Bertapakah susahnya menghadapi kerenah birokrasi kerajaan walaupun Dr Shah tu sendiri orang kerajaan. Untuk mendapatkan surat menyurat berpindah pun dah memakan masa dan tenaga serta kena lari sana sini baru lah selesai. Itu belum masuk lagi hal hal memindahkan barang barang kat rumah kami tu. Setelah bertaring bertanduk bercekak pinggang, barulah urusan tu jalan. Itu pun dah makan dua tiga minggu. Sampai bila lah tahap ke'efficien' nan orang2 di jabatan ni akan meningkat.
Bila hal surat menyurat dah selesai barulah urusan memindahkan barang2 dimulakan. Pada masa ni Dr Shah sudah sepatutnya melapor diri di hospital Queen Elizabeth KK tu tapi ditunda... alasannya.. biasalah pindah pindah ni.. memang makan masa... grrrrrr... kalau lah Abg Bear yang uruskan, tak sampai dua hari dah selesai tau. Efficient tak Abg Bear?? Jangan korang tak tahu... hehehehehe.
Satu syarikat nama Subalipack kami pilih untuk urusan pindah memindah ni. Memula ingatkan boleh lah sempat sehari mengemas, tapi bagaikan bungkus barang dari istana kan... dengan penuh hati hati dan banyaknya barang barang tu, dari sehari jadi dua hari acara membungkus. Tu pun separuh dah bagi sanak sedara, separuh dah buang dan separuh lagi ada kat rumah Tijah Murai, termasuklah pokok keladi gajah kesayangan Abg Bear tu... jangan mampus sudah Tijah oiii...
Dah gitu sebahagian dari barang2 siap kami tolong kemas kan lagi... kalau tak makan tiga empat hari lah jawabnya. Tiket flight kami dah beli nih... tergocoh gocohlah kami nak siapkan rumah tu biar bersih biar kemas untuk orang sewa. Pun gitu tak sempat jugak... tapi kemas untuk pindah dah siap lah... total 107 kotak pelbagai saiz... hambek ko... Perdana Menteri pindah pun tak sebanyak tu, apa jer lah kan... tapi ini pengajaran, jangan beli banyak2 barang tak perlu, kalau nak beli jugak silalah beli mana mana bangunan wat stor yer...
Bila dah selesai dalam kelam kabut tu, kami dihantar oleh kawan Dr Shah, KA ke Sentral dengan diiringi oleh kawan kami yang selalu jaga kucing kami tu.. Sham. Maka berangkatlah kami dengan dua beg besar seberat 25 kg setiap satu, dua beg kamera dan dua beg hand luggage. Pindah memang pindah kali ni... hahhhhh penatnya pindah randah.
Malam tu kami tido di Tune Hotel yang kononnya amat murah tapi ya rabbi kecilnya sangat sempit yang melampau. Sampai kan besarnya katil queen tu korang boleh tambah sekaki jer lagi, gitulah besarnya bilik tu. Kalau lah gini besarnya jangan kan kami yang badan sangat cantik nih, yang besar besar si Erin tu pun susah nak gerak.
Kesian pulak kalau difikirkan anak anak kapal Air Asia yang terpaksa menetap di bilik yang lebih kecik dari bilik sewa paling murah kat KL tu. Yes, katil memang sedap dan shower dia tetap the best... adalah lebih dan kurang tu kan... tapi memang siksa bilamana kami terpaksa sumbat dua beg besar dan empat beg kecil termasuk perut kami yang masing masing pun macam beg besarnya tu... hadoiiiii!!!! sabar sabar... tak lama dah kat KL nih.
Pagi jam 9 kami check in dan yang datang mengiringi kami pegi ialah si Jack, kawan Abg Bear yang dah berpuluh tahun tu. Dia datang sekali dengan bantahan pemergian Abg Bear dan sedikit restu... takper lah Jack.. ko doakanlah aku berjaya dan dalam jam 11.10 tu kami berangkat meninggalkan bumi Asia-Eropah untuk ke bumi Borneo.
Ramai yang tanya, apa perasaan Abg Bear? Tak sedih ker nak meninggalkan kawan kawan dan keluarga di KL?
