24 July 2010

WARNA KEHIDUPAN

Salam Sayang semua... selamat berhujung minggu...

Lagu sebagai hiburan dan ditujukan juga untuk yang tersayang dan yang mengenali diri Abg Bear.

Untuk sanak saudara dan kaum keluarga di kampung dan sahabat handai jauh dan dekat. Kenang daku dalam doamu dan majulah sukan untuk negara. Hik hik!!



Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan
Sejingga api membara...sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah ku gundah...tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan...rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

Secerah kilau kuning suria...sinar menyelinap kalbu
Sesegar hijau dedaun...senyummu menawar pilu
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Walau seikhlas lafazku kasih
Luahan hati masih tak setanding bahasa
Demi cinta pastiku sedaya mencurah yang termampu
Tahtamu mampan dijiwaku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah ku gundah....tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan....rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

Salam Sayang Beruang Madu

No comments: