19 July 2010

KASIH SAYANG RESORT

Salam Sayang semua...

Ini satu entry dari aktiviti yang dah lama dah kami buat sampai tak ingat tarikh bila. Masa ni rasanya masih lagi belum musim kering kat Sabah ni, musim hujan time tu sampaikan tempat yang kami nak pegi ni memang basah sampai berkabus tebal, tapi rasanya itu bukan kabus tapi awan tebal.


Kasih Sayang Resort diselimuti awan semasa kami sampai hari tersebut (tak ingat bila)

Kalau sapa sapa pernah bukak blog Dr Shah sebelum ni, ada ceritakan setiap kali kami pegi ke tempat ni. Kasih Sayang Resort namanya. Tempat yang lebih sesuai dijadikan tempat bersantai dan honeymoon saja layaknya sebab takder aktiviti untuk just happy happy kecuali jungle trackking ngan karaoke. Atau kalau korang nak bagus jugak untuk wat senamrobik ker, elok gak.


Salah satu peta di sini yang menunjukkan jungle trail yang boleh kita aktivitikan...


Ada spa...


Ada massage sampai kul 8 petang


Ada jacuzzi


Dan toilet kat sini memang best... ini permandangan dari toilet kat SPA tu... cantikkan?

Makanya ada sekali tu kami pegi beramai ramai, jujurnya Abg Bear tak ingat berapa ramai yang pegi tu... ikut gambar macam tujuh tapi rasanya macam lapan orang. Never mind that, lupakan saja, pokoknya kami pegi ramai ramai gitu.


Abg Bear rasa macam ada sorang yang takder dalam gambar ni lah... siapa yer?? Aduh lost memori lah... rem rendah nih!!!

Jadi tujuan AB dgn DS mengajak reramai tu just untuk memeriahkan suasana ber'gathering'. Maklum di KL kami kan selalu wat cenggitu. Jadi kami ambik 2 bilik dan yang bestnya kami biarkan pintu masuk dan pintu balkoni terbuka. Awan tebal yang lalu di Bukit Kokol time tu, lalu masuk dalam bilik bilik kami... wahhh bestnya, rasa macam kat atas kayangan jer.


Imej Abg Bear yang diselaputi kabus aka awan

Kat sini selain dari ada karaoke, ada juga restoran dan juga spa tempat urut dan berendam dalam jacuzzi. Dari lokasi Kasih Sayang Resort ni kita boleh lihat Bandaraya Kota Kinabalu di sebelah matahari terbenam dan juga Gunung Kinabalu di sebelah matahari naik. Itu yang menjadikan tempat ni unik.

Kami datang, rehat, tengok TV, berborak borak, makan, gurau senda, tengok awan lalu, makan lagi, borak borak lagi, karaoke kejap dah tu tido. Tapi sebelum tido kami sempat juga mengambil gambar Bandaraya KK dari atas ni, malangnya AB takder gambar tu, boleh tengok kat blog Dr Shah yer. Habis sehari bersantai. Esok pepaginya kami bangun awal dengan tujuan nak tengok matahari terbit dari Gunung Kinabalu. Ini lah gambar gambar kami bermain main dengan cahaya dan bebayang.


Kami bangun awal untuk lihat matahari terbit di Gunung Kinabalu


Andi dengan aksi berani matinya... lantak ko lah nak!!!


Ni bayang bayang sapa nih??


Yang ni siapa siapa kah mereka semua? Sila namakan satu persatu?


Matahari terbit di Gunung Kinabalu...


Kami pulang ke bilik lepas matahari dah tinggi... nak sarapan pulak...


pose pose kami masa lepas sarapan dan yang di bawah ni yang dapat kami nikmati dari sebelah matahari terbenam


Lepas tu makan lagi, tido lagi dan tengah harinya kami balik. Seronokkan hidup, walau tak ke New York, Paris, London... kat Bukit Kokol yang sederhana pun boleh menikmati hidup. Bukan besar kecilnya daya dan gaya kita menghabiskan hidup akan menjadi nikmat tapi bagaimana kita mensyukuri apa saja yang ada disekeliling kita dan setiap perkara akan menjadi nikmat kalau kita seorang yang bersyukur. Kan gitu??

Pesanan ini ditaja oleh Beruang Madu... salam sayang semua... hehehehe

4 comments:

Josh said...

Waaa, cantik la tempat nih!

Abg Bear, berapa jauh tempat ni dari KK? Sewa bilik dia camner pulak?

Bulan 8 Josh gi KK dan Sandakan, sebelum puasa. :-D

Anonymous said...

Chantique gambar2 yg dipost. bile laa nak vacay mcm nih...

nazzman ibrahim said...

mmg menarik sangat tempat ini....teringin nak ke sana plak la

Tigerlily said...

I loike!