29 June 2009

TIP OF BORNEO

Salam sayang semua...

Pada hujung minggu ni Abg Bear dan Dr Shah menerima tetamu dari KL. Kawan baik kitorang iaitu Heri Otai. Heri bukanlah tetamu pertama kami dari KL sebab beberapa hari yang lepas kami jugak dikunjungi Safuan dan juga Neal. Terima kasih korang datang jenguk kami kat sini.

Dari hari jumaat sampai lah hari minggu ni kami buat plan jalan jalan ke situ ke sini. KK banyak tempat nak dilawati tapi kena betul betul plan sebab sini ada musim hujannya yang tak menentu. Kalau korang rasa nak mandi matahari tu, tengok tengoklah cuaca dulu yer... karang tak pepasal lencun satu badan kat tepi pantai.

Inilah dia permandangan dari udara, Tip of Borneo, tapikan rasanya ini gambar lamalah.. tempat tu dah makin cantik dari gambar di atas... ni Abg Bear amik kat internet jer...

Okay, hari minggu kami putuskan nak pegi tanah paling hujung utara sekali kat pulau borneo ni... di gelar orang Tip of Borneo... kat Kudat sana kira kira empat jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Ramai sekali orang yang dah pernah datang ke Sabah ni tapi belum pernah ke sana.

Okay, kami mulakan perjalanan awal pagi lagi, tapi disebabkan hari minggu ada keistimewaannya di Kota Kinabalu ni maka kami berberkunjung lah ke situ iaitu pasar minggu Gaya Street yang terkenal itu...

Seperti biasanya orang orang ke pasar begitulah kami juga.. ini first time Abg Bear ke sini walaupun dah kali ke 3 ke KK ni. Selain dari aksesori terkenal seperti manik, kristal dan mutiara dari Sabah ini sendiri, pasar yang panjang sekali ini turut menjual segala keperluan rumah tangga, dari sayur mayur kampung, binatang peliharaan seperti ikan, kucing dan anjing, lain dari itu ada juga di jual barangan antik, pakaian dan bermacam macam benda yang tak pernah Abg Bear lihat.

Sayang nya kami tak boleh berlama lama kat sini sebab perjalanan ke Tip of Borneo tu memakan masa yang panjang. Kami pun beredar dan minggu depan akan datang lagi. Janji...

Perjalanan pergi ke Kudat mula asalnya sangat selesa. Dr Shah memandu dengan baik sekali dan perjalanan yang sepatutnya empat jam tu jadi tiga jam saja. Tapi sejam terakhir perjalanan tu memang agak sukar sebab jalannya banyak yang rosak. Sayang nya tempat ni popular tapi sukar sekali untuk ke sana. Kerajaan Sabah perlu melakukan sesuatu untuk ini. Berikut adalah gambar gambar kami di sana yer...

Errrrr... promote muka Abg Bear dulu yer... takut korang lupa pulak cemana muka Abg Bear.. hehehehehe...

Pas tu baru promote muka diorang pulak... wah gituuu!!!

Ini lah cerita pasal tempat ni dulu... hmmm ada mende yang Abg Bear tak setuju sangat tapi dah orang tulis cenggitu... telan jer lah...

Keindahan pantai di sekitar Tip of Borneo... tak ramai orang sebab susah nak sampai tapi cantiknya pantai dia... tengah hari terik tak tergamak kami nak mandi... karang jadi dugong panggang semuanya...

Jalan menuju ke monumen yang dibina di sini...

Inilah ropanya monumen tu... ada sebatang tiang bendera kat situ... dan ada globe menandakan inilah titik paling utara sekali kat Pulau Borneo nih...

Batu yang di belakang Dr Shah itu ialah titik paling utara, bagaimanapun titik ini tidak dikira disebabkan ianya timbul tenggelam mengikut pasang surut air laut

Pengunjung lain ke sini... dan di bawah ni gambar gambar kami pose pose cantik kat sini yer...

Kami habis bergitu begini kat Tip of Borneo dalam jam 3 petang. Perut kami sudah lapar benar. Kami pun bergegas menuju ke Kudat mencari cari tempat makan. Alhamdullilah ada tempat makan betul betul dekat dengan tempat berhimpunnya banyak sekali bot bot nelayan.

Di atas ialah permandangan sekitar tempat kami makan... cantiknya laut tu dengan angin sepoi sepoi bahasa, menambah lazatnya makanan kat sini...

Walaupun mereka sangat lapar tetapi mereka berjaya juga mengontrol ke'macho'an mereka di depan lens... kami lapar kami lapar!!! Gerrrrrrrr!!!!

Jadi makanan biarlah di order oleh orang tempatan yang dapat menjamin kesedapannya... kalau tak sedap pun kami makan jugak.. hehehe kami dah kebulur...

Gambar gambar di bawah menunjukkan apa yang kami order lah... tapi harganya tu dia lebih seratus. Mungkin ini pertama tapi tak tahulah mungkin terakhir atau tidak... agak mahal bagi kami.

Udang mentega yang sedap walaupun tak sesedap di Riverview Kuala Selangor sana...

Ikan putih masam manis yang sedap sangat...

Sayur campur yang sedap.... satu lagi kalilan tak sempat amik, Abg Bear dah sapu dulu...

Udang Stim yang sangat kuat rasa halia dia... tapi sedap.. kata Heri tak sedap... tapi Abg Bear tak setuju tapi diam jer, karang kena laser...

Dan kami semua minum air gelas besar yang amat besar dan semuanya air buah... manalah tak mahal. Sedap ngkau... tak merasa kat sana tu.

Habis makan dan dah buang apa yang patut begitu begini, kami bertolak balik dan sudah penat betul.Terima kasih pada kedua-dua driver kami Dr Shah dan juga Ham Sabah yang terkenal tu. Kami tak dapat singgah mana mana untuk mengambil gambar permandangan yang indah indah di sepanjang perjalanan balik sebab hari dah makin gelap.

Ada permandangan gunung yang cantik sangat dengan sawah padi, ada permandangan menyeramkan matahari terbenam, ada permandangan kuda berlari bebas di kawasan kampung... semua terlepas, tapi takper kami akan datang lagi ke sini... kan kan kan... okay jumpa lagi...

Salam Sayang Beruang Madu

No comments: