25 November 2007

WEEKEND JOURNEYS

JOURNEY 1 (RAUB)

2 hari tak update blog sbb ke Raub hadiri persandingan sebelah lelaki adik Shah. Tak nak cerita banyak pasal persandingan tu, kalau nak tengok gambanya tengok di blog Shah.

macam duda anak lima - batik jogja

baju baru Shah special untuk majlis nih...

Siang sabtu lepas berkemas lebih kurang dan amik parent Shah, kami terus ke Raub. Kalau ikut peta, Raub ni punyalah jauh, tapi jauh lagi Lipis and Jerantut. Tapi disebabkan jalan tak jem, rasa dekatlah. Jalan kat dalam Bentong pun boleh lancar jer. Kejap dah sampai tapi ko tak tahu penatnya driver..hehehheee...

Mummy dari udara.. hehhheee UDARA!!!bandar Raub dari tingkat atas Rumah Rehat

First time aku sampai Raub, tenang bandarnya. Lepas peluk cium bagai ngan family, aku explore sikit rumah rehat yg kami singgah. Dibina dalam tahun 1903...uih uih uih dah lebih 100 tahun tapi kukuhnya, baguih betullah binaan British ni. Tapi frust kamera aku abis bateri, dah tu lupa plak nak bawak bateri back up, tak bawak jugak charger... apa boleh buat...silap sendiri!!

Rumah Rehat tinggalan British, kuat dan kukuhbeberapa keping gambar purba di dinding lobialmari berisi barangan antik

inilah dua gambar terakhir sebelum bateri aku kong terus... ya ampun... lain kali beringat sangat!!

Gambar...setakat adalah... yang lain guna gamba dari kamera Shah.

JOURNEY 2 (KUANTAN & TERENGGANU)

Selesai majlis dah bersalam nak beredar tetiba Mummy mintak kami stayback. Alamak...dan yg lebih sedey, Mummy tanya ngan aku pulak tu bukan ngan Shah, walau dah pakat pakat terpaksalah terus terang ngan Mummy nak ke Kuantan, sori Mummy... jangan serik ajak kami lagi.

Satu yang kurang ttg Kuantan ialah sign board arah selepas masuk tol memang menyusah lagi mengelirukan. Kalau dah biasa lain cerita tapi kalau pertama kali, kita akan di bawa berputar-putar keluar masuk keluar masuk berjam-jam lamanya barulah nampak muka Kuantan tu. Kat sini jer kami dah bengang. Sumpah menyumpah silih berganti. Nasib beruang ni tak naik minyak.

Tanpa wat apa-apa booking hotel dan plan pun main terjah jer, kami cuba cuba call sana sini sana sini dan akhirnya dapat kat De Rhu Beach Resort. Mula rasa konfiden akan dpt bilik tapi dah dekat aku tak sedap hati, ada yg tak kena. Ini hotel sudah banyak buat silap;

Kesalahan pertama:

Asalnya mereka kata bilik banyak kosong tak payah booking tapi bila kami sampai ...

Receptionist: Sori encik bilik full, ramai yang walk in.

Aku: Tadi saya nak buat booking u tak bagi. U suruh walk in saja.

Receptionist: Tapi bilik memang dah penuh Encik, yg tinggal delux saja.
(time ni aku tengok Shah dah keluar taring!!)

Shah: MACAM MANA U BOLEH BUAT MACAM NI KAT CLIENT U??? TADI TAK PAYAH BOOKING, SEKARANG LAIN. I DATANG DARI JAUH TAU TAK DARI KL. (dgn suara tinggi dan muka garang)

tetiba kemudian

Receptionist: Okaylah Encik kami bagi bilik ni (Eh!! Ada pulak bilik)

Ini kesalahan kedua, menipu customer!!

Dan bilik yg kami dapat memang azab dgn harga standart hujung minggu. Tak ada perhiasan dinding, takada view walau sehelai rumput pun tapi menghadap ke dalam restoran mereka.. takleh bogel lah macam ni!!

Kami berehat melepas penat, masa tu pun dah nak maghrib. Keluar sebentar untuk bergambar..biasalah..gambar pantai..ada kat blog Shah. Selepas mencelup badan dlm kolam renang (yg kononnya lago0n terbesar tu) ala kadar, kami terdengar 2 suara. Satu dari masjid, satu lagi dari bilik karaoke. Punyalah kuat berlawan-lawan. Lagu melayu tu, penyanyi pun melayu, ini hotel Melayu, pemiliknya pun LKPP Pahang tapi tak hormat langsung ngan waktu maghrib.

Dan Shah komplen air kolam tu kotor, berkeladak dan rasa kelat masam walaupun biru. Baliklah ke bilik malam tu siap siap nak ke Kuantan. Pada kami tu kira kesalahan tiga dan empat.

Nasib baiklah Kuantan bandar yg memang cantik. Tebing sungainya bermandikan cahaya dan ramai orang melepak di sana sambil makan makan. Shopping kompleks nya meriah sekali. Jalan jalan dlm Kuantan tak mengelirukan dan senang diikut. Kami ke bebrapa tempat malam tu, Giant Kuantan, Tebing Sungai, Masjid, Tanjung Lumpur dan Teluk Cempedak. Teluk Cempedak meriah sekali di waktu malam hujung minggu. Ramai sekali ngan bermacam-macam aktiviti, lebih lebih lagi dgn adanya McDonalds 24 jam kat sana.

Tebing sungai di Kuantan, meriah dgn pengunjung waktu malam

Teluk Cempedak, memang happening hujung minggu!!

Makan di Tanjung Lumpur memang best... makan lagi!!! Siang makan besar, malam makan besar...jadi jangan cakap besar nak slim!!!! Uuuuuu...janganlah, pas ni mesti diet gegila punya.

ikan bakar - sederhana jer - mables rasanya (6/10)

Udang Tepung (4/10)

kangkung taucu - masin ya amat (2/10) - habis gak!!

sotong sambal - memang best (8/10)

Balik hotel agak lewat tapi kerana letih terus tido...besok nak tengok sunrise.

Pagi pagi buta dah keluar tengok sunrise..berawan tapi tetap best, lepas tu terjun kolam renang walau hati manyumpah rasa airnya masam kelat dan kotor. Hujan turun sederhana lebat pagi tu tapi kami teruskan aktiviti sebab pagi ni nak ke Terengganu carik air nira.

Kesalahan kelima. Bila nak breakfast pagi tu, sekali lagi taring kami keluar... sebegitu banyak bilik hotel tu dan full house lagi, diaorang boleh sediakan tempat makan ala-ala muat utk 8 keluarga jer. Kami dan ramai yg lain kena tunggu sehingga org lain selesai.

Lom pernah kami terkena yg macam ni. Hangin punya pasal, kami bungkus beg terus nak berambus dengan nekad nak ambil gambar restoran cinoni tu tayang kat blog. Tapi waiter tu terus mintak Shah ke restoran lain untuk sarapan, boleh pulak!!. Sebab dah marah, segala-galanya tak kena kat restoran tu... telur separuh masaknya kotor kulit tak dicuci sampai ada najis ayam lagi, bila pecah bukan 1/2 masak tapi 1/10 masak saja.

telur yang diambil dari reban terus di panaskan ala kadar (fresh siap ada najisnya lagi)

bila pecah..taraaaaa.....1/10 masak

tak ker pencuci tangan kat tiang tu (warna ijau) yang ....alah!!! cakap pun malas

Dan sedehnya pencuci tangannya menggunakan pencuci plastik yg biasanya dari pasar malam. Hotel ni cukup grand dgn binaan dari kayu lagi... aduhai...!!! paling kurang belilah yang baik sikit. Payah!!! Kami keluar dgn sumpahan takkan tinggal lagi ke sana. Padahal hotel Swiss Garden cuma sebelah jer...itulah tempat kami mula-mula bercuti 4 tahun dulu.

Satu lagi cerita sedey ialah bila kami ke Terengganu hari tu, setelah jauh ke dalam, barulah kami tahu sekarang bukan musim air nira sebab musim tengkujuh. Hmmm... orang tak buat. Jadi berpatah balik ke Kuantan untuk bersantai di Teluk Cempedak dan Taman Gelora sebelah siangnya. Kami balik ke KL lewat petang dan sampai ketika maghrib. Penat tapi kami seronok...

Beruang penat... nak hibernasi jap...


No comments: