Salam sayang semua...
Pada bulan lepas kira kira 19hb gitu, sorang kawan blogger kita yang tegar, Cute Panda telah mendirikan rumahtangga dengan seorang warga tempatan di sini dari suku Kedayan di Sipitang sana. Perkenalan bermula masa diorang sesama pegi rombongan ke China sebelum tu. Cute Panda ni adalah kawan yang awal awal jadi tetamu Abg Bear kat KK nih, jadi pada masa tu dia dah pun buat lawatan ke Sipitang.
Ko tengoklah pengantin pun pakai lahai simple nya nak gi rumah bakal mertua.. ingatkan nak soh pakai batik ker... sib baik fotografer tak kisah pakai apa pun... hikhik!!
Ni malam tu dah sesiap memasing nak ke rumah pengantin untuk suaikenal keluarga... meriah ko semua orang bercakap, aku sorang yg dengor
Agak express dan ringkas cara kahwinnya tu. First trip just nak berkenalan ngan keluarga, second trip terus nikah. Tu dia.. maklum jauh menyeberang lautan, nak wat grand grand macam Umie Aida tu karang, ada gak dulang hantaran tertinggal kat Airport.
Nih Abg Bear wat entry ni setelah dapat approval dari tuan empunya badan yer, bukan main buat jer, so takder kena royalti ker saman ker sebab ada bukti sms, tapi orang kita bebaik semua, takder main saman saman nih, yerlah takut gak kan CP, tetiba berita dah kahwin menyebabkan jatuh pulak saham, hehehehe... tapi ramai gak yang minat orang dah kahwin nih... opssss!!!
Suaikenal keluarga yang kali pertama berjumpa...
Jadi satu rombongan besar seramai lebih kurang 20 orang sampai pada petang hari Jumaat tu dengan disambut oleh 4 kenderaan termasuk satu yang special untuk bawak beg diorang jer. Lain lain termasuk keta Abg Bear (AB) digunakan untuk bawak tetamu dan AB tentulah bawak pengantin, saja nak dengor cerita sambil AB jadi fotografer untuk event tu.
Ni cerita malam jer, cerita nikah esoknya. Disebabkan perkahwinan ni ringkas saja, jadi malam tu takder lah apa apa acara kecuali untuk suaikenal antara keluarga. Ini lah kali pertama dua keluarga ni berjumpa. Dan malam tu kami dihidangkan dengan makanan ala ala Sabah yang meriah dengan seafood dan yang specialnya malam tu kami dapat makan gulai rusa yang special. Gambo tak sempat ambik sebab AB dah lapar benor.
Inilah pelamin yang disiap untuk esoknya... tu bukan pelamin nya senget atau rumah pengantin senget tu tapi kepala Abg Bear tersenget masa amik gambo... jangan confuse yek
Antara lauk malam tu ialah beberapa ekor ikan laut yang besar besar yang diorang dapat masa memancing 7 jam kat laut... kami yang kenyang... lauk lain tak sempat nak bergambor... habis kena sebat!! tengoklah gambo bawah nih...
Balik balik jer pengantin pening kepala sebab kolestrol tinggi... tu lah request lagi mende pelik pelik... sib baik rusa tu berlambak ada kat Sabah nih. Esoknya, barulah upacara nikah berlangsung dan makan makan besar lah dan lebih ramai keluarga yang datang termasuk yang dari Brunei.
Salam Sayang Beruang Madu
6 comments:
Waaaa... gigih la Abg Bear update blog sekarang nih.
R u ok? hahahahahah....
Congratulations to Panda. Josh pernah jumpe dia sekali jer masa gi jalan-jalan kat Ipoh.
Hehehehe... gigih tak gigih lah Josh.. saja ada orang suka baca abg update lah... tetiba je tersemangat
kaaaan! Josh sokong! sila lah update selalu :-D
sila sila update..:)
Josh, Azim - hehehehe.... kalau tak update tu makna tengah carik bahan lah tu... rasa macam wartawan pulak..
Salam Josh.
Ada pic masa nikah ke ? Kesian CP - kamera hilang, jd tak boleh nak tayang pic masa nikah dia.
Post a Comment