20 November 2007

AZAM TAHUN 2007

Azam tahun 2007 memang banyak tapi ada satunya yang paling utama. Menurunkan berat badan. Azam ni dimulakan semasa masih dalam tahun 2006 kira kira bulan Nov macam bulan ni lah setahun yang lepas.

King Kong Bundy (120kg)

Oleh kerana aku ni memang dari kecik dah besar badannya jadi Tuhan design rangka aku memang besar. Pernah aku turunkan berat badan sampai dah merangka tapi berat tetap takleh turun bawah 80kg. Jadi aku pujuk hati aku, rangka aku lah yang menyebabkan aku berat sebenarnya.

turun 15kg

Nov 2006, bermula dengan berat 120kg, bayangkan 1.2 tan, dah berat anak gajah tu!!! Mula mula makan pil kurus, sebab kata orang nak tonne kan badan kena kurus dulu, kalau tak badan akan keras kat saiz tu jer. Kalau bulat akan bulat terus, kalau pipih akan pipih terus.

Lima bulan lepas makan pil.. berat pun dah kira idel sikit, memang masih berat tapi bentuk dah stabil dan badan pun dah takleh terima pil lagi...kalau makan dah mula side effect... uuuuu sedey.

open house 2007 (with my personal trainer - Fitness First Manulife - haniff)

Lepas tu mula lah masuk gym sampai sekarang, amik personal trainer siap dengan amaran sekali, kalau tak menjadi, aku tanak sambung lagi ngan dia... tapi nak kata best sangat tak jugak tapi menjadi, tugas dia sekarang membentuk badan aku jer bagi comel sikit. Tanaklah bentuk gajah tapi kurang sikit lah kepada bentuk Beruang Madu.

Latest at Genting baru baru nih

Azam walau tak 100% menjadi tapi tetap berhasil. Sekarang berat 90kg (turun 30kg) dan by March nak turunkan lagi 10kg. Okaylah kan... takleh kurus sangat... tak lawa... mana ada Beruang yang slim... yer tak??



No comments: