10 orang ke karaoke Red Box Ria ( Sogo) bukan tajaan sesiapa... istilah biasa tong tong. Memasing bayar sendiri. Oleh kerana ada Shah jadi banyaklah gamba di klik sana dan sini dan diva diva yang bergambar posing bagai. Nak tengok gambar lagi bagus, tengok kat blog Shah.
Lama duu aku pegi ngan Shah, jujurnya sistem diaorang macam hampeh, suara sebelah menyebelah masuk keluar bilik kami. Tapi mungkin sebab kali ni bilik besar, gangguan kurang, suara pun jadi sedap, best suara Firdaus ngan Hairie.
Aku makan kurang sikit mungkin sekarang aku memang dah kurangkan makan dan aku kena kurangkan seafood. Segala yang berkerang ada masa tu, kerang, lokan, lala, kupang, siput sedut, ketam dan macam-macam. Aku?? makan ikan jerlah.
Kitaorang 10 bigboys ni balik lewat jam 1, 4 jam melalak memang puashati. Balik terus tidur mengganti tido yg tak cukup cukup beberapa hari lepas. ZZzzzzzzzz!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu 17hb Nov 2007.. from morning until late nite..again!!!
Pagi ni, aktiviti di rumah mak Shah untuk adik perempuannya yang nikah esok. Kami bergerak dari rumah Mummy dari pagi lebih kurang jam 9.30 pagi bergerak ke serata tempat, Cheras, Tesco, Gombak, Puchong, Damansara, Ampang Park, kembali ke rumah dan lewat petang jam 6 barulah kami kembali ke Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayubi tempat berlangsungnya perkahwinan tu keesokkan harinya.
Melepaskan geram setelah empat tahun tak menunggang motorsikal, hmm masih boleh menunggang rupanya aku!!!
berehat menunggu kedatangan meja kerusi untuk majlis besok
Malam tu aku dan Shah menawarkan diri tidur di dewan ni untuk jaga barang-barang yg asalnya nak dipindahkan esok, tapi kansel dan dipindahkan malam tu juga. Semua persiapan dewan siap malam tu lebih kurang jam 3, aku dah pun membuta pukul 2, letih semacam.
Penanggah adalah istilah di Johor untuk pengangkat hidang atau waiter dan selama-lama aku kat Johor, dalam majlis perkahwinan memang itulah tugas aku. Herannya kali ni aku diberi tugas yang sama juga tapi more to in-charge, oklah tu tapi cemana Mummy leh tau aku sesuai kerja ni yer... ada muka waiter gaknya aku nih!!!
Dan besoknya bermulalah majlis yang meriah, penuh ngan makanan, tetamu kecik besar, pakaian berkilau-kilauan dari pengantin sampai waiter dan tamu yang datang cukup meriah. Lom pernah aku hadir majlis semeriah ni dan penatnya memang nauzubillah!! ya amat!!!
Boleh lah ke blog Shah untuk tengok gambar-gambar perkahwinan yang hebat tu.. tahniah Tita tahniah Shahril, Abang Yazeed ucapkan Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke akhir hayat...!!!
Malam tu kami keluar bersama beberapa orang keluarga rapat, mummy, pengantin berdua untuk makan malam dan menyerahkan hadiah yang kami diamanahkan untuk dibawa ke rumah baru pengantin. Very nice food at Sri Melaka Amcorp Mall. I like it very much. Balik agak malam juga dan terus tido....
Daaa....Zzzzzzzz!!!! Senin tu aku membuta pagi petang....

No comments:
Post a Comment