12 July 2010

AIR TERJUN MAHUA

Salam semua

Selepas kami tersesat barat kat pendalaman Tambunan menuju ke Trusmadi tu, last last kami menyerah kalah. Memang takleh nak explore ikut tekak kami jer nak pakai keta biasa. Karang jadi satu kerja kalau sangkut kat tetengah lopak. Situ bukan kecik punya lopak tu... besar kemain, boleh wat tempat babi kubang lagi, lom lagi yang kat atas sana nun...


Maka... kami pun berundur lah lepas separuh hari berpanas berpeluh... bau bau beruang pun dah keluar time tu. Pas tu kami ke pekan Tambunan nak makan siang dan berehat beberapa jam. Tu jer aktiviti sepagi tu sampai tengah hari. Bagi korang yang tak minat aktiviti outdoor, ini memang membosankan tapi bang Abg Bear memang minat benor lately... suka tempat yang aman damai dan kita semua tahu tempat aman damai is mostly ada pokok pokok lah...


Abg Bear tak tahu mana nak tengok... the waterfall ke atau my butt... cameraman ni kan, karang merajuk kena balik sengsorang pulak!!! AB pasrah!! hahahaha


Yang ni confirm lah kena tengok muka Abg Bear... waterfall tu kecik benor

Habis makan siang dah meeting gitu gini bagai bincang pasal transport, kami bergerak ke air terjun Mahua yang terkenal di Tambunan nih. Kecik jer pekan Tambunan ni tapi aktiviti outdoor memang muai nak abiskan... sapa sapa dok sini tolong lah habiskan aktiviti outdoor kat sini, berbaloi sangat.




Di atas ni beberapa spesis pokok besar yang dinamakan... tempat ni sampai jadi kawasan research untuk hal hal perhutanan nih


Salah satu spesis kulat batu... besar dan cantik, if you know art lah

Kat Mahua apa saja aktiviti? Selain mandi manda di air nya yang sejuk macam ais tu, aktiviti lain ialah menikmati keindahan taman nya yang berpokok besar tinggi mengawan. Setiap kali ke Tambunan pasti kami ke mari. Last time kami pegi, bateri kamera abis jadi amik ngan hp jer... kabur kabur lah jadi nya... This time siap sebakul kami ada simpanan bateri, hambiklah gambo sepuasnya.



Pelancong dimudah kan untuk ke airterjun dengan dibina jalan jalan yang selesa macam ni... tak banyak dah laluan denai biasa


permandangan di dalam kawasan airterjun ni.. best sangat, redup tenang dan damai sangat

Tak lama kami kat sini, kat sejam gitu, dah puas bergambo sakan segala posing dan dah amik gambo pokok pokok kat situ, tetiba langit mendung dah tu hujan pun turun maka kami terpaksa balik lah, nak berteduh karang takut berlama lama pulak hujannya. Agaknya kalau kami tunggu tu ada tak air Mahua tu bertukar jadi ais? Sebab sejuk melampau... gitu gitu pun ada gak orang berkubang ala ala swimming pool kan... kulit tebal betul dia... naik jer habis semua kecut.


Sebelum tu ini lah dia dua pose manja beruang madu yer... hehehehe... just for fun!!!

Sapa sapa nak ke sini, dari pekan Tambunan tu banyak papan tanda dia. Masuk kena bayo sikitlah dalam RM3 bagi rakyat Malaysia dan kat sini takder chalet ker hotel ker, paling dekat pun kat Tambunan lah. Dulu first time sampai nampak ada chalet baru nak buat tapi lepas tu denga cerita kontraktor dah lari... terbengkalai gitu jer... kalau tak boleh bermalam kat situ kan?? Arghhh damainya...

Salam Sayang Beruang Madu

5 comments:

Josh said...

Mesti best mandi-manda kat sini kan Abg Bear?

Erm... Josh rasa gambar pasal kulat batu baru tu.... tu bukan kulat, tapi pokok primitif. It's spike moss. :-D

Beruang Madu said...

Best tapi satu jer tak tahan sejuk lah...

Oooo alahai Josh Abg ni mana lah tahu... pokok primitif tu pokok dari zamana mana tu?? boleh makan ker? karang kalau abg makan part lain pulak membesar.. opsssss!!!

Josh said...

Tu pokok primitif sebab cara pembiakan dia primitif, pembiakan tanpa seks. So, kita manusia biak secara sexual, tak primitif :-D

Erk... part lain membesar?? takut ada, teruja pun ada. :-P

@xiM said...

waahhhhh..gambar last tu i likee...heheheee

Beruang Madu said...

Josh - pembiakan tanpa sex.. aiyooo tak bestnya...(mode teruja hehehehe)

Azim - last yg tak pakaki baju tu ker?? Saja kejap jadi tarzan...