Entah lah... sedih memang tak banyak, lebih kepada berdebar mengingatkan hari esok yang bakal menunggu Abg Bear. Bagi Abg Bear, Sabah tu tak jauh... prinsip Abg Bear ialah... kita adalah warga dunia, hanya lautan memisahkan, kita masih ada udara yang menyatukan. Abg Bear tetap akan sering balik balik ke Semenanjung... hati dah jiwa masih banyak di sana.
Salah seorang awek paramugari yang cantik... Abg Bear suka muka dia yang cantik tak lekang senyum tu... wahhh!!!
Kami sampai dua setengah jam kemudian dan seperti orang yang dah biasa, kami uruskan kedatangan kami sendiri tanpa kawan tanpa keluarga. Kami terus tinggal di Hotel Promenade dalam dua tiga hari ni sementara mencari rumah baru. Hotel ini kami pilih sebab agak murah, rupanya sedang di renovasi tapi taklah pulak mengganggu masa rehat kami. Sampai jer terus kemas sikit sikit dan sambung tido. Entah kenapa semasa kami di Tune Hotel, kami telah terjaga masa jam 5 pagi dan kami rasa seolah olah sudah jam 7... aneh sekali dan terus tak boleh tidur lagi walhal kami tidur lewat jam 1 malam tu.
Walau kami baru sampai tapi hakikatnya kami sudah diundang oleh Aznil (Neal) kawan kami yang bekas pengurus artis tu kerana di KK ketika ini ada Jazz festival dan Neal terlibat sebagai penyanyi dalam konsert tu. Wahhhh first time dengar suara Neal yang bass bass tu.
Oh ye.. petang tu bangun tido kami terus keluar ke Mall di sebelah hotel kami tinggal. Niat kami tanaklah membeli macam macam kat sini mengingatkan 107 kotak yang bakal datang. Tapi kami tewas... ya ampun... baju di sini sangat cantik dan murah murah lagi. Jadi dengan rendah hati kami membeli jugak... aduhhhh gue tewas... gue tewas!!!
Oleh kerana dah berhari hari mengemas dan berjalan tak henti henti, kami pun teringinlah untuk buat releksologi.. urut kaki yang banyak betul kat Bukit Bintang sana... murah pun murah kat BB tu. Kat sini kami pun buat urut kaki. Dah berminggu kami tangguhkan sebab sibuk pasal pindah... kat sini baru dapat buat dan memang best orang Sabah mengurut kaki, sampai terlena Abg Bear dek sedapnya urut kaki tu... wahhh... thanks Maria... nanti Abg Bear datang lagi yer... ko urutlah dua tiga jam... penting lagi lepas tu tolong baca blog Abg Bear... banyak puji2an utk Maria.
Petang tu kami lihat di langit ada pelangi... kata orang ini petanda baik, entahlah... pelangi memang bukan pemberi kebahagiaan tapi dia bagaikan memberitahu bahawa kehadirannya memberi petanda sahaja.
Malam tu kami ke Jazz Festival di Sutera Harbour kat KK nih. Meriah dan menghiburkan... Abg Bear tak reti nak ulas lanjut, muzik bukan bidang Abg Bear tapi syok lah malam tu. Lepas konsert Neal, kami jumpa berborak ala kadar dan berjanji jumpa lagi malam esok dan pulang.
dan ini gambar Neal di muka depan Borneo Post... sayangnya muka dia tersorok di balik microphone stand...
Oleh kerana tak ada kereta, kami pulang ke hotel berjalan kaki dari Sutera Harbour sejauh barang kali 3 km gitu dgn dimandikan cahaya lampu jalan. Seronok tapi penat, kalau lah begini selalu, tak ker kurus kami berdua. Hehehe... tapi disebabkan makan dan senaman tu sangat seimbang, takder lah sebarang pengurangan yang boleh diharapkan... hahahahaha... nantilah Abg Bearberazam nak cantikkan badan sementara kat sini...
Hari Sabtu keesokkan harinya, kami bangun dari tidur dan dari kamar hotel kami berbalam balam kami lihat puncak Gunung Kinabalu yang biasanya boleh di lihat di watu pagi. Ahhhh indahnya, alangkah bagus nya memulakan hari baru dengan sesuatu yang hebat.
Hari ni kami akan keluar untuk mencari rumah... well... adakah jiwa KL masih kuat dalam hati kami atau sudah boleh beransur ansur menerima gaya kehidupan masyarakat Sabah yang tradisi... kita lihat nanti...daaaa!!!!
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment