22 November 2007

CERITA SEPARUH LUCU

KURA-KURA TIGA BERSAHABAT

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "3 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "1 minggu?"

Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "2 minggu?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."

Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru

"Hoi! Nasib baik
aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"

AKIBAT TUNJUK PANDAI

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.

Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab,

"Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."

"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah.

Si Minah
tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

JANDA YANG DAHAGA

Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah
tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?

Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu
menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.

Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?


Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar
mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?

Doktor: ???

P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna
anda juga...

Hehehehehe....just for fun...idop jangan stress...arghhhhh cakar cakar cakar... geget geget geget!!!


No comments: