30 November 2007

MCDONALDS ANYONE? DENTIST ANYONE?

Friday - still a housewife...just rilex in the morning, call kengkawan for future programme and call montel karung for extra tickets to Whitney Houston concert. I takleh pegi, family gathering kat Jerantut. Shah macam biasa - satu bas dia bawak kengkawan...inilah namanya kawan... kali ni extra, Montel Karung join kami... hahahhaaaa!

After pick up tickets around 3.30 pm, seterusnya ker Dental for Shah punya gigi, lama dah sakit, dah baik baru pegi...bagus!!! tapi sebelum tu singgah sebentar ke McDonalds sebelah tu jer... makan ringan untuk tunggu doktor sampai kul 6 ptg.

nugget resipi baru...manyak pedass wooo!!

McDonalds anyone?? Nakkkk!!!

pose beruang menanti doktor

pose rimau menunggu doktor

Janganlah kena operate..minor minor pun RM500 jugak, bengkok aku!!! simpan jer lah pain killer!!

Dental Clinik anyone??? Tanakkkkkkk!!!

Waaa....ada ulat lagi lah..tadi apa makan...aiyaaaa....ada nugget tak habis lagi, cheh...!!!!

Actually Dental ni bagus dan mahal tapi treatment dia memang menyenangkan. Pun gitu aku ingat nak guna yg dicadangkan oleh Kak Red, lebih murah, lebih panjang waktu operasi. Thanks diknon!!

Daaa...


KESIAN KAWANKU

Bang,

Kalau aku atau sesiapa cadangkan dalam sini, makanan di sesuatu tempat tu jadi kenalah mencuba makanan yang kami cadangkan yer. Mintak maaflah untuk mereka-mereka yg dah pegi ke Bora Ombak tapi tak suka dengan makanannya. Tapi korang tetap suka ngan tempatnya kan?? hehehhehehee...

huraghhhhhh..agi hidup agi melantak!!! makan! makan! makan!

Ini disebabkan korang makan bukan yg kami cadangkan. Itu konsep Bali, jadi makanan yg paling diaorang handal tentulah makanan Indon. Kalau korang makan steak, yg terbaik tentulah ada kat USA sana. Kalau korang makan tom yam yg terbaik tentulah kat Siam sana dan kalau korang makan nasi lemak, pada aku yg paling sedap tu ada kat Genting ngan kat pesawat Air Asia. Jadi jangan lah marah pakcik yer nak!!!


ni kawan aku Beruang Polar, dah biasa makan ikan...ari ni nak makan snek plak!!

Dan.... yg pakcik makan ngan Tijah malam tu kat CitiGarden tu memang dah masyhur kat KL nih...sodap tau...!!! tapi kalau tak sesuai ngan selera memasing apa nak kata. Kitaorang enjoy sesangat makanan tu...

jangan marah!!


29 November 2007

CERITA SEPARUH LUCU 3

Seorang lelaki sedang duduk di bangku taman dan disebelahnya ada seorang lagi lelaki sedang duduk disamping seekor anjing. Dia bertanya pada lelaki kedua tu

Lelaki pertama: Anjing awak garang tak??

Lelaki kedua: Tak!

Bila lelaki pertama nak mengusap kepala anjing tu tetiba anjing tu menyalak nak mengigit tangannya. Terkejut dia:

Lelaki pertama: Awak kata anjing awak tak garang!!??

Lelaki kedua: Memanglah...itu bukan anjing saya..!!!

Sengal sangatkan??

28 November 2007

KISAH DUA RASUL

KISAH 1 (ASAL USUL GARAM)

Ini kisah panjang sikit, harap tak bosan baca. Lama dulu air laut sebenarnya tawar dan dianya tak bergelora, tenang seperti cermin. Bila Qabil bunuh Habil barulah lautan ni bergelora tapi tetap tawar. Itu di zaman Nabi Adam.

Pada suatu masa Nabi Allah Ibrahim baru nak memulakan makan (tak ingat tengah hari ker malam) tapi baru nak makanlah. Tetiba datang sorang pengemis memohon belas makanan Nabi Ibrahim. Oleh kerana pengemis tu bukan Islam maka berkata Nabi Ibrahim

"Kalau kamu mahu makanan ini, kamu harus masuk Islam dulu".

Pengemis itu menolak dan berlalu. Oleh Allah, tindakan Nabi Ibrahim tu ditegur...bahawa selama 80 tahun pengemis itu hidup Allah tetap memberikannya rezeki, udara dan sebagainya walaupun dia kafir.

Terkejut dgn teguran Allah, Nabi Ibrahim meninggalkan makanannya dan mencari pengemis tu dan memintanya makan bersama. Kerana terharu pengemis itu akhirnya memeluk islam.

Semenjak hari tu, Nabi Ibrahim akan makan sekirannya ada tamu sahaja dan tidak lagi sendirian. Dan telah meminta dari Allah untuk dia dapat menjamu manusia seluruh dunia selama-lamanya. Maka Allah perintahkan Malaikat Jibrail mengambil air dari syurga dan dari puncak gunung ditiupkan air tersebut.

Lalu di mana tempat air tersebut jatuh akan terdapat garam dan pada setiap makanan akan ada garam untuk rasanya. Jadi sampai akhirat manusia akan dijamu Nabi Ibrahim a.s (wallahualam)

KISAH 2 (MAKANAN YG DIKUNYAH)

Selepas Rasullulah wafat, Abu Bakar telah bertanya pada Siti Fatimah anak Rasullulah, apakah lagi amalan Rasullulah yg tidak dilakukan oleh Abu Bakar. Jawab Siti Fatimah, ada seorang tua yang buta tinggal di bukit-bukit di Madinah. Setiap hari selama bertahun-tahun Rasullulah akan membawakan makanan kepada orang tua tersebut.

Lalu Abu Bakar bertemu org tua tersebut lalu menyuapkan makanan.

Ditegur oleh org tua tersebut, "Siapa kamu? Kamu bukan orang yang selalu datang"

Abu Bakar hairan bagaimana org tua tu tahu.

"Orang sebelum kamu selalu mengunyah dahulu makanan sebelum disuapkan ke mulut aku" kata org tua tu.

Sambungnya lagi "tak mengapalah! tapi aku nak mengingatkan pada ko, berhati-hatilah dengan org yang namanya Muhammad, dia itu penipu besar, mengaku dirinya Nabi ....bla bla bla bla..."

(gitulah lebih kurang caci maki org tua tersebut)

"Orang yg dulu tu aku ingatkan dia setiap hari, jadi sekarang aku ingatkan ko pulak" kata orang tua tu.

Terkejut Abu Bakar, lalu dijawabnya "Bapak tahu tak siapa orang yg dahulu tu? Itulah Muhammad, Rasullulah, manusia yg Bapak caci maki setiap hari!"

Orang tua tu terdiam dan menangis...lalu memeluk agama Islam memohon ampun ketelanjurannya.


Moral of the story - Kalau kita nak menghulurkan bantuan pada seseorang tu, janganlah menunggu orang tu menjadi baik dahulu barulah kita nak bantu. Mungkin disebabkan bantuan kita itulah Allah turunkan hidayah pada org tersebut.

Ingat! manusia menjadi baik disebabkan hidayah Allah dan bukan disebabkan keinginan manusia itu sendiri. Kalau manusia tu ingin berubah tapi tidak sampai hidayah Allah tetap tak boleh berubah. Dan kebaikkan kita mungkin tak terlihat kesannya masa kita hidup. Yang penting orang tu kita tolong dan berdoa utk org tu berubah walau bila dan di mana sekali pun.

Sekadar nasihat....

[jgn pulak korang tanya dapat dari kitab mana?? sahih ke tak sahih? apa nama gunung ker sebagainya...aku pun dengar org alim bercerita, tak sempat nak simpan semuanya dalam otak]

27 November 2007

BELAKANG SATU PINTU ADA 1000 PINTU

Lama dulu sebelum aku kenal blog, salah satu prinsip hidup aku adalah yg di atas.
Maknanya kalau kita kenal seorang maka kita akan kenal 1000 orang. Keluarga dia ker, kawan-kawan dia ker, sedara mara dia ker & lepas kita kenal mereka mereka ni, kita akan kenal kawan-kawan mereka juga...dan begitulah seterusnya. Ini falsafah cina, aku pakai jer .

Makan malam semalam dgn Tijah, Su dan Shak(kawan Tijah), Shah dan paling penting Erin. Tujuan aku utk Erin kenal mengenal ramai kawan terutama melalui Tijah, biar dia biasa dgn kehidupan KL ni dan ya ampun mohon dia tak rosak, kalau tak akulah kena bambu nanti kat kampung.


Kat Hajris tempat Kak Red, makan biasa jer... (ni untung bawak org diet nih) tapi kami berkenalan. Berita baik...Erin dah boleh memandu..hmmmm satu kemajuan.

Pagi sarapan di Putrajaya.... hahahahaha Kucing Parsi....aku dapat jugak makan sambal tempe pagi nih...


Sebelah siang aku terima berita Erin dapat masuk UiTM, tak sedap hati, aku call dan jumpa malam tu. Kami jumpa di Kampung Baru dgn Tijah sekali, makan nasi lemak. Seperti biasa, ini gambarnya. Sebelah Kelab Selangor (kalau tak salahlah) tempat ni memang best, aku suka sambal dia, dan lauk pauk dia...aduh... satu kaedah baik untuk weight gain!!! Ko terlalu kurus lah Erin... nanti Pak Itam bagi makan sampai berisi macam Tijah Murai tuh...

nasi lemak, sambal, lauk pauk..bestnyaaa!!!
ada jugak otak-otak!!!
tapi kami makan ni jer...simple for weight gain!!!

Oh ya... Erin tak jadi masuk UiTM sebab jauh kat Seri Iskandar, Perak.

Lagi satu sebab, aku nak Erin rasa memegang duit dan part time belajar sambil kerja. Kat KL ni, itu keadah biasa... ramai orang buat dan berjaya...

BUAH APAKAH INI??

Buah apakah ini yang diemail oleh seorang kawan. Buah atau sayur ni tumbuh di depan rumahnya tapi tak tahu nama apa, kononnya boleh dimakan sebab sudah dimakan binatang. Buah apa nih??

26 November 2007

CERITA SEPARUH LUCU 2

CERITA 1 (dari mulut nuklear Tijah Murai)

Sepasang suami isteri telah mendirikan rumahtangga selama 50 tahun dan mendapat 8 orang anak dan berbelas-belas cucu dan cicit. Pada masa sambutan ulangtahun ke 50 perkahwinan mereka, satu sambutan besar besaran diadakan oleh anak cucu mereka. Jubli Emas gitu! Sedang berehat si suami telah berbual-bual dengan isterinya:

Suami: Ayang, kita ni dah 50 tahun kahwin kan??

Isteri: Ya, lama sekali kan Bang, tak sangka!

Suami: Oleh kerana kita dah bersama sekian lama, Abg ingin nak tanya sesuatulah Ayang, kenapa dalam ramai-ramai anak kita tu, yang nombor empat tu lain muka dia, sikit pun tak sama dengan yang lain.

Isteri: Laaaa... oh ya Bang, oleh kerana dah 50 tahun kita bersama, eloklah Ayang beritahu hal yang sebenarnya. Anak kita yang nombor empat lain mukanya sebab dia anak Abang....!!!

Suami: (Diam terkedu......)

Boleh.....????


CERITA 2 (dari internet)

Di satu perkampungan di Afrika, seorang suami berlari-lari mendapatkan seorang Paderi dengan membawa anaknya yang baru lahir. Ketika itu Paderi sedang menghadapi orang ramai di gerejanya.

Bapa: (dgn marah) Tuan Paderi tolong jelaskan kepada saya macam mana anak saya ni boleh berkulit putih sedangkan kami suami isteri berkulit hitam. Di dalam daerah ini hanya Paderi seorang saja yang berkulit putih.

Paderi: (dgn berhati-hati) Saudara jangan cepat marah. Kejadian ini berlaku atas kehendak Tuhan. Cuba lihat kejadian di sekeliling kita. Setiap perkara, ada yang terkecuali. Lihat pokok tu yang semua daunnya kuning tapi ada setangkai yang merah. Dan lihatlah kambing biri-biri tu yang semuanya berbulu putih tetapi ada seekor yang berbulu hitam. Itukan kehendak Tuhan, jadi jangan cepat marah.

Bapa: (sambil menarik tangan Paderi menjauhi orangramai) Beginilah Paderi... untuk nama baik Paderi, saya akan tutup mulut berkenaan anak saya ni dan Paderi tolong tutup mulut berkenaan biri-biri tu untuk nama baik saya... setuju???

Paderi: (melopong mulut)

Abis....


CUTI CUTI DAH SELESAI

Dah cuti?? Dah!

Dah pegi orang kahwin?? Dah!

Dah makan besar besar?? Dah!

Ok..kalau semua dah... pegi wat kerja... kemas rumah lah... apa lagi!!

Bapak: tolong clearkan kuih raya ni yer... tijah dah booked..tak masuk angin lagi!!!

Bibik: baik pak!!


Bapak: ni kolam ikan nih!!! dah berkeladak dah, bila nak cuci!!!??

Bibik: hari ni juga pak!!


Bapak: ya rabbi Bibik???? bila nak lipat kain kain ni haaaa!!!???

Bibik: Sebentar lagi pak!!


Bapak: dapur tunggang langgang... bersihkan cepat!!

Bibik: segera juga dikerjakan Pak!!


Bapak: Siapa tido sini semalam Bibik?

Bibik: Anu...si Mira sama Merry Pak...

Bapak: Kenapa bagi masuk??

Bibik: Anu...anu anu....!!!!

Bapak: Anu anu!..udah dikemaskan aja!!

Bibik: Enggeh Pak!!


Bapak: Ini seluar siapa?? Kenapa di sini

Bibik: Eh..nggak tau Pak..

Bapak: Apaan aja yg kamu tau Bik??? Seharian ditinggal kamu buat apa aja??

Bibik: Facial pak.... mandi lulur, masker, pijat....

Bapak: Kenapa??

Bibik: Saya mahu berhenti kerja, mau pulang Indon, mau nikah sekali lagi..Pak!!

Bapak: (dlm hati - Mampos! aku lah nampaknya yang kena kemas semua)


Huarghhh.... naik minyak jugak beruang ni... terpaksalah aku kemas semua lepas balik gym nanti.

Sementara tu...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



25 November 2007

WEEKEND JOURNEYS

JOURNEY 1 (RAUB)

2 hari tak update blog sbb ke Raub hadiri persandingan sebelah lelaki adik Shah. Tak nak cerita banyak pasal persandingan tu, kalau nak tengok gambanya tengok di blog Shah.

macam duda anak lima - batik jogja

baju baru Shah special untuk majlis nih...

Siang sabtu lepas berkemas lebih kurang dan amik parent Shah, kami terus ke Raub. Kalau ikut peta, Raub ni punyalah jauh, tapi jauh lagi Lipis and Jerantut. Tapi disebabkan jalan tak jem, rasa dekatlah. Jalan kat dalam Bentong pun boleh lancar jer. Kejap dah sampai tapi ko tak tahu penatnya driver..hehehheee...

Mummy dari udara.. hehhheee UDARA!!!bandar Raub dari tingkat atas Rumah Rehat

First time aku sampai Raub, tenang bandarnya. Lepas peluk cium bagai ngan family, aku explore sikit rumah rehat yg kami singgah. Dibina dalam tahun 1903...uih uih uih dah lebih 100 tahun tapi kukuhnya, baguih betullah binaan British ni. Tapi frust kamera aku abis bateri, dah tu lupa plak nak bawak bateri back up, tak bawak jugak charger... apa boleh buat...silap sendiri!!

Rumah Rehat tinggalan British, kuat dan kukuhbeberapa keping gambar purba di dinding lobialmari berisi barangan antik

inilah dua gambar terakhir sebelum bateri aku kong terus... ya ampun... lain kali beringat sangat!!

Gambar...setakat adalah... yang lain guna gamba dari kamera Shah.

JOURNEY 2 (KUANTAN & TERENGGANU)

Selesai majlis dah bersalam nak beredar tetiba Mummy mintak kami stayback. Alamak...dan yg lebih sedey, Mummy tanya ngan aku pulak tu bukan ngan Shah, walau dah pakat pakat terpaksalah terus terang ngan Mummy nak ke Kuantan, sori Mummy... jangan serik ajak kami lagi.

Satu yang kurang ttg Kuantan ialah sign board arah selepas masuk tol memang menyusah lagi mengelirukan. Kalau dah biasa lain cerita tapi kalau pertama kali, kita akan di bawa berputar-putar keluar masuk keluar masuk berjam-jam lamanya barulah nampak muka Kuantan tu. Kat sini jer kami dah bengang. Sumpah menyumpah silih berganti. Nasib beruang ni tak naik minyak.

Tanpa wat apa-apa booking hotel dan plan pun main terjah jer, kami cuba cuba call sana sini sana sini dan akhirnya dapat kat De Rhu Beach Resort. Mula rasa konfiden akan dpt bilik tapi dah dekat aku tak sedap hati, ada yg tak kena. Ini hotel sudah banyak buat silap;

Kesalahan pertama:

Asalnya mereka kata bilik banyak kosong tak payah booking tapi bila kami sampai ...

Receptionist: Sori encik bilik full, ramai yang walk in.

Aku: Tadi saya nak buat booking u tak bagi. U suruh walk in saja.

Receptionist: Tapi bilik memang dah penuh Encik, yg tinggal delux saja.
(time ni aku tengok Shah dah keluar taring!!)

Shah: MACAM MANA U BOLEH BUAT MACAM NI KAT CLIENT U??? TADI TAK PAYAH BOOKING, SEKARANG LAIN. I DATANG DARI JAUH TAU TAK DARI KL. (dgn suara tinggi dan muka garang)

tetiba kemudian

Receptionist: Okaylah Encik kami bagi bilik ni (Eh!! Ada pulak bilik)

Ini kesalahan kedua, menipu customer!!

Dan bilik yg kami dapat memang azab dgn harga standart hujung minggu. Tak ada perhiasan dinding, takada view walau sehelai rumput pun tapi menghadap ke dalam restoran mereka.. takleh bogel lah macam ni!!

Kami berehat melepas penat, masa tu pun dah nak maghrib. Keluar sebentar untuk bergambar..biasalah..gambar pantai..ada kat blog Shah. Selepas mencelup badan dlm kolam renang (yg kononnya lago0n terbesar tu) ala kadar, kami terdengar 2 suara. Satu dari masjid, satu lagi dari bilik karaoke. Punyalah kuat berlawan-lawan. Lagu melayu tu, penyanyi pun melayu, ini hotel Melayu, pemiliknya pun LKPP Pahang tapi tak hormat langsung ngan waktu maghrib.

Dan Shah komplen air kolam tu kotor, berkeladak dan rasa kelat masam walaupun biru. Baliklah ke bilik malam tu siap siap nak ke Kuantan. Pada kami tu kira kesalahan tiga dan empat.

Nasib baiklah Kuantan bandar yg memang cantik. Tebing sungainya bermandikan cahaya dan ramai orang melepak di sana sambil makan makan. Shopping kompleks nya meriah sekali. Jalan jalan dlm Kuantan tak mengelirukan dan senang diikut. Kami ke bebrapa tempat malam tu, Giant Kuantan, Tebing Sungai, Masjid, Tanjung Lumpur dan Teluk Cempedak. Teluk Cempedak meriah sekali di waktu malam hujung minggu. Ramai sekali ngan bermacam-macam aktiviti, lebih lebih lagi dgn adanya McDonalds 24 jam kat sana.

Tebing sungai di Kuantan, meriah dgn pengunjung waktu malam

Teluk Cempedak, memang happening hujung minggu!!

Makan di Tanjung Lumpur memang best... makan lagi!!! Siang makan besar, malam makan besar...jadi jangan cakap besar nak slim!!!! Uuuuuu...janganlah, pas ni mesti diet gegila punya.

ikan bakar - sederhana jer - mables rasanya (6/10)

Udang Tepung (4/10)

kangkung taucu - masin ya amat (2/10) - habis gak!!

sotong sambal - memang best (8/10)

Balik hotel agak lewat tapi kerana letih terus tido...besok nak tengok sunrise.

Pagi pagi buta dah keluar tengok sunrise..berawan tapi tetap best, lepas tu terjun kolam renang walau hati manyumpah rasa airnya masam kelat dan kotor. Hujan turun sederhana lebat pagi tu tapi kami teruskan aktiviti sebab pagi ni nak ke Terengganu carik air nira.

Kesalahan kelima. Bila nak breakfast pagi tu, sekali lagi taring kami keluar... sebegitu banyak bilik hotel tu dan full house lagi, diaorang boleh sediakan tempat makan ala-ala muat utk 8 keluarga jer. Kami dan ramai yg lain kena tunggu sehingga org lain selesai.

Lom pernah kami terkena yg macam ni. Hangin punya pasal, kami bungkus beg terus nak berambus dengan nekad nak ambil gambar restoran cinoni tu tayang kat blog. Tapi waiter tu terus mintak Shah ke restoran lain untuk sarapan, boleh pulak!!. Sebab dah marah, segala-galanya tak kena kat restoran tu... telur separuh masaknya kotor kulit tak dicuci sampai ada najis ayam lagi, bila pecah bukan 1/2 masak tapi 1/10 masak saja.

telur yang diambil dari reban terus di panaskan ala kadar (fresh siap ada najisnya lagi)

bila pecah..taraaaaa.....1/10 masak

tak ker pencuci tangan kat tiang tu (warna ijau) yang ....alah!!! cakap pun malas

Dan sedehnya pencuci tangannya menggunakan pencuci plastik yg biasanya dari pasar malam. Hotel ni cukup grand dgn binaan dari kayu lagi... aduhai...!!! paling kurang belilah yang baik sikit. Payah!!! Kami keluar dgn sumpahan takkan tinggal lagi ke sana. Padahal hotel Swiss Garden cuma sebelah jer...itulah tempat kami mula-mula bercuti 4 tahun dulu.

Satu lagi cerita sedey ialah bila kami ke Terengganu hari tu, setelah jauh ke dalam, barulah kami tahu sekarang bukan musim air nira sebab musim tengkujuh. Hmmm... orang tak buat. Jadi berpatah balik ke Kuantan untuk bersantai di Teluk Cempedak dan Taman Gelora sebelah siangnya. Kami balik ke KL lewat petang dan sampai ketika maghrib. Penat tapi kami seronok...

Beruang penat... nak hibernasi jap...