampau kat sana (sib baik petang tu redup sikit) maka Abg Bear mulalah keletihan. Bila dua dua dah keletihan dan berjam jam kat panas matahari dah tu event pun dah nak abis, kami pun pulang lah nak hantar En Aziz ke hotelnya. Sebelum dari tu kami singgah kejap kat Restoran AJ yg semakin terkenal tu untuk bertemu Abg Besar tu sebelum berangkat ke KK. Rancak lah berbual itu ini dan kami pulang petang.
Jadi sekali lagi Abg Bear mohon maaf yg teramat lerr sebab terdelete komen komen korang tu. Jangan serik yer.. harap sudi nak komen lagi...
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment