23 November 2007

KOTA BHARU MALL - THE BEST??

KOTA BHARU, 23 Nov

Kota Bharu Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di
Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development" (kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Okt lalu.

Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.

Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.

Cubalah kita sesama check kat
sini...hmmm betul gaknya!!

No comments: