28 November 2007

KISAH DUA RASUL

KISAH 1 (ASAL USUL GARAM)

Ini kisah panjang sikit, harap tak bosan baca. Lama dulu air laut sebenarnya tawar dan dianya tak bergelora, tenang seperti cermin. Bila Qabil bunuh Habil barulah lautan ni bergelora tapi tetap tawar. Itu di zaman Nabi Adam.

Pada suatu masa Nabi Allah Ibrahim baru nak memulakan makan (tak ingat tengah hari ker malam) tapi baru nak makanlah. Tetiba datang sorang pengemis memohon belas makanan Nabi Ibrahim. Oleh kerana pengemis tu bukan Islam maka berkata Nabi Ibrahim

"Kalau kamu mahu makanan ini, kamu harus masuk Islam dulu".

Pengemis itu menolak dan berlalu. Oleh Allah, tindakan Nabi Ibrahim tu ditegur...bahawa selama 80 tahun pengemis itu hidup Allah tetap memberikannya rezeki, udara dan sebagainya walaupun dia kafir.

Terkejut dgn teguran Allah, Nabi Ibrahim meninggalkan makanannya dan mencari pengemis tu dan memintanya makan bersama. Kerana terharu pengemis itu akhirnya memeluk islam.

Semenjak hari tu, Nabi Ibrahim akan makan sekirannya ada tamu sahaja dan tidak lagi sendirian. Dan telah meminta dari Allah untuk dia dapat menjamu manusia seluruh dunia selama-lamanya. Maka Allah perintahkan Malaikat Jibrail mengambil air dari syurga dan dari puncak gunung ditiupkan air tersebut.

Lalu di mana tempat air tersebut jatuh akan terdapat garam dan pada setiap makanan akan ada garam untuk rasanya. Jadi sampai akhirat manusia akan dijamu Nabi Ibrahim a.s (wallahualam)

KISAH 2 (MAKANAN YG DIKUNYAH)

Selepas Rasullulah wafat, Abu Bakar telah bertanya pada Siti Fatimah anak Rasullulah, apakah lagi amalan Rasullulah yg tidak dilakukan oleh Abu Bakar. Jawab Siti Fatimah, ada seorang tua yang buta tinggal di bukit-bukit di Madinah. Setiap hari selama bertahun-tahun Rasullulah akan membawakan makanan kepada orang tua tersebut.

Lalu Abu Bakar bertemu org tua tersebut lalu menyuapkan makanan.

Ditegur oleh org tua tersebut, "Siapa kamu? Kamu bukan orang yang selalu datang"

Abu Bakar hairan bagaimana org tua tu tahu.

"Orang sebelum kamu selalu mengunyah dahulu makanan sebelum disuapkan ke mulut aku" kata org tua tu.

Sambungnya lagi "tak mengapalah! tapi aku nak mengingatkan pada ko, berhati-hatilah dengan org yang namanya Muhammad, dia itu penipu besar, mengaku dirinya Nabi ....bla bla bla bla..."

(gitulah lebih kurang caci maki org tua tersebut)

"Orang yg dulu tu aku ingatkan dia setiap hari, jadi sekarang aku ingatkan ko pulak" kata orang tua tu.

Terkejut Abu Bakar, lalu dijawabnya "Bapak tahu tak siapa orang yg dahulu tu? Itulah Muhammad, Rasullulah, manusia yg Bapak caci maki setiap hari!"

Orang tua tu terdiam dan menangis...lalu memeluk agama Islam memohon ampun ketelanjurannya.


Moral of the story - Kalau kita nak menghulurkan bantuan pada seseorang tu, janganlah menunggu orang tu menjadi baik dahulu barulah kita nak bantu. Mungkin disebabkan bantuan kita itulah Allah turunkan hidayah pada org tersebut.

Ingat! manusia menjadi baik disebabkan hidayah Allah dan bukan disebabkan keinginan manusia itu sendiri. Kalau manusia tu ingin berubah tapi tidak sampai hidayah Allah tetap tak boleh berubah. Dan kebaikkan kita mungkin tak terlihat kesannya masa kita hidup. Yang penting orang tu kita tolong dan berdoa utk org tu berubah walau bila dan di mana sekali pun.

Sekadar nasihat....

[jgn pulak korang tanya dapat dari kitab mana?? sahih ke tak sahih? apa nama gunung ker sebagainya...aku pun dengar org alim bercerita, tak sempat nak simpan semuanya dalam otak]

No comments: