CERITA 1 (dari mulut nuklear Tijah Murai)
Sepasang suami isteri telah mendirikan rumahtangga selama 50 tahun dan mendapat 8 orang anak dan berbelas-belas cucu dan cicit. Pada masa sambutan ulangtahun ke 50 perkahwinan mereka, satu sambutan besar besaran diadakan oleh anak cucu mereka. Jubli Emas gitu! Sedang berehat si suami telah berbual-bual dengan isterinya:
Suami: Ayang, kita ni dah 50 tahun kahwin kan??
Isteri: Ya, lama sekali kan Bang, tak sangka!
Suami: Oleh kerana kita dah bersama sekian lama, Abg ingin nak tanya sesuatulah Ayang, kenapa dalam ramai-ramai anak kita tu, yang nombor empat tu lain muka dia, sikit pun tak sama dengan yang lain.
Isteri: Laaaa... oh ya Bang, oleh kerana dah 50 tahun kita bersama, eloklah Ayang beritahu hal yang sebenarnya. Anak kita yang nombor empat lain mukanya sebab dia anak Abang....!!!
Suami: (Diam terkedu......)
Boleh.....????
CERITA 2 (dari internet)
Di satu perkampungan di Afrika, seorang suami berlari-lari mendapatkan seorang Paderi dengan membawa anaknya yang baru lahir. Ketika itu Paderi sedang menghadapi orang ramai di gerejanya.
Bapa: (dgn marah) Tuan Paderi tolong jelaskan kepada saya macam mana anak saya ni boleh berkulit putih sedangkan kami suami isteri berkulit hitam. Di dalam daerah ini hanya Paderi seorang saja yang berkulit putih.
Paderi: (dgn berhati-hati) Saudara jangan cepat marah. Kejadian ini berlaku atas kehendak Tuhan. Cuba lihat kejadian di sekeliling kita. Setiap perkara, ada yang terkecuali. Lihat pokok tu yang semua daunnya kuning tapi ada setangkai yang merah. Dan lihatlah kambing biri-biri tu yang semuanya berbulu putih tetapi ada seekor yang berbulu hitam. Itukan kehendak Tuhan, jadi jangan cepat marah.
Bapa: (sambil menarik tangan Paderi menjauhi orangramai) Beginilah Paderi... untuk nama baik Paderi, saya akan tutup mulut berkenaan anak saya ni dan Paderi tolong tutup mulut berkenaan biri-biri tu untuk nama baik saya... setuju???
Paderi: (melopong mulut)
Abis....
No comments:
Post a Comment